Kisah Raya 2013/1434 (Bahagian 2)

August 20, 2013

0 comments
'Bangun.. Bangun..'

Suara ibu memecah kesunyian di pagi tu.. Serentak itu juga alarm handphone aku berbunyi, menunjukkan 650am.. Baru teringat yang semalam aku tertidur sebelum sempat 32 batang gigi aku digosok.. Oh ya, pantun raya untuk dihantar kepada kawan-kawan masih belum siap.. Aiseh..

Selesai solat Subuh dan bertakbir, segera dicapai berus gigi dan tuala.. 

'Sahaja aku mandi sunat Aidifitri kerana Allah Taala.' Sambil mandi, aku mencari-cari idea untuk menyiapkan pantun raya aku.. 

Selesai mandi, segera dicapai baju Melayu color puple yang tergantung di pintu almari.. Dah beberapa hari berada di situ.. Rasa lucu pun ada bila pakai baju ni sebab ukurannya yang labuh.. Ambil baju hari Sabtu, raya hari Khamis.. So, kata mak dah tak sempat nak alter walaupun aku tahu pelanggan always right.. Takpe la, lepas raya je la jawabnya..

Bila dah puas puji diri depan cermin, aku bersiap-siap untuk ke masjid.. Selalunya ramai je kelibat manusia sepanjang perjalanan ke masjid.. Tapi pagi tu lain sikit.. Macam takde orang je yang beraya kat KL.. Kat masjid, aku boleh duduk saf depan lagi.. Mungkin tahun ni aku sampai awal.. Takbir mula berkumandang menunjukkan tepat jam 8 pagi.. Sedikit demi sedikit, jemaah mula memenuhi ruang masjid..

********

Sampai rumah, aku naik ke bilik untuk mencari handphone.. Idea untuk pantun raya sudah mari.. Setelah beberapa kali melakukan ubah suai, barulah selesai pantun aku..

Add recipient > Alep, Abu, Nas, Sara, Syakira, Ain dan lain-lain.. Send!!

Check kredit, cuma tinggal RM1.. Mana taknya, mesej sampai 2 page.. Tapi takpe lah, raya punya pasal.. 

Aku dapat reply half daripada aku yang aku send.. Ceh, aku je ke yang semangat wish orang hari raya.. Ringkas jawapan balas diorang..

'Selamat hari raya juga.. Maaf zahir dan batin.' Juga diletakkan smiley di hujung mesej.. 

********

Macam biasa, setiap tahun bila hari raya mesti nasi dagang menjadi menu utama.. Kawan-kawan cakap, nasi dagang mak aku sedap.. Nak makan selalu, cari la orang pata timo..

Habis makan, mulalah bersalam-salaman.. Mula-mula yang sulung, then yang nombor dua, dan seterusnya.. 

Lepas tu ialah aktiviti bebas.. Ni yang tak best beraya di Kl.. Nak pergi beraya, takde orang.. Yang tak balik, tak dijemput lak hee.. Maka, tv lah yang menjadi peneman.. Layan je lah.. Aku bingkas mencapai remote tv, kuatkan volume dan sorokkan remote di bawah bantal kusyen.. Tak nak orang lain tukar channel di kala Emma Maembong muncul di kaca tv..

'Nak kena fokus ni.' 
********

Petang raya, sedara datang beraya.. Nasib diorang tak balik.. Kitaorang pula jenis yang takde nak bergambar sakan macam orang lain.. Yang tak berapa nak muda duduk bersembang di meja makan, dan yang tak beberapa nak tua duduk bersembang depan tv..

Yang lelaki sembang pasal bola la, pasal study la.. Yang tak berapa nak muda ni pula sibuk berbincang tentang majlis akad minggu depan.. Sebab tu juga la diorang sekeluarga tak balik.. Sibuk dengan persiapan sepupu aku yang nak bernikah.. Aku pula berkira-berkira kot-kot la aku dapat bernikah dengan Emma Maembong.. 

********

Bila malam menjelang dan matahari menghilang, giliran anak sedara pula excited.. Dapat main bunga api.. Aku pun selongkar almari bilik aku sebab aku tahu aku masih ada lagi mercun lama yang tersimpan rapi.. Dah lama mercun ni.. Ada la lebih dari 5 tahun.. Entah elok entah tidak.. Tapi aku hanya keluarkan thunder clap, tak berani pula nak keluarkan mercun yang berbentuk bola kecil dan segitiga.. Tambah-tambah dengan jalan lengang ni, sure satu mukim boleh dengar.. Tak pasal-pasal abang polis datang..

Tradisi main bunga api ni still seronok macam dulu.. Cuma dah besar ni dah tak nakal la.. Dulu paling best bila ada mercun das.. Boleh main perang dengan sedara mara.. Siap ada yang koyak baju sebab mercun das.. Best ooo!! Dah tu, semua benda yang ada kat sekeliling pun nak dieksperimentasikan.. Bunga api tu kitaorang buat bakar daun kering.. Pastu tengok je daun tu berlubang.. Apa motif buat macam tu aku pun tak tahu.. Pastu, suluh lubang semut dengan api.. Dah tu berlawan siapa boleh buat mercun naga meletup kat udara.. 

Tapi satu je benda yang dari dulu sampai sekarang aku buat tak pernah nak jadi.. Main mercun gasing.. Asal aku bakar dia tak berpusing? Adakah ia perlu diletakkan di tempat yang licin? Adakah ia perlu ditegakkan atau dibiarkan sahaja begitu? Persoalan ini masih berlegar di minda aku..

Kisah Raya 2013/1434 (Bahagian 1)

August 13, 2013

0 comments
Pagi tu pagi yang terakhir bagi umat Islam di Malaysia bersahur, menandakan hari terakhir berpuasa bagi tahun 1434H.. Bermakna, esok raya.. Boleh makan-makan, boleh dapat duit raya.. Since esok nak raya, maka pagi tu aku ditugaskan untuk ke pasar bagi membeli barang-barang dapur untuk juadah esok.. Lebih kurang 30 minit selepas pukul 6, dengan muka yang mengantuk dan muka yang tak ditouch up,  aku segera memecut sederhana menuju ke sebuah pasar yang terletak di Selayang..

Walaupun hanya perlu menunggu di dalam kereta, tapi ketensenan tetap ada.. Yang kereta belakang duk sibuk hon sana hon sini.. Dah tahu jalan jem, hon seratus lima puluh juta kali pun tak guna.. Biasa la kereta nak masuk parking, keluar parking.. Bertimbang rasa la sikit.. Kan ke bulan puasa.. Bawa-bawa la bersabar..Nasib aku berjaya parking kat bahu jalan.. Dengan azam dan iltizam yang cekal menunggu di dalam kereta hampir 2 jam, barulah selesai misi pada pagi 29 Ramadan tu..

********

Tengahari pula, aku mandikan kucing-kucing aku, Chery dan Don.. Kucing pun nak segak bergaya di hari raya..Cuma bezanya ialah diorang still tak berpakaian walau di hari raya..

'Cuk cuk meow.. Cuk meow' 

Agaknya macam tu la kot bunyi aku panggil kucing aku..  Mulut kena muncungkan sikit dan jari kena petik.. Bila kucing aku dengar, dia akan associate bunyi tu dengan makanan.. Bila aku buat macam tu, kucing aku akan berpikir 'Oh, its meal time.' Er, aku pun tak sure dia speaking ke tak.. Dalam psikologi, benda alah ni dipanggil conditional respones..

Petang terkahir Ramadan tu, hujan turun membasahi bumi.. Seperti menangisi pemergian Ramadan.. Sempat lagi aku pergi menjenguk bazaar depan rumah.. Kot-kot ada jualan mega kat situ.. Tapi tahun ni rasa macam tak meriah pula bazaar ni walaupun dah ada tempat tetap untuk berniaga.. Gerai pun banyak.. Mungkin apa yang aku cari takda kat sini.. Tapi apa yang aku cari?? Berbalik pada cerita petang tu, macam biasa la kalau dah hari terakhir yang tinggal pun tak sampai 10 gerai.. Gerai samosa faveret aku masih lagi ada, gerai air buah-buahan yang berbagai jenis juga masih kelihatan.. Then, aku teringat yang puasa kali ni aku tak try lagi roti john.. Sejak brader yang jual roti john faveret aku meniaga Western, aku dah tak jumpa lagi roti john yang kaww.. Err, aku suka roti john dia pun sebab takde sayur!! Diulang, takde sayur!! Tapi memang sedap.. Mungkin roti john beliaulah yang aku cari selama ni di bazaar (menjawab persoalan di atas).. 

Once upon a time, roti john faveret aku.. Takde sayur..

Hari terakhir berpuasa, seluruh keluarga berkumpul di rumah.. Walaupun dah selalu berbuka bersama, tapi bila masuk hari terakhir, sayunya tetap ada..

'Allahuakbar Allahhuakbar'..

'Bismillahirohmanirahim.. Allahummalasatumtu . . .'

********

Malam raya pula, macam biasa la pergi masjid untuk bertakbir.. Fuh, jalan sunyi beb! Kalau push up tengah jalan pun boleh.. Masing-masing dah berada di kampung halaman.. Kan best hari-hari macam ni.. Takde jem, makan kfc pun tak perlu beratur apatah lagi masuk ke tandas di shopping mall.. Balik dari masjid, baru rasa feel nak raya... Bandar tak bandar, raya tetap raya.. On the way balik rumah, yakni kurang 50 meter sebelum sampai ke rumah, kelibat abang-abang polis sedang mengadakan sesi soal menyoal dengan jiran aku.. Kes main mercun.. 

Mungkin kerana penangan rendang masa berbuka tadi.. Aku tidur awal malam tu..


Bersambung..

Kecewa Kuasa Dua

July 5, 2013

0 comments
Hari tu hari Rabu.. Sama macam hari-hari sebelumnya, aku bangun bila aku rasa nak bangun, dalam 930.. Cuma bezanya pagi tu aku pergi gim, aktiviti mingguan aku sejak beberapa bulan lepas.. Aku mandi ala kadar...

*adilahliyana sent you you a message*

'Fariq, harini jom.'.. Dila ajak aku keluar nak tengok wayang.. Diselitkan sekali jadual tertulis now showing untuk aku tengok.. Mana tahu silap lagi.. Masih tak berpuas hati sebab tak dapat tengok lagi cerita tu minggu lepas.. Orang tengah cuti macam kitaorang apadahal nak tengok wayang anytime, anywhere..

'Ok je.. Kita tengok yang 130pm la.. Boleh avoid jem'.. Cadang aku sambil bersiap-siap untuk ke gim.. Cukup sekadar bawa rm5 dan sebotol air berisi air kosong..

******** 

*Seminggu sebelumnya*

'Fariq, jom tengok Kil.' Kawan aku Dila bagi cadangan last minute.. Nasib aku rasa nak keluar hari tu..

'Ok je.. Dalam 330 ok?' Aku bagi kepastian..

'Ok.'

Tunggu punya tunggu baru sekarang ada chance nak tengok.. Nasib baik ada member ajak.. Aku dengar ramai yang kata cerita ni best.. Dan oleh sebab itulah kitaorang sanggup datang sampai ke sini just untuk tengok cerita tu.. Di kala panggung di tempat lain sudah mula menghentikan tayangannya, tempat ni masih lagi setia menerima peminat filem yang masih belum berpeluang menonton macam kitaorang.. Bukan  main seronok lagi sebab at last masih ada chance lagi nak tengok filem ni.. Tengok wayang baru best daripada download haram kat internet ye dak? Dan disebabkan nak tengok filem nilah, aku ketemu tempat baru..

Siyes aku tak pernah sampai sini.. Terima kasih kepada GPS, kalau tak memang sesat juga la jawabnya.. Tak ramai orang kat panggung tu.. Mungkin sebab weekdays.. Hanya ada seorang pekerja di setiap kaunter tiket, minuman dan pintu masuk ke panggung..

'Kil untuk 2 orang'.. Request Dila kepada akak yang jaga kaunter tiket tu..

'Show yang 415 dah cancel.'

'Aik, cancel dah? Kenapa cancel lak?'

'Sebab takda orang.. Nak kena tunggu next showtime la.' Suggest akak tu..

Tapi baru je 5-8 minit lewat.. Takkan terus cancel kot.. Ini tidak adil.. Takkan takde tunjuk iklan-iklan dulu kot macam cinema lain.. Atau mungkin memang polisi panggung ni macam tu.. Lagipun aku rasa takda orang lain lagi yang nak tengok melainkan kitaorang berdua.. Nak jimat letrik la tu..

'415 la show Dila.. Bukan 430.' Aku senyum sinis kat Dila.. Katanya tadi show 430.. Salah tengok la tu thehe.. Kalau aku tahu kau pun tak tengok lagi, dari dulu lagi aku dah ajak.. Tak perlu susah-susah datang sini..

Next showtime pukul 615.. Tapi sebab taknak menunggu, maka keputusan dicapai untuk pulang ke rumah.. Nanti jem lagi.. Next time kot tengok.. Itupun kalau ada lagi..

********

Kali ni jalan menuju ke situ tidak sesibuk mana berbanding pada minggu lepas.. Kitaorang sampai  dalam 20 minit awal.. Timing is everything.. Tanpa membuang masa, kitaorang sudah berada di kaunter tiket yang terletak di tingkat paling atas bangunan tersebut.. Hanya ada beberapa kerat manusia sahaja yang kelihatan di situ.. Sama seperti minggu lepas.. Cuma bilangannya lebih ramai sikit.. Tapi, satu kaunter sahaja memadai untuk melayan para pengunjung yang boleh dikira dengan jari..

'Kil 130pm.. 2 orang'.. Hanya kami sahaja di kaunter.. Kali ni bukan lagi akak yang minggu lepas, tapi abang..

'Boleh tunggu sekejap? At least ada 5 orang baru cerita boleh tayang.'.. Jawab abang di kaunter tiket tu..

'Kalau tak?' Tanya aku untuk kepastian.. Aku tengok kiri dan kanan.. Kot-kot ada lagi orang lain kat situ yang nak join tengok cerita ni.. Aku yakin memang kita berdua je nak tengok.. Itu yang sanggup datang kat sini.. Aku baru je tebayang-bayang macam mana rupa cinema ni.. Tengok gaya baru renovate.. Pastu kalau best nak rekomen kat kawan-kawan.. Fikiran aku melayang sekejap dalam beberapa milisaat tu..

'Kalau tak, kena cancel'.. Abang kaunter tadi bagi penjelasan ringkas..
 
Again?? 

Ok, tak nak datang sini lagi..

Deepest Gratitude

May 13, 2013

0 comments
Dear mum and dad,
For all the years that you had been guiding me,
You raised me well,
It was my decision to be here,
And I never regret that,
You gave me nothing but bless and du'a,
For my success, healthy and for me to keep going,
I know I may not be like others,
Or as good as anyone else,
But you should know by now,
Who am I and what I've become today is the best of what I can give,
So from the bottom of my heart,
I hope I'll make you guys proud..

Dear lecturers,
It has been a pleasure seeking knowledge with you,
I came here with nothing, but I certainly go out with something,
We certainly made a great team,
There's joys and fun everywhere,
You are my teachers and my friends,
I promise you that you'll never be forgotten,
Day by day my goals become clearer,
As if someone's kept on whisperer,
And to ensure that my dreams are still intact,
Whoever that person might be,
I just want to say thank you for your time and unconditional love on me.

Dear friends,
Ever since I stepped my foot here,
I enjoy your presence,
You make me realize how beautiful life is when people just cannot stop from making you smile,
I have my ups and downs,
But you always come around,
And grab my feet back on the ground,
How time flies,
And how I felt that it was only yesterday,
We may be on our own ways now,
But as long as friendship is still there,
We will meet each other again somewhere.

Antara Tawa Dan Duka

April 18, 2013

0 comments
Selalunya hari weekend macam ni aku bangun lambat.. Tapi hari ni ada majlis kat rumah.. Tengahari sikit, tetamu dah pun balik. Aku masuk bilik untuk berehat.. Aku baring atas katil sambil online.. Seraya mata aku tertumpu pada satu status yang cukup mengejutkan..  

Terbeliak besar mata aku bila baca news tu.. Macam tak percaya.. Darah mula mengalir laju dalam tubuhku menyebabkan jantungku berdegup kencang.. Dengan tak semena, mata aku mula berkaca..

********
#September 2012 - January 2013#

Aku di sem terakhir pengajian aku.. Hanya tinggal 4 subjek lagi yang masih harus aku harungi.. Dan aku juga happy sebab dapat lecturer yang baik.. Maklumlah, dah ada pengalaman dengan diorang.. Dah tahu apa yang nak kena expect.. Jadi, untuk sem tu, aku set high goals.. Nak score untuk setiap subjek.. Biar penamatnya flying color..

Antara semua subjek tu, ada satu je yang aku rasa tak minat sangat.. Teringat masa first time aku belajar dengan dia masa tahun pertama dulu.. Jadi aku macam dah boleh expect pembelajaran dengan dia macam mana.. Tapi dalam aku suka tak suka je register subjek tu, ternyata dia masih ingat pada aku.. Nah, muka budak baik orang selalu ingat kot.. Dia masih baik macam dulu, senyuman tak pernah lekang.. Dan jarang sekali aku tengok dia marah..  

Punya la banyak free time aku masa last sem ni sampai final draft assignment pun aku sempat hantar awal.. Kot-kot la ada pembetulan yang nak kena buat.. Fuh, jarang aku macam ni.. Kalau dari sem satu lagi macam ni, confirm dean list.. Aku jumpa dia lepas habis kelas untuk bertanyakan tentang assignment aku.. In case ada nak buat pembetulan..

'It was good.. I already marked your assignment.' Bicaranya lembut..

'Er, thank you sir!' Aku sebenarnya tak expect pun dia cakap macam tu apatah lagi dah siap mark paper.. Tapi tak pula aku bertanya berapa markah aku.. Orang dah buat baik, terima je la.. Hm,itulah dia.. Tak pernah lokek dalam memberikan markah kepada para pelajarnya.. Atau mungkin sebab aku student favorite dia? Tak mungkin.. Barangkali aku termasuk dalam kategori familiar face..

********
 
'Sir, I did really, really bad in my exam.. Seriously.. I came here to see you so u wont be surprised when you mark my paper.'

Seharian aku resah bila ingat balik masa exam tu.. Aku rasa tu tempoh masa 2 jam yang paling lama pernah aku lalui hanya untuk keluar daripada dewan tu.. Aku tengok orang kanan aku punya rancak tangan dia menulis.. Aku?

Aku rasa bersalah dengan dia.. Tinggi sungguh aku letak sasaran untuk subjek ni.. Now, aku rasa aku kecewakan diri aku, dan juga dia.. Aku tahu, dalam diam mungkin dia juga sedar keupayaan aku yang sebenarnya.. Aku tahu aku boleh buat.. Soalan straight forward daripada notes.. Malam sebelum tu, aku terkejar-kejar nak habiskan semua notes yang students bagi masa presentation dalam kelas.. Sebab tu juga lah, aku jadi kalut.. Dengan letih otaknya aku jawab exam pagi tadi, dah kena pikir untuk exam esok pula.. Masuk library kononnya dapat study, last-last badan je kat situ.. Otak dah mula pikir apa nak buat lepas exam.. Ah, nasi dah jadi bubur..

'No, don't worry.. U will pass the subject..In fact, I have marked your name in the attendance list.' Sambil jari-jemari dia sibuk berlari mencari file di atas meja pejabatnya..

'I marked your name because I will give you extra marks!' Dia meneruskan perbualan tanpa sebab aku bertanyakan kenapa.. Mungkin sebab aku banyak consult dia kot.. Atau mungkin juga sebab aku favorite student dia? Persoalan itu kembali dalam otak aku..

'Because I remember you.' Jawabnya ringkas; dia tersenyum..

Dia beritahu carry mark aku.. Katanya carry marks sepatutnya sudah dimuat naik oleh orang pejabat.. Dia berkira-kira sebab orang pejabat tak upload carry marks tu untuk tatapan student.. Bila tak tahu carry mark, macam ni lah jadinya.. Bagai cacing kepanasan.. Sebab mostly aku dan kawan aku berkira-kira berapa banyak lagi markah yang diperlukan untuk lulus.. Lulus tu target pertama..

'Don't worry.. You will not fail in the subject.' Janjinya kepada aku.. Sesungguhnya dia terlalu baik..

Ok, aku yakin aku boleh pass! Sebab carry marks aku not bad.. Yang pasal dia memang nak tolong tu nombor dua.. Yang penting aku lulus!!

Aku menanti tarikh keluar result dengan penuh pengharapan...

********

Sebuah kereta myVi hitam kelihatan memecut laju menuju Gombak.. Jam menunjukkan 425pm.. Biasanya 15 minit je dah boleh sampai.. Hujung minggu apatah lagi..

Aku nekad nak jumpa dia.. Lama sangat mengelamun agaknya aku ni sampaikan nak buat keputusan pun pikir 5,6 kali.. Dia kotakan janjinya untuk tolong aku.. Dan aku bersyukur sangat.. Patutnya aku gerak terus je tadi.. Takda la sangkut.. Lagipun lepas ni, dia dah tak mengajar lagi..

'Harap-harap la sempat.' Aku berdoa dalam hati.. Aku parking berhampiran dengan bangunan kuliyyah aku tapi bukan bangunan itu yang aku tuju.. 

Masa tu, aku tengok orang ramai dah mula kerumuni dia.. Aku tahu aku terlewat.. Aku lihat kelibat kawan-kawan aku yang lain juga berada di situ.. Saling berpelukan antara mereka.. Aku hanya mampu melihat kerana tiada apa lagi yang mampu aku lakukan.. Dia pergi menaiki  kenderaan yang telah awal-awal lagi tersedia..  Aku tarik nafas dalam-dalam dan hanya mampu berdoa,

'Innalilah hi wainna ilaihirojiun.'

Cinta Monyet Darjah 6

March 8, 2013

0 comments
Kids, life is a funny thing.. Just when you thought that you had put your past behind, somehow in the most unexpected turnaround, it will come back to you.. 

Back in 2000, I met this girl.. And I was just 11.. Its funny how we met..

Masa tu aku masuk choir.. Actually bukan choir, tapi boria.. Cikgu try nak buat kelainan katanya, ambil pelajar lelaki join boria.. Tapi masalahnya dengan budak lelaki ialah diorang tak berdisiplin.. Tak datang practise lah, lambat lah, tak serius lah.. Setiap kali ada training pun, muka aku je :D..

Satu hari tu masa datang practice, nampak pelajar perempuan yang tengah practice.. Cikgu kata dia nak ganti dengan pelajar perempuan sebab diorang lagi berdisplin.. Jadi, tanpa sebarang notis kitaorang pun 'diberhentikan'.. Masa nak beredar dari situ lah aku nampak dia.. Honestly, aku tak rasa dia perasan aku pun..

Later on, aku tahu nama dia.. 

********

Masa tu kelas dia sebelah kelas aku je.. Dia kelas pandai, aku kelas second pandai.. Masa tu handphone mana ada lagi, fb apatah lagi.. Aku pun just usha-usha je lah.. To be honest I don't really recall how it went, but Im pretty sure she noticed me too.. 

So, the year 2000 went by just like that.. I don't even talked to her.. But, everything changed in 2001..

********

Tak sangka aku sekelas dengan dia.. Tapi just cover line je la.. Pretend yang aku tak rasa apa-apa.. Sekadar borak kosong.. Tapi ada sekali tu masa nak start ujian bulanan, dia sempat wish good luck kat aku.. Dan aku pecaya memang dia tujukan hanya untuk aku >_<.. Aww..

Segalanya berjalan seperti biasa hinggalah pada suatu hari itu..

Aku dapat surat daripada kawan dia.. Katanya surat tu rahsia.. Jangan bagi sesiapa pun baca.. Kawan dia bagi surat kat aku pun bersebab.. Segalanya bermula beberapa hari sebelum tu, atau lebih tepat lagi pada harijadi si dia..

Aku bagi hadiah kat dia, dan aku ada tulis something juga (pemikiran budak 12 tahun) pada hadiah tu.. Last-last benda tu tersebar antara kawan-kawannya.. Sebagai seorang budak lelaki yang masih belum berpengalaman dalam hal sebegini, perkara tu membuatkan aku malu (budak 12 tahun kan)..

Untuk surat daripada kawan dia tu pula, ada tertulis jangan tunjuk kat orang. Aku pun segera keluar dari kelas menuju ke tandas.. Surat itu dibaca aku di dalam tandas.. Isi surat tu berbunyi,

"Fariq, kau bila besar nak jadi apa? Aku dengar kau minat Dragon Ball.. Samalah kita.. 
Bila besar nanti kau stay budak baik eh.. Raya jemput la datang rumah"..

Nampak mengarut sebab aku tipu je tu.. Yang sebenarnya surat tu berbunyi,


Tahun 2001.. Jumpa balik masa kemas bilik

Tahun tu aku sedih sebab takda gambar kelas.. So, masa hujung tahun aku bawa kamera.. Ambil gambar dengan kawan sekelas sebelum masing-masing melangkah ke sekolah menengah pilihan sendiri.. Tapi sayang, si dia tak datang hari tu..

Beberapa tahun lepas tu, aku jumpa dia balik..

A Happy Ending

February 9, 2013

3 comments
0000 (hari sebelumnya)..

Berderet-deret timeline penuh dengan ucapan congrats.. Bila orang share kegembiraan diorang, automatic la diorang dapat result yang bagus.. Aku pula sibuk wish orang tahniah sebab dah habis study.. Ada juga yang wish congrats walhal aku sendiri pun tak tahu lagi result aku.. Segera aku bangun seraya tutup lampu, tarik selimut dan terus tidur..

Nanti aku check result tu esok.

*********

'Lecturer Hassan (bukan nama sebenar) ok? Aku amek dengan dia next sem.' Mesej kawan aku untuk bertanya kepastian.

'Em, dia ok je.' 

'Kau dapat berapa subjek dia?'

'Aku pun tak check lagi.. Mungkin malam sikit aku check.. Nanti aku bagitahu kau'.

Buka fb pun semua orang post status yang lebih kurang sama je bunyinya.. 'Yay, dah graduate', 'Im officially graduated', 'thanks to all my friends bla bla bla bla. . .'.. Mana ada orang post something kalau benda tu tak best walaupun itulah gunanya fb zaman sekarang.. Untuk meluahkan ketidakpuasan di sanubari..

Aku pun semangat tanya result classmate aku yang lain.. Tiada jawapan negatif yang kedengaran.. Hanya jawapan positif yang kelihatan sebab kami chat kat fb.. Bila ditanya result aku, macam biasa la aku jawab,

'Ok la.. Takla hebat macam kau :).' Smiley ditambah untuk menunjukkkan rendah diri kehkeh..

*********

0000 (hari esoknya)..

Aku check result exam aku dengan penuh pengharapan, penuh tanda tanya.. Aku nampak apa yang aku nak lihat.. Tertera abjad B+, B+,B dan B.. Sungguh aku tak sangka sama sekali.. Mungkin aku tak sehebat orang lain, tapi aku tahu aku pun bukanlah teruk sangat.. Aku puas hati dengan hasilnya..

Syukur pada Allah, terima kasih kepada semua lecturer yang banyak berjasa pada aku sem lepas.. Aku ingat lagi 2 jam terakhir aku untuk exam yang terakhir.. Aku memang rasa nak nangis bila tengok paper tu.. Seriously, thank you!! Dan terima kasih juga kepada Goggle sebab banyak berjasa..

Status - OFFICIALLY GRADUATED.

Alhamdulillah..

Copyright © 2011 Cerita Belakang Tabir Design By Melz