Percubaan Pertama

December 18, 2014

0 comments
Hari tu merupakan kali pertama aku join marathon. Rasa excited, nervous, cuak semua ada.. Maklumlah first time.. Aku ingat lagi last time aku masuk marathon masa aku tingkatan 5.. Sempena acara apa aku pun tak ingat, tapi yang aku tahu acara tu dinamakan Larian 5km..

Tahun  ni, aku join balik marathon (disuruh join).. Al maklumlah arahan pihak atasan.. So nak tak nak kena nak juga.. Maka aku pun mendaftarkan diri bersama dengan beberapa rakan yang lain..

********

Kategori aku bermula jam 845am.. Nasib baik la, tak perlu bangun awal sangat.. Lagi untung bila boleh naik LRT pula pergi sana.. Tak payah susah-susah cari parking.. Masa kat LRT lagi aku terserempak dengan beberapa orang yang turut serta dalam larian tersebut.. Tengok baju dah tahu.. Aku mulanya agak ralat nak pakai running singlet yang diberikan.. Rasa macam bogel pula.. 

On the way pergi sana, masa dalam train lagi aku nampak kelibat manusia-manusia sedang berlari di atas lebuhraya.. Ramai sungguh.. Event besar katakan.. Mau sampai 10,000 orang.. Ada lelaki, ada perempuan, ada pakcik, ada juga makcik sedang berlari kepenatan di atas jalan raya.. Aku ternganga kejap.

Lebih kurang jam 8 pagi, aku turun di stesen yang terdekat.. Pergh, lagi ramai manusia bersinglet hijau yang kelihatan.. Baru rasa macam sebahagian daripada komuniti.. 

845, larian pun bermula.. 

********

"Fariq.. Fariq.."

Tengah-tengah syok berlari, boleh pula orang panggil aku.. Aku berpaling sambil melemparkan senyuman.. Aku bagi isyarat yang aku lari dulu.. Kot ye pun nak bersembang, tunggu la lepas habis berlari..

Berlari sambil membawa beg sandang di belakang memanglah idea yang buruk.. Demi untuk tidak membuang masa, aku akhirnya berlari juga dengan beg sandang.. Janji senang aku berlari..

********

Aku sampai di garisan penamat dalan masa yang aku anggarkan.. Fuh, minta nyawa sebaik sahaja melepasi garisan penamat.. Tapi seriously, aku seronok.. Seronok bila dapat lari ramai-ramai, seronok dapat bersukan.. Sejak join marathon ni juga la, aku makin excited untuk join event macam ni..

Tak sabarnya..

*Ralat - marathon ialah acara larian dengan jarak 42.195km . Kurang daripada tu kita panggil larian je lah.


#Throwback

September 12, 2014

0 comments
'Im coming over around 2.30.. R u free? Or u want to rest?' Pesanan ringkas aku kirimkan kepadanya.. Kebetulan hari ni cuti umum..

'Yea, its ok, do come.'

********

Entah kenapa aku rasa berdebar.. Mungkin kerana lama tidak bersua muka.. Aku jadi tak keruan.. Aku takut ada kejanggalan di situ.. Bagaimana harus aku mula?

Tok tok tok..

Perlahan-lahan aku bukakan pintu.. Ada tirai menutupi bilik itu..

'Assalamualaikum.'

Aku dah biasa dengan susur galur bangunan itu.. Tingkat berapa, bilik mana, tempat parkingnya, semuanya dah ku tahu.. Banyak pengalaman di sini.. Dulu yang pertama masa darjah dua, yang terakhirnya pula masa tahun lalu.. Cuma mungkin aku tak pernah kenal nama pekerja yang warna bajunya pelbagai tu..

Aku selak perlahan tirai.. Ada senyuman yang terukir.. Tiada orang lain waktu tu.. Tak seperti yang aku jangkakan.. Langkah kanan aku.. 

'How are you?'

Rasa pelik pula.. Dahulunya aku tahu semua cerita, lebih awal daripada yang lain.. Waktu mana kehidupan sosial hanyalah pesanan ringkas.. Ah, aku rindu waktu tu.. Tapi bila mana semuanya kini perlukan capaian dunia tanpa sempadan, aku masih kekal dengan yang dulu.. Sebab tu aku lambat tahu..

Sakit katanya.. Tapi better dari masa kena dulu.. Perangai masih masih macam dulu, suka buat orang susah hati.. Suka buat aku risau.. Tapi itu semua kau tak pernah tahu..

Cerita bertukar antara kita.. Luahkan segala yang terbuku dan segala di dadaku.. Umpama berkurun tidak bersua, walhal masing-masing tak jauh mana.. Galak bercerita kerja masing-masing.. Pastu cerita kosong.. Terselit cerita mengenai kawan-kawan yang dah kahwin, yang akan kahwin.. Aku pula excited cerita pasal satu wedding yang aku pergi.. Cantik sekali..

'Dewan dia cantik sangattt.' Ditekan pada hujung ayat tu untuk menunjukkan betapa galaknya aku bercerita.. Lepas tu cerita pula kawan kami yang akan berkahwin nanti atas plihan keluarga..

Ditanya pula soalan yang aku tak suka.. Lebih-lebih lagi kau yang tanya..

'U bila lagi?'

Kalau lah jawapannya semudah seperti yang disoalkan, dah lama aku berikan.. Aku cuba mengelak.. Patutunya kau dah tahu kenapa bukan?

'U pula bila?' Soalan yang diajukan dijawab dengan soalan yang lain pula..

'Tahun depan kot.. InsyaAllah.'

Aku tak tahu reaksi apa yang patut aku berikan.. Sesungguhnya aku amat sukakan perkahwinan.. Aku suka attend wedding.. Kadang-kadang aku pula yang terlebih excited bila dapat undangan majlis penyatuan dua hati.. Aku suka tengok orang happy, aku suka dengar cerita mereka.. 

Tapi aku tak dapat imagine andai satu masa nanti invitation itu adalah daripada kau..

'Wah, dengan siapa?' Aku nak tahu siapa lelaki bertuah tu.. Yang sangat bertuah!!

'Ada jodoh, ada la.. Jodoh tu kan rahsia.'

Jawapan double standard. Frust aku.. Bila ditanya dengan siapa dia sekarang, dijawabnya tiada siapa.. Bila dipikirkan, ada je orang meletakkan sasaran untuk berkahwin pada tempoh tertentu, tapi dengan siapa itu tak tahu.. Boleh jadi dengan siapa ita berkawan sekarang, boleh jadi juga dengan orang yang langsung tak dijangka.. Tiada jaminan yang orang itu jodoh kita meski sekarang dia tu couple kita..

Tapi macam mana kalau dia nak berahsia? Sejujurnya, aku tak boleh agak.. Aku happy sebab dapat jumpa kau, dapat borak macam dulu walau dalam keadaan yang macam ni.. Tapi perbualan tadi menghantui aku..

2015.. Apa yang harus aku jangkakan?

Copyright © 2011 Cerita Belakang Tabir Design By Melz