Antara Tawa Dan Duka

April 18, 2013

0 comments
Selalunya hari weekend macam ni aku bangun lambat.. Tapi hari ni ada majlis kat rumah.. Tengahari sikit, tetamu dah pun balik. Aku masuk bilik untuk berehat.. Aku baring atas katil sambil online.. Seraya mata aku tertumpu pada satu status yang cukup mengejutkan..  

Terbeliak besar mata aku bila baca news tu.. Macam tak percaya.. Darah mula mengalir laju dalam tubuhku menyebabkan jantungku berdegup kencang.. Dengan tak semena, mata aku mula berkaca..

********
#September 2012 - January 2013#

Aku di sem terakhir pengajian aku.. Hanya tinggal 4 subjek lagi yang masih harus aku harungi.. Dan aku juga happy sebab dapat lecturer yang baik.. Maklumlah, dah ada pengalaman dengan diorang.. Dah tahu apa yang nak kena expect.. Jadi, untuk sem tu, aku set high goals.. Nak score untuk setiap subjek.. Biar penamatnya flying color..

Antara semua subjek tu, ada satu je yang aku rasa tak minat sangat.. Teringat masa first time aku belajar dengan dia masa tahun pertama dulu.. Jadi aku macam dah boleh expect pembelajaran dengan dia macam mana.. Tapi dalam aku suka tak suka je register subjek tu, ternyata dia masih ingat pada aku.. Nah, muka budak baik orang selalu ingat kot.. Dia masih baik macam dulu, senyuman tak pernah lekang.. Dan jarang sekali aku tengok dia marah..  

Punya la banyak free time aku masa last sem ni sampai final draft assignment pun aku sempat hantar awal.. Kot-kot la ada pembetulan yang nak kena buat.. Fuh, jarang aku macam ni.. Kalau dari sem satu lagi macam ni, confirm dean list.. Aku jumpa dia lepas habis kelas untuk bertanyakan tentang assignment aku.. In case ada nak buat pembetulan..

'It was good.. I already marked your assignment.' Bicaranya lembut..

'Er, thank you sir!' Aku sebenarnya tak expect pun dia cakap macam tu apatah lagi dah siap mark paper.. Tapi tak pula aku bertanya berapa markah aku.. Orang dah buat baik, terima je la.. Hm,itulah dia.. Tak pernah lokek dalam memberikan markah kepada para pelajarnya.. Atau mungkin sebab aku student favorite dia? Tak mungkin.. Barangkali aku termasuk dalam kategori familiar face..

********
 
'Sir, I did really, really bad in my exam.. Seriously.. I came here to see you so u wont be surprised when you mark my paper.'

Seharian aku resah bila ingat balik masa exam tu.. Aku rasa tu tempoh masa 2 jam yang paling lama pernah aku lalui hanya untuk keluar daripada dewan tu.. Aku tengok orang kanan aku punya rancak tangan dia menulis.. Aku?

Aku rasa bersalah dengan dia.. Tinggi sungguh aku letak sasaran untuk subjek ni.. Now, aku rasa aku kecewakan diri aku, dan juga dia.. Aku tahu, dalam diam mungkin dia juga sedar keupayaan aku yang sebenarnya.. Aku tahu aku boleh buat.. Soalan straight forward daripada notes.. Malam sebelum tu, aku terkejar-kejar nak habiskan semua notes yang students bagi masa presentation dalam kelas.. Sebab tu juga lah, aku jadi kalut.. Dengan letih otaknya aku jawab exam pagi tadi, dah kena pikir untuk exam esok pula.. Masuk library kononnya dapat study, last-last badan je kat situ.. Otak dah mula pikir apa nak buat lepas exam.. Ah, nasi dah jadi bubur..

'No, don't worry.. U will pass the subject..In fact, I have marked your name in the attendance list.' Sambil jari-jemari dia sibuk berlari mencari file di atas meja pejabatnya..

'I marked your name because I will give you extra marks!' Dia meneruskan perbualan tanpa sebab aku bertanyakan kenapa.. Mungkin sebab aku banyak consult dia kot.. Atau mungkin juga sebab aku favorite student dia? Persoalan itu kembali dalam otak aku..

'Because I remember you.' Jawabnya ringkas; dia tersenyum..

Dia beritahu carry mark aku.. Katanya carry marks sepatutnya sudah dimuat naik oleh orang pejabat.. Dia berkira-kira sebab orang pejabat tak upload carry marks tu untuk tatapan student.. Bila tak tahu carry mark, macam ni lah jadinya.. Bagai cacing kepanasan.. Sebab mostly aku dan kawan aku berkira-kira berapa banyak lagi markah yang diperlukan untuk lulus.. Lulus tu target pertama..

'Don't worry.. You will not fail in the subject.' Janjinya kepada aku.. Sesungguhnya dia terlalu baik..

Ok, aku yakin aku boleh pass! Sebab carry marks aku not bad.. Yang pasal dia memang nak tolong tu nombor dua.. Yang penting aku lulus!!

Aku menanti tarikh keluar result dengan penuh pengharapan...

********

Sebuah kereta myVi hitam kelihatan memecut laju menuju Gombak.. Jam menunjukkan 425pm.. Biasanya 15 minit je dah boleh sampai.. Hujung minggu apatah lagi..

Aku nekad nak jumpa dia.. Lama sangat mengelamun agaknya aku ni sampaikan nak buat keputusan pun pikir 5,6 kali.. Dia kotakan janjinya untuk tolong aku.. Dan aku bersyukur sangat.. Patutnya aku gerak terus je tadi.. Takda la sangkut.. Lagipun lepas ni, dia dah tak mengajar lagi..

'Harap-harap la sempat.' Aku berdoa dalam hati.. Aku parking berhampiran dengan bangunan kuliyyah aku tapi bukan bangunan itu yang aku tuju.. 

Masa tu, aku tengok orang ramai dah mula kerumuni dia.. Aku tahu aku terlewat.. Aku lihat kelibat kawan-kawan aku yang lain juga berada di situ.. Saling berpelukan antara mereka.. Aku hanya mampu melihat kerana tiada apa lagi yang mampu aku lakukan.. Dia pergi menaiki  kenderaan yang telah awal-awal lagi tersedia..  Aku tarik nafas dalam-dalam dan hanya mampu berdoa,

'Innalilah hi wainna ilaihirojiun.'

Copyright © 2011 Cerita Belakang Tabir Design By Melz