Cerita Raya Ku

August 30, 2012

0 comments
Yeah, bertemu kita kembali setelah lama aku menyepi.. Bulan Ramadan baru je berlalu, sedih pulak rasanya.. Rasanya Ramadan kali ni banyak yang lompang.. Banyak unexpected events yang berlaku.. Betul, tak tipu.. Bila dah jadi perkara-perkara macam tu, memang tak boleh nak fokus sangat..Tapi yang berlalu biarkan berlalu.. Amacam raya korang? Yang balik kampung tu baguslah, yang tak dapat balik kampung tu, bersabarlah sayang bak kata Sanisah Huri.. Aku?? Macam biasa bro (beraya kat KL).. Malam raya, pergi masjid bertakbir pastu balik rumah.. Pagi raya lepas balik sembahyang raya, bermaaf-maafan, ambil gambar dengan family, makan, tengok tv.. Macam tu la rutin setiap tahun pun.. Itulah penangan beraya di bandar..
 
Tapi kalau nak diikutkan, tahun ni raya meriah daripada tahun-tahun sebelum ni.. Bukan setakat family je ada, tapi kawan-kawan pun ramai yang ada di keyel ni.. Masa 1st day, aku ajak diorang (kawan-kawan yang KEBETULAN tak balik) datang rumah.. Raya ke-2 dan seterusnya, aku pula pergi beraya rumah diorang.. Mula-mula pergi rumah Arif, kawan masa sekolah menengah.. Sebelum hari raya lagi dia dah ajak pi rumah dia.. Sebabkan kau tak balik la kita dapat jumpa setelah sekian lama dan dapat beraya rumah kau.. Pastu, gerak lak rumah Alep.. Sepanjang aku kenal Alep, ni la first time aku gi rumah dia wahaha.. Sorry Alep.. Kebetulan, masa kat rumah Alep, Peah pun berada somewhere kat keyel.. Diajaknya Alep kepada Peah supaya menghadiri rumah terbuka di rumahnya.. Pastu, aku singgah beraya jap di rumah Acap.. Nampak tak di situ betapa raya mengeratkan lagi persaudaraan sesama kita..


Kat Rumah Arif
Rumah no 5.. 1st attempt salah rumah
Kat Rumah Alep.. The one in red is Peah.. Err, yang pakai baju kurung tau

Yang paling best bila pakat-pakat pergi rumah si Peah masa raya ke-5.. Happening habis!! Dah rasa macam beraya kat kampung pula.. Kononnya plan nak berkonvoi la, gerak awal pagi la, last-last hehehehe.. Ni pun kira pertama kali juga la pi beraya kat rumah dia.. Mungkin pertama kali untuk kebanyakkan daripada kitaorang.. Padahal si Peah ni pun kampung dia kat bandar juga.. Mungkin secara kebetulan ramai orang dah balik dari kampung masa ni, tu yang pakat-pakat pi serbu rumah dia.. So, bila dah berkumpul ramai-ramai tu, memang riuh la jadinya.. Mengimbau kembali kenangan 06.. Agak-agak kenapa kelas kitaorang dulu faymes??


Kat Rumah Peah


                                                                                 
With them guys..
1 Malaysia??

Senang cite, raya ni memang best bagi aku.. Disebabkan ramai kawan-kawan la aku berpeluang pergi beraya rumah diorang.. Sekurang-kurangnya lepas ni kalau ada invitation kawen, senang la pasal dah tahu rumah masing-masing hehe.. Lagi satu, sorry la pasal aku tak upload gambar dengan family.. Bukannya aku taknak, tapi sebab gambar semua dekat kamera kakak aku.. Nak harapkan phone Nokia aku yang tak seberapa ni lagi la.. Guna untuk tangkap gambar aku posing dengan baju Melayu je.. Eh.. Gambar-gambar semua ni pun amek dekat fb kawan aku.. Btw, baju Melayu aku kaler merah peach ok.. Takut-takut korang tertanya-tanya..

Copyright © 2011 Cerita Belakang Tabir Design By Melz