Bagaimana Aku Bermula (Bahagian 2)

October 4, 2015

0 comments
Hari tu hari Jumaat yang penuh keberkatan.. Selesai bersarapan, aku segera mencapai surat khabar tapi tiada satu pun berita yang menarik perhatian aku.. Aku mula buka internet untuk menyambung rutin harianku - mencari kerja.. Aku terjumpa satu iklan yang menarik perhatianku.. Em, bidang yang minat ni, kawasan pun dekat je.. Aku segera mengambil maklumat yang berkaitan.. Aku hantar email kepada penerima tersebut..

Tak sampai 2 jam, aku dapat panggilan.

"Hi, may i speak to Muhammad Fariq?'

'Yes, Fariq here.'

'Hi, my name is xxxx.. I received your resume.. Can you please come for the interview on Monday?'

'Err, this Monday? Em, boleh.'

'Later I will email back to you on the information.'

********

Isnin.

Macam yang dijanjikan, jam 8 pagi lagi aku dah sampai.. Oh, cantik juga tempat ni.. Tak pernah datang sini walaupun dekat.. Popular tempat ni.. Lama aku mengelamun sebelum aku disapa oleh staff di situ.

'Mr Fariq? This way.'

Lama aku tunggu di bawah tadi.. Naik atas, kena tunggu lagi sebelum ditemduga.. Ada kena buat ujian, lagi! Soalan dia boleh tahan payahnya walaupun soalan umum je.. Aku pula dah malas nak pikir panjang, jadi aku tulis je apa yang aku dapat pikir masa tu.. Tatabahasa semua aku main langgar je.. Masa tu aku ingat, semua ujian-ujian ni memainkan peranan dalam pemilihan nanti.. Bila aku tengok balik jawapan-jawapan aku, merapu-rapu je.. Aku rasa peluang aku dah takde.. Takpelah, ada lagi temuduga lain..

Lebih kurang dalam 45 minit kemudian, barulah sesi temudga bermula..

Oh ya, ni lah satu-satunya temuduga yang aku dah persiapkan diri 100%.. Skema jawapan pun aku kutip kat internet.. Baru jawapan aku nampak bagus sikit.. Pengalaman lalu mengajar aku untuk menjawab soalan 'Kenapa awak pilih jawatan ni?' dengan lebih serius.. Aku dah agak soalan macam ni mesti keluar.. Sekurang-kurangnya kali ni aku lebih bersedia.. Jauh lebih bersedia.. Masa tu juga, aku diberitahu yang terdapat satu lagi kekosongan untuk bidang ni.. Cuma skop kerjanya sahaja berbeza.. Mereka tanya aku mana satu yang aku lebih minat.. Bila difikirkan dengan teliti, aku cakap aku lebih berminat dengan jawatan yang baru tu sebab lebih sesuai dengan personaliti dan karekter aku.. Sepanjang temuduga berlangsung, mereka nampak berminat dengan apa yang aku katakan.. Untuk pertama kalinya, aku rasa yakin denga jawapan-jawapan yang aku berikan (terima kasih Google).. Macam biasa, di akhir temuduga, ada respons positif yang ditunjukkan.. Aku rasa aku ada peluang.. Aku yakin..

Masa ni gaji bukan lagi perkara pokok yang aku cari.. Aku sedar aku tak boleh memilih dah.. Yang penting adalah pengalaman.. Perlahan-lahan aku akan bina karier aku daripada bawah.. So bila mereka tanya;

'U requested for xxxx.. What is the minimum that you can go?'

"Em, xxxx.' Aku berikan mereka hujah-hujah untuk menyokong kenyataan aku..

'What if I told you that the salary for this position is below what you just said now?' 

'Honestly, if u think that I am fit for the position and the only thing that comes to our disagreement is salary, then I am willing to negotiate.' Aku jawab spontan.. Aku jawab jujur..

'Fair enough!'.

********

Esoknya, aku dapati ada missed call.. Ya, itulah nombor yang telefon aku untuk datang temuduga semalam..Tiba-tiba aku rasa teruja walaupun hanya dengan melihat nombor itu di skrin.. Petang tu, dia telefon lagi.. Sayangnya, aku terlepas lagi (masa aku tak pegang telefon masa tu kah dia nak call). Esoknya lagi, dia telefon lagi.. Dan kali ini, panggilan itu disambut mesra aku.. Betul tekaan aku.. Aku akhirnya diterima bekerja..

Aku sujud syukur dengan berita ni.. Penantianku akhirnya berakhir..

Copyright © 2011 Cerita Belakang Tabir Design By Melz