Suatu Malam Sebelum Final

January 23, 2012

0 comments
Bila dah masuk final week maka kelibat manusia di kelas-kelas semakin bertambah.. Muka-muka yang tak pernah tengok pun tiba-tiba muncul dengan harapan lecturer bermurah hati untuk share topik-topik yang masuk exam nanti.. Jika itu berlaku, maka penyakit yang digelar stress dapat dielakkan dan masa di library akan dapat dikurangkan..

Bila dah last kelas ni, biasa la ada yang nak buat itu la , nak buat ini la.. Tapi selalu orang buat makan-makan, tak pernah lagi tengok orang buat tari-menari.. Jadi, dipendekkan cerita, buat la makan-makan dengan lecturer dan juga students. Makanan dia tak payah cite la apa, asal makanan semua pun sedap.. Kawan aku sorang ni sponsor makanan.. Donashi nama dia.. Nama makanan ya, bukan nama kawan aku tu.. Blurp, Alhamdulillah..

Esoknya, ada lagi buat makan-makan dengan lecturer.. Tapi untuk subjek lain pula.. Kali ni bukan makan kat kafe dalam uia, tapi booked somewhere kat luar.. Happy nya buat kat luar pasal hampir setiap hari aku makan kat kafe uia ni.. Sampaikan suatu tahap di mana dilema berlaku dalam pemilihan makanan.. Dan ini juga boleh menyebabkan stress..

*********

'Malam ni jumpa di tangga besar jam 730.. Parking limited.' Lebih kurang begitu la bunyinya mesej yang aku dapat.. 

 'Option' - 'Forward' - 'Add recipient' - 'Send'..

Bila orang kata 730, alamatnya pukul 8 la.. Kata orang ni orang Melayu punya sikap.. Lepas tu bagi alasan dah otw, walhal baru keluar tandas.. Lepas tu bila call, saja nak angkat lambat, nampak la gaya macam tengah drive sikit.. Walaupun terasa sejuk dek kerana aircond kereta yang diletakkan pada tahap ke-2, tapi hati terasa panas.. Tapi bila memikirkan yang kesabaran itu separuh daripada iman dan makanan yang akan dimakan nanti, maka adegan maki hamun tidak berlaku di situ.. Memang benar penantian suatu penyeksaan..

*********

Menu malam tu makanan Arab gitu.. Ni la untungnya duk kat Malaysia ni, macam-macam jenis makanan ada.. Kalau nak makan makanan Arab tak perlu gi sampai kat Arab.. Kalau nak nasi goreng kampung, tak perlu masuk kampung.. Kalau  nak makan fish & chip ke, chicken chop ke, cari je.. Tak payah pening-pening kepala.. Semua lengkap la, macam masa Astro tak hujan..

Makanan malam tu memang semua tip top.. Aku yang share makanan dengan member aku pun tak habis.. Korang pernah tengok tak makanan arab? Memang banyak!! Kalau hidang dalam dulang, memang satu dulang tu la penuh dengan nasi.. Satu hidangan tu kadang-kadang boleh sampai 3 orang makan.. Tu standard orang Melayu lah.. Kalau orang Arab mau boleh habis rasanya..

Dah habis makan, suara-suara mula kedengaran untuk mengetahui hala tuju selepas ni.. Nak pergi Danau dah pukul 1020++, jadi plan tak tercapai.. Ni la susahnya bila ada curfew.. Baru nak jadi remaja sikit dah kena balik.. Pernah sekali dulu aku balik dalam  pukul 1 pagi, lepas je.. Bukan sebab sweet talk kat pak guard tu, ataupun memberikan pujian yang tak ikhlas.. Tapi sebab aku ada sticker staff..

Tu cerita masa 1st year..

*********

'Dengar cite kau sekarang dengan seseorang.' Tanya seseorang kepada aku time dalam kereta menuju ke Sri Gombak.. Nak cari ice cream kat Ice Room..

Adeh, soalan macam ni memang tak boleh lari.. Kenapa semua orang suka tanya soalan macam ni kat aku.. Dah rasa macam artis lak.. Tapi aku tak kisah pun nak jawab.. At least masih ada yang concern..

'Em, mana ada dengan sesiapa.. Sapa la yang kat aku bla bla bla bla banyak kurang bla bla.' Jawab aku dengan gaya ala-ala artis..

*********

Dessert time.. Jam pun dah pukul 11++.. Ni first time aku datang Ice Room ni, tapi bukan first time la makan ice cream.. Nama je Ice Room tapi bukan ice cream je ada.. Goreng-goreng pun boleh kalau sapa yang tak nak diet..

Aku dengan 2 orang kawan aku yang lain (pasal kita 3 orang je laki) order satu je la, kongsi 3 orang.. Jimat katakan di samping mampu mengelakkan pembaziran hehe..Yang perempuan ada order ice cream mango la, itu la ini la.. Kitaorang order ice cream blueberry.. 




Tapi kenapa rasa macam kelapa parut je -_-.. Pastu tambah blueberry..


Copyright © 2011 Cerita Belakang Tabir Design By Melz