Kecewa Kuasa Dua

July 5, 2013

0 comments
Hari tu hari Rabu.. Sama macam hari-hari sebelumnya, aku bangun bila aku rasa nak bangun, dalam 930.. Cuma bezanya pagi tu aku pergi gim, aktiviti mingguan aku sejak beberapa bulan lepas.. Aku mandi ala kadar...

*adilahliyana sent you you a message*

'Fariq, harini jom.'.. Dila ajak aku keluar nak tengok wayang.. Diselitkan sekali jadual tertulis now showing untuk aku tengok.. Mana tahu silap lagi.. Masih tak berpuas hati sebab tak dapat tengok lagi cerita tu minggu lepas.. Orang tengah cuti macam kitaorang apadahal nak tengok wayang anytime, anywhere..

'Ok je.. Kita tengok yang 130pm la.. Boleh avoid jem'.. Cadang aku sambil bersiap-siap untuk ke gim.. Cukup sekadar bawa rm5 dan sebotol air berisi air kosong..

******** 

*Seminggu sebelumnya*

'Fariq, jom tengok Kil.' Kawan aku Dila bagi cadangan last minute.. Nasib aku rasa nak keluar hari tu..

'Ok je.. Dalam 330 ok?' Aku bagi kepastian..

'Ok.'

Tunggu punya tunggu baru sekarang ada chance nak tengok.. Nasib baik ada member ajak.. Aku dengar ramai yang kata cerita ni best.. Dan oleh sebab itulah kitaorang sanggup datang sampai ke sini just untuk tengok cerita tu.. Di kala panggung di tempat lain sudah mula menghentikan tayangannya, tempat ni masih lagi setia menerima peminat filem yang masih belum berpeluang menonton macam kitaorang.. Bukan  main seronok lagi sebab at last masih ada chance lagi nak tengok filem ni.. Tengok wayang baru best daripada download haram kat internet ye dak? Dan disebabkan nak tengok filem nilah, aku ketemu tempat baru..

Siyes aku tak pernah sampai sini.. Terima kasih kepada GPS, kalau tak memang sesat juga la jawabnya.. Tak ramai orang kat panggung tu.. Mungkin sebab weekdays.. Hanya ada seorang pekerja di setiap kaunter tiket, minuman dan pintu masuk ke panggung..

'Kil untuk 2 orang'.. Request Dila kepada akak yang jaga kaunter tiket tu..

'Show yang 415 dah cancel.'

'Aik, cancel dah? Kenapa cancel lak?'

'Sebab takda orang.. Nak kena tunggu next showtime la.' Suggest akak tu..

Tapi baru je 5-8 minit lewat.. Takkan terus cancel kot.. Ini tidak adil.. Takkan takde tunjuk iklan-iklan dulu kot macam cinema lain.. Atau mungkin memang polisi panggung ni macam tu.. Lagipun aku rasa takda orang lain lagi yang nak tengok melainkan kitaorang berdua.. Nak jimat letrik la tu..

'415 la show Dila.. Bukan 430.' Aku senyum sinis kat Dila.. Katanya tadi show 430.. Salah tengok la tu thehe.. Kalau aku tahu kau pun tak tengok lagi, dari dulu lagi aku dah ajak.. Tak perlu susah-susah datang sini..

Next showtime pukul 615.. Tapi sebab taknak menunggu, maka keputusan dicapai untuk pulang ke rumah.. Nanti jem lagi.. Next time kot tengok.. Itupun kalau ada lagi..

********

Kali ni jalan menuju ke situ tidak sesibuk mana berbanding pada minggu lepas.. Kitaorang sampai  dalam 20 minit awal.. Timing is everything.. Tanpa membuang masa, kitaorang sudah berada di kaunter tiket yang terletak di tingkat paling atas bangunan tersebut.. Hanya ada beberapa kerat manusia sahaja yang kelihatan di situ.. Sama seperti minggu lepas.. Cuma bilangannya lebih ramai sikit.. Tapi, satu kaunter sahaja memadai untuk melayan para pengunjung yang boleh dikira dengan jari..

'Kil 130pm.. 2 orang'.. Hanya kami sahaja di kaunter.. Kali ni bukan lagi akak yang minggu lepas, tapi abang..

'Boleh tunggu sekejap? At least ada 5 orang baru cerita boleh tayang.'.. Jawab abang di kaunter tiket tu..

'Kalau tak?' Tanya aku untuk kepastian.. Aku tengok kiri dan kanan.. Kot-kot ada lagi orang lain kat situ yang nak join tengok cerita ni.. Aku yakin memang kita berdua je nak tengok.. Itu yang sanggup datang kat sini.. Aku baru je tebayang-bayang macam mana rupa cinema ni.. Tengok gaya baru renovate.. Pastu kalau best nak rekomen kat kawan-kawan.. Fikiran aku melayang sekejap dalam beberapa milisaat tu..

'Kalau tak, kena cancel'.. Abang kaunter tadi bagi penjelasan ringkas..
 
Again?? 

Ok, tak nak datang sini lagi..

Copyright © 2011 Cerita Belakang Tabir Design By Melz