Buku: Dunia Tanpa Sempadan

April 30, 2011

2 comments
Khamis - Janji dengan Kirul pukul 1130, tapi aku sampai pukul 1245 u_______u.. Alamak, sory la der!! Bapak aku minta tolong sikit kat rumah.. Pukul 12 aku terus shoot pergi sana, tapi jalan tak nak jam la pulak kan.. Aduyai!! Sian member aku.. Ok, pasang CD jap la.. Mana tahu boleh rilex..

Tit tit tit, track 7 - Hijau Daun (Suara Ku Beharap)

*********

'Gi makan dulu la eh.' Aku pelawa si Kirul ni.. 

Sangkut jam ni buat aku lapar lak.. Lagipun dah memang lunch hour.. Lagi sekali, orang tak nak ramai je kat The Mall ni.. Budak sekolah la yang menjadi nadi utama tempat ni penuh.. Nak kata beli buku sekolah tak juga.. Tengok semua pegang goody bag APO, Ujang.. Teringat aku time sekolah dulu.. Memang aku datang nak cari buku latihan je (semangat tak).. Datang dengan parent biasa la.. Tapi beli je lebih, pastu seminggu buku latihan semua jadi buku conteng.. Dah tu, beli buku subjek yang terer je.. In case kakak aku nak check boleh bangga sikit..

'Tadda, dah siap pun pun kak.'.. Sambil tunjuk buku Bahasa Melayu dan English.. Pasal yang ni je pun yang aku semangat buat..

*********

Kalau sebelum ni aku datang mesti nak cari dictionary. Tahun lepas beli Kamus Komprehensif Bahasa Melayu.. Sebelum tu beli Oxford English. Sebelum tu lagi beli kamus Arab-Malay/English.. Semua pun putih bersih lagi hehe.. Yang kamus Arab tu je aku aku memang guna bagai nak rak (sebab takda basic Arab)..

Tahun ni macam tak best sangat la berbanding tahun lepas.. Aku rasa macam tak banyak gerai je yang ada.. As as result, tak banyak la buku.. Selalu buku yang sama aku boleh jumpa dalam 3,4 gerai.. Kali ni lain pula ceritanya.. Buku yang aku cari pun ada 1 gerai je yang jual (tu pun satu buku je :o).. Tahun lepas aku datang, aku spent time dalam 4++ jam juga pusing-pusing kat dalam PWTC ni.. Banyak sangat buku best untuk dibaca.. Now, aku rasa dalam 2 jam++ je.. Frust aku!!

Satu benda je yang aku tak suka bila datang sini.. Aku dah tahu mesti benda ni ada punya la.. Tapi kali ni aku da bersedia..

Linguaphone. Benda ni lebih kurang macam dictionary gak la.. Tapi kita belajar guna CD..
Mula-mula kita kena beli benda alah ni.. Nanti dia akan bagi la CD language yang kita nak belajar - English, Arab, Korea dll... Masukkan CD, pastu dengar kat earphone.. Em, lebik kurang macam tu la kot hehe.. Yang tak best bila salesperson dia approach.. Sekali semua serbu nak promote barang kat kitaorang.. Later aku belajar jangan terima flyer or sample dari seller kalau korang tak nak kena tahan dengan diaorang.. 

Tapi tu kira ok la.. Ada yang tanya 'English adik ok tak?' Amboi, sedapnya mulut.. Ayat skrip betul la.. Cuba la tukar sikit macam, 'Dalam dunia yang serba moden ni, penguasaan bahasa Inggeris amatlah penting bla bla bla . . .' Baru la sedap telinga sikit dengar..

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ni kira aktiviti wajib aku setiap tahun.. Bagi aku tak rugi datang dan tak rugi beli walaupun hanya sebuah buku kerana ilmu itu walau sedikit pasti ada faedahnya.. 

Undang-undang Yang Pelik dan Lucu

April 12, 2011

0 comments
Yaay, dah habis exam (n_n).. Dah boleh meronggeng.. Tapi bagi yang tak habis atau mungkin tak exam lagi, jgn stression (bak kata kawan aku) sangat la.. Jom layan artikel ni jap.. mana tahu dapat release stression - stress + tension.. Terjumpa dalam Utusan Malaysia (19/4/2011).. Enjoy.

Antara undang-undang yang pelik dan lucu di Amerika:
  •  Florida, memakai pakaian renang di tempat awam sambil menyanyi adalah melanggar undang-undang
(at least xda la orang yang mati terkejut bila tiba2 ada suara sumbang)
  • Pemilik salon boleh didenda jika tertidur ketika menggunakan pengering rambut
(kalau takda fb, takda makna dia nak berjaga sampai lewat malam)
  • Hukuman bagi pencuri kuda adalah gantung sampai mati 
(pencuri 'hati' pulak biasanya digantung tak bertali hehe)
  • Georgia, pemilik kedai pakaian hanya dibenarkan menukar pakaian pada patung hiasan selepas langsir diturunkan   
(tak malu ke ngan patung..dia pun tahu malu)
  • Quitman, ayam dilarang melintas jalan raya 
(ayam reti baca signboard?)
  • Chicago, seseorang dilarang memancing ketika memakai baju tidur
(ni untuk pancing ikan ke pancing awek)
  • Kentucky, seseorang boleh ditangkap jika tidak mandi dalam tempoh sekurang-kurangnya setahun
(kalau kawan aku tak mandi seminggu pun aku dah boleh mati, apatah lagi setahun)
  • Illinois, haiwan peliharaan boleh dipenjarakan.
 (kalau la toyol tu dikategorikan sebagai binatang, rasanya dah banyak yang masuk lokap)
  • Louisana, adalah satu kesalahan sekiranya perompak merompak kerani bank menggunakan pistol air
(moral of the story, nak buat jahat, buat la betul-betul)
  • Minnestone, wanita yang menyamar sebagai Santa Clause boleh dipenjara 30 hari. 
(kat Malaysia lak, wanita yang jadi lelaki makin meningkat sehari-hari)
  • Nebraska, berkelah di tempat yang sama dalam tempoh sebulan adalah dilarang.
(ni mungkin antara kempen kerajaan dalam mempromosikan industri pelancongan)

Copyright © 2011 Cerita Belakang Tabir Design By Melz