Kisah Raya 2013/1434 (Bahagian 2)

August 20, 2013

0 comments
'Bangun.. Bangun..'

Suara ibu memecah kesunyian di pagi tu.. Serentak itu juga alarm handphone aku berbunyi, menunjukkan 650am.. Baru teringat yang semalam aku tertidur sebelum sempat 32 batang gigi aku digosok.. Oh ya, pantun raya untuk dihantar kepada kawan-kawan masih belum siap.. Aiseh..

Selesai solat Subuh dan bertakbir, segera dicapai berus gigi dan tuala.. 

'Sahaja aku mandi sunat Aidifitri kerana Allah Taala.' Sambil mandi, aku mencari-cari idea untuk menyiapkan pantun raya aku.. 

Selesai mandi, segera dicapai baju Melayu color puple yang tergantung di pintu almari.. Dah beberapa hari berada di situ.. Rasa lucu pun ada bila pakai baju ni sebab ukurannya yang labuh.. Ambil baju hari Sabtu, raya hari Khamis.. So, kata mak dah tak sempat nak alter walaupun aku tahu pelanggan always right.. Takpe la, lepas raya je la jawabnya..

Bila dah puas puji diri depan cermin, aku bersiap-siap untuk ke masjid.. Selalunya ramai je kelibat manusia sepanjang perjalanan ke masjid.. Tapi pagi tu lain sikit.. Macam takde orang je yang beraya kat KL.. Kat masjid, aku boleh duduk saf depan lagi.. Mungkin tahun ni aku sampai awal.. Takbir mula berkumandang menunjukkan tepat jam 8 pagi.. Sedikit demi sedikit, jemaah mula memenuhi ruang masjid..

********

Sampai rumah, aku naik ke bilik untuk mencari handphone.. Idea untuk pantun raya sudah mari.. Setelah beberapa kali melakukan ubah suai, barulah selesai pantun aku..

Add recipient > Alep, Abu, Nas, Sara, Syakira, Ain dan lain-lain.. Send!!

Check kredit, cuma tinggal RM1.. Mana taknya, mesej sampai 2 page.. Tapi takpe lah, raya punya pasal.. 

Aku dapat reply half daripada aku yang aku send.. Ceh, aku je ke yang semangat wish orang hari raya.. Ringkas jawapan balas diorang..

'Selamat hari raya juga.. Maaf zahir dan batin.' Juga diletakkan smiley di hujung mesej.. 

********

Macam biasa, setiap tahun bila hari raya mesti nasi dagang menjadi menu utama.. Kawan-kawan cakap, nasi dagang mak aku sedap.. Nak makan selalu, cari la orang pata timo..

Habis makan, mulalah bersalam-salaman.. Mula-mula yang sulung, then yang nombor dua, dan seterusnya.. 

Lepas tu ialah aktiviti bebas.. Ni yang tak best beraya di Kl.. Nak pergi beraya, takde orang.. Yang tak balik, tak dijemput lak hee.. Maka, tv lah yang menjadi peneman.. Layan je lah.. Aku bingkas mencapai remote tv, kuatkan volume dan sorokkan remote di bawah bantal kusyen.. Tak nak orang lain tukar channel di kala Emma Maembong muncul di kaca tv..

'Nak kena fokus ni.' 
********

Petang raya, sedara datang beraya.. Nasib diorang tak balik.. Kitaorang pula jenis yang takde nak bergambar sakan macam orang lain.. Yang tak berapa nak muda duduk bersembang di meja makan, dan yang tak beberapa nak tua duduk bersembang depan tv..

Yang lelaki sembang pasal bola la, pasal study la.. Yang tak berapa nak muda ni pula sibuk berbincang tentang majlis akad minggu depan.. Sebab tu juga la diorang sekeluarga tak balik.. Sibuk dengan persiapan sepupu aku yang nak bernikah.. Aku pula berkira-berkira kot-kot la aku dapat bernikah dengan Emma Maembong.. 

********

Bila malam menjelang dan matahari menghilang, giliran anak sedara pula excited.. Dapat main bunga api.. Aku pun selongkar almari bilik aku sebab aku tahu aku masih ada lagi mercun lama yang tersimpan rapi.. Dah lama mercun ni.. Ada la lebih dari 5 tahun.. Entah elok entah tidak.. Tapi aku hanya keluarkan thunder clap, tak berani pula nak keluarkan mercun yang berbentuk bola kecil dan segitiga.. Tambah-tambah dengan jalan lengang ni, sure satu mukim boleh dengar.. Tak pasal-pasal abang polis datang..

Tradisi main bunga api ni still seronok macam dulu.. Cuma dah besar ni dah tak nakal la.. Dulu paling best bila ada mercun das.. Boleh main perang dengan sedara mara.. Siap ada yang koyak baju sebab mercun das.. Best ooo!! Dah tu, semua benda yang ada kat sekeliling pun nak dieksperimentasikan.. Bunga api tu kitaorang buat bakar daun kering.. Pastu tengok je daun tu berlubang.. Apa motif buat macam tu aku pun tak tahu.. Pastu, suluh lubang semut dengan api.. Dah tu berlawan siapa boleh buat mercun naga meletup kat udara.. 

Tapi satu je benda yang dari dulu sampai sekarang aku buat tak pernah nak jadi.. Main mercun gasing.. Asal aku bakar dia tak berpusing? Adakah ia perlu diletakkan di tempat yang licin? Adakah ia perlu ditegakkan atau dibiarkan sahaja begitu? Persoalan ini masih berlegar di minda aku..

Kisah Raya 2013/1434 (Bahagian 1)

August 13, 2013

0 comments
Pagi tu pagi yang terakhir bagi umat Islam di Malaysia bersahur, menandakan hari terakhir berpuasa bagi tahun 1434H.. Bermakna, esok raya.. Boleh makan-makan, boleh dapat duit raya.. Since esok nak raya, maka pagi tu aku ditugaskan untuk ke pasar bagi membeli barang-barang dapur untuk juadah esok.. Lebih kurang 30 minit selepas pukul 6, dengan muka yang mengantuk dan muka yang tak ditouch up,  aku segera memecut sederhana menuju ke sebuah pasar yang terletak di Selayang..

Walaupun hanya perlu menunggu di dalam kereta, tapi ketensenan tetap ada.. Yang kereta belakang duk sibuk hon sana hon sini.. Dah tahu jalan jem, hon seratus lima puluh juta kali pun tak guna.. Biasa la kereta nak masuk parking, keluar parking.. Bertimbang rasa la sikit.. Kan ke bulan puasa.. Bawa-bawa la bersabar..Nasib aku berjaya parking kat bahu jalan.. Dengan azam dan iltizam yang cekal menunggu di dalam kereta hampir 2 jam, barulah selesai misi pada pagi 29 Ramadan tu..

********

Tengahari pula, aku mandikan kucing-kucing aku, Chery dan Don.. Kucing pun nak segak bergaya di hari raya..Cuma bezanya ialah diorang still tak berpakaian walau di hari raya..

'Cuk cuk meow.. Cuk meow' 

Agaknya macam tu la kot bunyi aku panggil kucing aku..  Mulut kena muncungkan sikit dan jari kena petik.. Bila kucing aku dengar, dia akan associate bunyi tu dengan makanan.. Bila aku buat macam tu, kucing aku akan berpikir 'Oh, its meal time.' Er, aku pun tak sure dia speaking ke tak.. Dalam psikologi, benda alah ni dipanggil conditional respones..

Petang terkahir Ramadan tu, hujan turun membasahi bumi.. Seperti menangisi pemergian Ramadan.. Sempat lagi aku pergi menjenguk bazaar depan rumah.. Kot-kot ada jualan mega kat situ.. Tapi tahun ni rasa macam tak meriah pula bazaar ni walaupun dah ada tempat tetap untuk berniaga.. Gerai pun banyak.. Mungkin apa yang aku cari takda kat sini.. Tapi apa yang aku cari?? Berbalik pada cerita petang tu, macam biasa la kalau dah hari terakhir yang tinggal pun tak sampai 10 gerai.. Gerai samosa faveret aku masih lagi ada, gerai air buah-buahan yang berbagai jenis juga masih kelihatan.. Then, aku teringat yang puasa kali ni aku tak try lagi roti john.. Sejak brader yang jual roti john faveret aku meniaga Western, aku dah tak jumpa lagi roti john yang kaww.. Err, aku suka roti john dia pun sebab takde sayur!! Diulang, takde sayur!! Tapi memang sedap.. Mungkin roti john beliaulah yang aku cari selama ni di bazaar (menjawab persoalan di atas).. 

Once upon a time, roti john faveret aku.. Takde sayur..

Hari terakhir berpuasa, seluruh keluarga berkumpul di rumah.. Walaupun dah selalu berbuka bersama, tapi bila masuk hari terakhir, sayunya tetap ada..

'Allahuakbar Allahhuakbar'..

'Bismillahirohmanirahim.. Allahummalasatumtu . . .'

********

Malam raya pula, macam biasa la pergi masjid untuk bertakbir.. Fuh, jalan sunyi beb! Kalau push up tengah jalan pun boleh.. Masing-masing dah berada di kampung halaman.. Kan best hari-hari macam ni.. Takde jem, makan kfc pun tak perlu beratur apatah lagi masuk ke tandas di shopping mall.. Balik dari masjid, baru rasa feel nak raya... Bandar tak bandar, raya tetap raya.. On the way balik rumah, yakni kurang 50 meter sebelum sampai ke rumah, kelibat abang-abang polis sedang mengadakan sesi soal menyoal dengan jiran aku.. Kes main mercun.. 

Mungkin kerana penangan rendang masa berbuka tadi.. Aku tidur awal malam tu..


Bersambung..

Copyright © 2011 Cerita Belakang Tabir Design By Melz