Lazy Sunday

June 24, 2012

0 comments
Tahu tak apa persamaan antara semua orang di Malaysia, mahupun di seluruh dunia? Walaupun berlainan bangsa dan budaya, namun masing-masing mempunyai ciri-ciri universal.. Semua orang pun tak suka hari Ahad.. Walaupun tiada kajian scientific yang dilakukan untuk menyokong kata-kata aku, tapi aku rasa assumption aku betul.. Sebabnya, esoknya dah hari Isnin.. Hari Isnin kan sinonim dengan 'Monday blues'.. Maka hari Ahad harus digunakan untuk berehat dengan sepuas-puasnya.. 'Kau tak tahu bila dah kerja nanti macam mana', 'belajar lagi best' dan 'at least belajar tak se stress macam bila dah kerja' adalah antara suara-suara yang biasa dilontarkan kepada aku saat diajukan soalan ini kepada mereka-mereka yang bekerja.. Jadi mungkin sebab tu juga la, aku masih belajar saat post ini ditulis..

Dan macam orang lain juga, hari Ahad merupakan hari yang paling malas sekali untuk aku keluar.. Sebagai seorang student yang berdedikasi terhadap tugasan, maka pada kebiasaannya, hari Ahad ni aku gunakan peluang sebaik-baiknya untuk berehat di rumah.. Bangun pukul 9, baring-baring atas katil, sejam kemudian baru mandi.. Turun breakfast dalam pukul 1130 (bagi aku 11 tu dah kira lambat), then baca surat khabar.. Bila buka TV semua pun cerita kartun.. Tapi aku taksub la pasal kartun Dragon Ball masih lagi ada.. Aku tak tahu la da berapa ribu kali dah dia tayang kat TV pasal setiap kali kau tengok, part yang sama je.. Kalau bukan  Goku lawan Pikor, mesti Goku lawan Fliza.. Pastu ulang balik buat kali ke seratus ribu kali.. Dan korang tahu tak yang sebenarnya. .  . . Dragon Ball ada 7 biji semuanya!! :o

Tapi ada satu benda je yang aku suka pasal hari Ahad ni, yakni pukul 2.. Sebab bila dah masuk pukul 2, aku sure akan melekat depan TV3.. Walaupun tu rancangan untuk wanita, tapi aku tengok juga.. Nak tahu sebab apa??

Sebab;


























Sebab bila tengok baru Lofa sayang kat aku balik!!Awww, sweetnyaaa hahaha!!Kbai..

Copyright © 2011 Cerita Belakang Tabir Design By Melz