Kerana Pada Penghujungnya, Yang Penting Adalah Keazaman

May 17, 2015

0 comments
5.00a.m
8 Febuary 2015

Bunyi annoying daripada alarm mengejutkan aku.. Aku pun tak tahu kenapa bunyi tu juga yang aku pilih.. Mungkin sebab annoying.. Tapi sekali sekala aku gunakan Chewy a.k.a kucing aku sebagai alarm..

Abang aku masih lagi tak bangun walhal di pihak aku semuanya dah hampir selesai - makan, minum, solat.. Ah, tahu lah dia nanti nak bangun.. 

Dalam 6.30am, kami bergerak menuju ke Padang Merbok.. Untuk pertama kalinya, kami menyertai larian 10km *self high-five*..

********

Masa tengah beratur untuk ke tandas, pihak penganjur dah mula panggil untuk berkumpul.. Aiseh, line nak ke tandas panjang lagi.. Maka, hasrat untuk melegakan perut terpaksa keep in view.. Sungguh tak selesa sekali.. Percubaan pertama 10km ni.. Kena buat betul-betul untuk personal best..

Kringgg *bunyi pembesar suara*..

Kerana terpaksa aku relakan juga berlari dalam keadaan yang tak selesa tu.. Sampai di suatu tempat ni, kelihatan 4,5 orang atau mungkin lebih peserta melencong daripada laluan yang sebetulnya.. Lah, pergi toilet rupanya.. Dalam keadaan yang genting ni,aku perlu segera berikan jawapan pada apa yang membelenggu perut aku ni..  Ya ke tidak? Ya ke tidak? Ya ke tidak?

'Em tak payah la.'.. Pujuk hatiku dalam hati dalam keadaan yang terdesak itu.. Mampu pula aku berpikir dengan pantas ya.. Dalam exam tak boleh pula..

********

'Fuh fuh mana water station ni?'

Setelah berjaya mengharungi 5km pertama, kelibat water station masih belum kelihatan.. Gila jauh.. Dalam map tulis 3/4 km untuk water station pertama.. Masuk 6km, baru nampak berpuluh-puluh cawan plastik kecil diisi 100plus sedang disusun oleh para sukarelawan.. 

'Ah.. Nikmat sungguh.'..

Sekali sekala aku berada di depan abang aku, sekali sekala abang aku pula yang mendahului.. Hebat pula dia berlari walaupun baru kali pertama..

********

Masuk 8-9km, laluan mula beralih ke arah lebuhraya. Masa ni paling syok.. Deretan kereta sudah mula sesak bagi memberi laluan kepada para peserta untuk melintas.. Abang polis menjalankan tugas mengawal dengan penuh kesabaran walau ada pengguna jalan raya mula hilang sabar.. Yang kat belakang asyik membunyikan hon walhal sebab apa berlaku kesesakan bukan diorang tahu pun.. Tak nak sangkut belari lah macam kitaorang.. Kan senang..

Masuk 1km terakhir, kaki aku dah rasa tak larat,. Abang aku dah mula pecut ke garisan penamat.. Silap aku sebab pecut masa naik bukit tadi.. Padan muka aku.. Tapi aku gagahkan juga untuk tidak berhenti berlari hingga sampai ke garisan penamat.. Kaki kata jangan, otak kata pergi.. Aku paksakan juga berlari umpama Lofa sedang menanti di hujung sana..

Huh huh huh huh huh huh (x100) *bunyi helaan nafas*

********

Abang aku dah menanti di garisan penamat.. Beza seminit antara kami berdua.. Fuh, tak sangka dapat habiskan walaupun awal-awal tadi rasa nak buang air yang teramat.. Nasib baik juga perasaan tu dah takda..

Laluan ni bagi aku sungguh mencabar.. Dah la first time masuk 10km, dah tu dia punya bukit tu tak payah nak kira la banyak dia..

********

Oh ya, hari tu juga aku berkesempatan jumpa dengan kawan media sosial aku.. Kitaorang follow each other kat ig sebab kami berkongsi minat yang sama.. Siapa sangka kan?

Borak punya borak, akhirnya aku dapat tahu yang dia (he) pun baru mula je berlari sekitar akhir tahun lepas.. Em, lebih kurang sama dengan aku.. Dia berlari atas nasihat doktor untuk menjaga kesihatan dia.. Aku kagum dengan keazaman dia untuk jadi sihat.. Mungkin sebab tu aku follow ig dia..

Masa nak balik, masih ada lagi peserta yang baru menamatkan larian.. Tapi ada seorang yang menarik perhatian aku.. Aku kira dia ni dalam lingkungan 18-26.. Dia berbadan agak besar.. Namun kegembiraan jelas terpancar daripada raut wajahnya sebaik melepasi garisan penamat.. Seperti suatu kemenangan buat dirinya.. Aku senyum kerana keazaman yang ada pada dia..

Aku terpikir, apa lagi alasan aku untuk tidak aktif?

Copyright © 2011 Cerita Belakang Tabir Design By Melz