Tiket Oh Tiket

February 19, 2012

0 comments
Hari tu aku planning nak gi karok.. Dan seperti kebiasaannya aku pasti akan ditemani oleh orang kanan aku - Alep.. Planning nak karok ni dah lama.. Tapi hasrat di hati terkubur dek kerana kesibukan diri dengan buku-buku ilmiah.. Kesukaran untuk mendapat masa yang sesuai bersama Alep juga antara faktor yang membantutkan usaha ke arah gabungan vokal antara kami berdua.. Kebetulan hari tu cuti umum, lantas masa tersebut digunakan untuk melepaskan batuk di tangga.. Eh, silap.. Melepaskan lontaran suara yang tak mampu dibendung lagi.. Ditambah dengan kehadiran seorang lagi member kamcing - Hazman, alamatnya memang riuh la jadinya.. Seriuh pgi di Era barangkali.. Atau mungkin lebih daripada itu..

Tapi dalam kita bergembira, pasti ada yang berduka.. Tiada siapa sangka dalam senyuman kepuasan tu, ada awan nano pula yang menjelma.. Walaupun aku tak tahu apa tu awan nano, tapi aku nak story juga la kegusaran yang kami berkongsi bersama..

Cerita ni bermula masa nak bayar tiket parking di sebuah mall di KL.. Ke Selangor? Apa-apa je lah..

*********

-RM3.00-

Tertera nilai yang harus dibayar di skrin mesin pembayaran.. Aku seluk poket ada 5 ringgit.. Aku tanya Alep dan Man, kot-kot ada ada nilai yang mencukupi.. Tapi jawapan yang aku terima hampa kerana masing-masing mempunyai duit kertas kaler merah berbanding kaler biru.. Ingatkan boleh mintak tolong mereka bayar, tapi last-last aku juga yang kena.. Aku masukkan RM5.. Tertera perkataan thank you/ terima kasih sejurus selepas pembayaran dibuat.. Segera aku ambil baki dan tiket yang keluar di ruang baki mesin pembayaran tersebut..

'Lain macam je tiket ni?'

'Ceh, patut la.. Resit rupanya.. Silap ambik la.. Patut la dia keluar kat tempat baki tadi.'

Dengan segera aku patah balik kat mesin pembayaran tadi.. Kedudukan kereta aku dan mesin tadi yang agak dekat membuatkan aku mengambil langkah seratus berbanding langkah seribu.. Masa tu ada orang tengah buat pembayaran.. Dari riak wajahnya, ternyata dia agak pelik  dengan kewujudan tiket yang tidak dituntut itu.. Masih lagi di tempat di mana tiket itu di masukkan.. Barangkali tertanya-tanya akan kelibat tuan punya tiket tersebut.. Barangkali juga terpikir apa yang perlu di buat dengan tiket tu.. Terlalu banyak barangkali.. Yang nyata, semua tu hanya pemikiran di benak pikiran aku sahaja.. Segera diambilnya tiket aku oleh beliau dan diletakkan di atas tong sampah recycle yang terletak di sebelah mesin pembayaran tersebut.. 

Tidak sampai 5 saat selepas adengan di atas, aku pun tiba di tempat kejadian.. Baru je aku nak capai tiket aku bila tiba-tiba tiket tu jatuh dalam tong sampah.. Tak perasan lak penutup tong sampah ni sensitif.. Tekan sikit je dah buka.. Alah, macam tong sampah yang kat Petronas tu.. Kena tekan bahagian penutup dia..

Lebih kurang begini bentuk tong sampah tu.. Cuma ada cover kat atas..


*********

Aku check dalam plastik sampah tu.. Selongkar punya selongkar, tapi kelibat tiket aku masih tak kelihatan.. Maka, timbul kehairanan di situ.. Aku terus cari lagi, dan lagi, dan lagi.. Tapi aku masih gagal jumpa tiket parking aku.. Hanya timbunan tisu dan beberapa tiket lama..

'Hmmm."

Alih-alih aku cabut plastik tu dari tong dia dan aku bawa plastik sampah kaler kuning tu kat area parking.. Selongkar kat sini ok sikit.. Orang tak nampak, atau lebih tepat lagi orang tak nampak sangat.. Kemudian, aku sambung selongkar buat kali yang ke seratus enam puluh satu..

"Aik, takde? Biar betik?'

Padahal depan mata aku je tiket tu jatuh tadi.. Mengapakah tiket itu tidak ada pula? Pelik bin ajaib.. 

Man memberikan kata-kata perangsang kepada aku hehe

Segera aku patah balik ke mesin pembayaran tadi.. Aku rembat plastik sampah  kat dalam tong yang kat sebelah dia pula.. Aku cari lagi.. Setiap inci plastik sampah aku perhatikan elok-elok.. Tapi aku hampa.. Aku yakin tiket tu takda dalam plastik sampah yang ni sebab aku nampak sendiri tiket tu jatuh kat dalam plastik yang aku check tadi.. Tapi, omputeh cakap just in case.. Persoalan mula timbul - macam mana tiket ni boleh hilang?

Plastik yang kedua..
 *********

'Encik jalan straight je.. Pastu naik elevator yang kat depan sana.. Jalan depan lagi then belok kanan.. Ha, kat situ la office yang in charge untuk lost ticket..'

Orang kat kaunter pertanyaan menerangkan kat aku arah untuk ke parking office.. Kan tak pasal-pasal kena bayar denda.. Kalau tak bayar, macam mana nak keluar, ye tak? Menurut abang yang bertugas di situ, kena bayar RM50.. Mendengar jawapan itu, aku hanya senyum tak ikhlas.. Nak salahkan abang tu, bukan dia tahu apa-apa.. Salah aku juga.. Eh, ye ke salah aku? Salah tiket la.. Alep busy dengan handphonenya, Man pula hilang entah ke mana.. Aku tengok dompet.. Ada la duit RM50.. Adeh...

Abang tu bagi tiket baru.. Katanya lagi, RM50 tu bayar masa masukkan tiket kat mesin pembayaran nanti.. Kalau dah macam tu, baik aku try cari balik tiket aku.. Kali ni last round punya.. Kalau still takda, aku surrender..

Kalau dalam komik, bila kita  takda duit nak bayar makan, nak settle bayaran kena la basuh pinggan.. Agak-agak kalau aku guna taktik sama boleh dapat tak? Takda duit nak bayar denda, so aku tolong basuh kereta.. Confirm dapat beb.. Dapat maki..

 *********

 'Kita angkat je tong sampah tu keluar.'

Alep memberikan cadangan beliau.. Aku setuju memandangkan ni dah last chance.. Last chance before duit RM50 aku terbang begitu saja.. Nak buat keluar tong sampah tu pun satu hal.. Payah bukan main.. Rangka dia memang terpacak dah kat situ.. Bukan tujuan untuk dialihkan.. Bila kitaorang dah berjaya keluarkan tong sampah tu dari kedudukan dia, aku tengok kat struktur tong sampah yang kosong tanpa tongnya, tanpa plastiknya..

'Tadaaa!!'

Ada pun kau wahai tiket parking ku.. Patut la cari dalam plastik sampah pun tak jumpa.. Rupanya kau tak masuk pun dalam plastik tersebut.. Jatuh kat ruang sempit antara rangka luar dan tong sampah tu sendiri..Tiket yang baru dapat tadi aku simpan.. Tiket yang asal tu aku masukkan balik kat dalam mesin pembayaran tu.. Buat kali ke-2..

-RM1.00-

Tersenyum puas aku.. Bila dah kena macam ni, baru aku sedar yang apa la sangat kena bayar parking setakat RM3 dibandingkan dengan RM50.. Kui kui..


Masuk kereta, cepat-cepat aku sapu hand sanitizer anti-bacteria jenama Genvera.. It kills 99% germs, katanya. . . . .

Kunci Dalam, Dikunci Luar (Bahagian 2)

February 12, 2012

0 comments
Assalamualaikum.. Rasa malas je sebenarnya nak sambung post yang sebelum ni.. Aku nak share cite lain lak ni.. Tapi memandangkan cerita hari tu tak habis lagi, aku sambunglah sikit lagi.. Sikit je lagi eh.. Maklumlah malas nak tulis panjang, jadi kena buat sambungan lah.. Jadi, kita fast forward lah ya. . . . .

*********

Sampai kat kafe, aku tengok dah pukul 1010 ( lebih kurang).. Bermakna lama juga la aku bertuala tadi.. Segan punya pasal nak pinjam baju.. Betul la kata peribahasa dulu, malu bertanya sesat jalan.. Peibahasa sekarang , malu bertanya padan la muka.. Aku hari ni plan bangun awal nak breakfast.. Maklumlah, time macam ni je la yang sempat nak turun kafe untuk breakfast.. Kalau tak, pagi-pagi minum milo je la.. Tapi tu pun dulu masa ada water cooler.. Sekarang bila aku plan nak makan, tak jadi pulak.. Aduh, frust sungguh.. Duduk tengok orang makan je la aku ni..

Aku duduk kafe dengan harapan masa dapat berlalu dengan seberapa pantas yang mungkin..  Tapi perut aku dah berbunyi beb.. Dompet pula dalam bilik.. Jadi, hasrat aku nak makan pagi ni terpaksa aku lupakan.. Rasa macam tengah puasa sunat lak bila tengok budak-budak lain tengah enak menjamu makanan, aku pula tengah menahan diri daripada lapar dan dahaga.. Padahal, aku takda duit wuwuwu..

Tiba-tiba aku ternampak kelibat kawan aku.. Macam biasa la bila dah jumpa kawan kena borak-borak dulu, tanya khabar pastu baru pinjam duit... Tapi kawan aku tu cakap dia belanja heee.. Cukup untuk beli karipap 3 biji walaupun dia suruh amek makanan yang berat sikit.. Aku tengok lagi jam kat kafe.. Aiseh, belum pun pukul 11.. Exam habis dalam pukul 11.. Melainkan roommate aku genius tahap saintis, so aku assume diorang pun tak balik lagi ke bilik.. Terpaksa aku pindah ke tempat lain bila dah habis makan.. Bosan sangat sampai tak tahu nak buat apa.. Alang-alang tu baik aku pergi  musolla (surau).. Boleh la juga baring-baring sementara menuggu masa berlalu..

Pukul 11, aku bingkas bangun keluar dari musolla dan menuju ke arah blok aku yang terletak hanya kurang daripada 100 meter anggarannya.. Tapi aku tunggu dekat area bukit depan blok aku.. Dari situ boleh mengadap jalan besar di samping aku boleh tengok kereta yang keluar masuk ke arah blok aku..

Lama aku duduk termenung, lama aku menunggu tapi  kereta yang ditunggu masih jua belum kelihatan.. Cuaca pagi tu yang tak begitu panas memberi aku kesabaran dalam menunggu.. Sekali sekala angin sepoi-sepoi datang meniup rambut aku yang tak bersikat.. Dan masa tu juga la aku pikir kalau ada gitar ni, memang aku dah petik-petik dah.. Silap-silap orang bagi duit lagi.. Boleh terus beli baju..

Tunggu punya tunggu, last-last aku pergi balik kat kafe.. Kot-kot ada jumpa sapa-sapa ke.. Boleh minta belanja lagi.. Tapi aku perasaan yang jam kat dinding kafe yang terkenal dengan hidangan lauk pauk yang banyak dan harga yang berpatutan baru je pukul 1115..

'Damn.'

Orang dah mula ramai kat kafe.. Ni semua muka stok baru habis exam.. Tapi kelibat roommate aku masih samar-samar.. Aku dah la tak selesa dengan baju pinjam ni.. Seluar pulak besar.. So, bila jalan tu kena la letak tangan dalam poket.. Pastu pegang seluar tu dari dalam.. Kalau tak buat macam tu, confirm seluar tu jatuh haha.. Sebab tu lah tangan aku memanjang je dalam poket seluar tu.. Cover beb, kalau tak obvious..

*********

Dah dekat pukul 12, baru aku naik blok aku.. Aku termenung jauh ke depan pasal kat kiri dan kana aku takda apa.. Kat depan baru ada jalan besar.. Aku nampak kelibat roommate aku yang sorang ni baru parking kereta.. Sementara itu, tidak jauh dari situ, seorang lagi roommate aku sampai dengan menumpang motor kawan beliau.. Naik motor rupanya.. Finally.. Dengan segera aku buat-buat baru sampai ke bilik dan terserempak dengan dia pasal aku tak bagitahu yang aku takda kunci.. Takda kunci tu biasa, tapi kalau dah sampai kena pinjam baju dan seluar orang tu dah jadi tak biasa.. Nasib dia pun tak cam baju tu.. Dengan pantas aku masuk ke dalam dan menuju ke compartment aku, dan dengan pantas aku salin baju..


Sambung tido balik..

Kunci Dalam, Dikunci Luar (Bahagian 1)

February 2, 2012

0 comments
Aku nak share satu kisah yang berlaku masa exam week.. Hari tu hari Sabtu.. Korang nak tahu tak bila tarikh dia? Aku masih ingat lagi kalau aku tengok diari.. Diari? Ya, aku ada diari..Er, lebih kepada daily activities punya aktiviti.. Apa aku buat, dengan sapa aku lepak ada je aku tulis dalam diari seorang lelaki aku.. Korang nak tahu tak bila? Nak tak? Nak tak? Ok, tak nak bagitahu (gedik)..

Dalam kul 845am, aku terjaga dari tidur sebab roommate aku yang dua orang ni ada exam. Duk sembang-sembang, gelak-gelak.. Sempat lagi bergurau senda sebelum pergi exam, tapi apa yang lucu sampai gelak-gelak tu aku tak tahu.. Aku masih di balik selimut yang menutupi badan aku daripada sejuk kipas yang biasa di letak kat nombor 2.. Masa-masa ni pula la aku nak terjaga, walhal bukan ada exam pun pada hari ni.. Cuma nanti petang sikit ada la nak buat discussion sikit dekat library.. Masa nak exam macam ni la, baru la semangat nak pergi library.. Kononnya boleh study la sikit kalau pergi sana, tak nak ada gangguan la.. Kalau dari awal semangat macam ni, result mesti gempak.. Ok, sendiri terasa.. Tapi since semalam tak study pasal duk rilex melayan series kat laptop, maka dengan semangatnya kena la bangun pagi sikit pagi tu.. Nak make-up masa yang lost semalam.. Daa..

Aku merajinkan diri untuk bangun walaupun godaan daripada katil dan bantal masih kuat.. Tangan aku terus capai Colgate yang aku letak dalam gayung biru muda yang ada kat hujung compartment.. Lepas dah letak ubat gigi, tuala biru yang digantung di dinding dicapai beserta dengan sabun Dettol kaler kuning yang tak habis-habis aku guna sejak dari awal sem lagi.. Aku tuju bilik air.. Sambil-sambil aku berus gigi, aku nyanyi,

'Bangun pagi, gosok gigi, cuci muka, pakai baju' ~ tapi tu hanya lagu.. Aku bila bangun pagi, aku gosok gigi, buka twitter, buka you tube, baru mandi dan pakai baju..

*********

Air kat bilik mandi tu kadang-kadang sejuknya sampai ke tulang sumsum, tapi mandi tetap mandi.. Walaupun kepala shower tu dah hilang, tapi tandas yang hujung tu juga la yang jadi faveret aku..

Dah siap mandi, aku tengok cermin.. Kot-kot ada bintik kisah silam kat muka.. Macam dalam lirik lagu Jamal & Malique tu, 'Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam.'Aku tengok takda pulak bintik hitam silam.. Clean & clear je, walaupun hanya guna sabun susu kambing..

Ktik ktik ktik.. Aku try buka pintu sesampainya aku di depan bilik..

Ah, sudah.. Berkunci!!

*********

2, 3 kali aku try buka tapi confirm pintu berkunci.. Standard aku gi tandas tak bawa kunci pasal dah biasa macam tu.. Melainkan aku sorang kat bilik.. Tapi tadi masa nak mandi aku tak kunci pintu sebab ada sorang lagi roommate aku yang tak bangun lagi.. Ye ke tido???? 

'Cibai.'

Aku try masuk tandas.. Kot-kot la member aku sorang ni tengah mandi ke, basuh baju ke.. Tapi kelibat beliau gagal dikesan.. Aku naik tingkat atas, takda, turun tingkat bawah takda.. Dan aku tak rasa dia nak main nyorok-nyorok dengan aku saat aku hanya bertuala macam ni.. Aku jalan mundar mandir kat koridor tu.. Sekali sekala buku lima aku menghentak pintu bilik yang hanya dibuat daripada kayu.. Mana tahu beliau dah balik bilik dan aku tak perasan.. Kot-kot la juga dia masuk bilik bilik ikut tingkap ke.. Tapi aku tak mendengar sebarang response yang yang positif..

'Ah, dia pergi breakfast la tu.' Kata aku untuk menyedapkan hati.. Cool beb, cool..

Aku rasa dah dekat 30 minit aku bertuala ni.. Sekarang aku dah sejuk giler.. Dah la berangin je pagi-pagi ni.. Aku yakin roommate aku yang sorang ni bukannya pergi mandi mahupun pergi breakfast.. Sekali sekala aku try tengok bawah ke arah jalan menuju ke kafe, tapi kelibat beliau tak kelihatan.. Takkan aku nak turun dengan hanya bertuala untuk mencari beliau.. Mustahil mustahil.. Dan takkan juga aku nak main ambik je baju sesapa kat ampaian untuk turun dan cari beliau.. Mustahil mustahil.. Walaupun idea itu ada, tapi aku tak buat.. So, tak berdosa laaa.. 

*********

~Menunggu sesuatu yang sulit untuk ku jalani~.. Ah, dah lama sangat rasanya aku menunggu.. Umpama menunggu sesuatu yang tak pasti.. ~Umpama mimpi dalam mimpi~.. Sebelum keluar kat dalam berita esok ada budak masuk hospital sebab dah jadi biru, maka aku harus bertindak.. Idea yang aku pikir dari mula-mula lagi, tapi hanya sebagai jalan yang terakhir.. Jalan terkahir yang memerlukan jiwa yang kental dan muka yang tebal...

Tok tok tok..

Aku ketuk bilik jiran aku.. Dah la jiran sendiri aku tak kenal.. Tak pernah bertegur sapa, apatah lagi bertukar-tukar makanan.. Masing-masing dengan ego tersendiri, malu untuk memulakan langkah pertama.. Err, dalam bertegur sapa maksud aku.. Walaupun dah 4 tahun di sini, tapi keadaan seperti ini adalah biasa.. Cuma sesekali bersisih je aku lemparkan senyuman semanis kurma kepada jiran-jiran aku, walhal nama mereka pun aku tak tahu..

'Err, saya budak bilik sebelah.. Saya baru habis mandi.. Kunci pulak tak bawa, takda orang dalam bilik.. Boleh pinjam baju?'

Bersambung..






Copyright © 2011 Cerita Belakang Tabir Design By Melz