Bagaimana Aku Bermula (Bahagian 1)

September 1, 2015

0 comments
Begini.. Aku ni daripada dulu lagi tak tahu apa yang aku nak - ambil jurusan apa, masuk U mana, ambil kursus apa, kerja kat mana, kerja apa.. Masa sekolah dulu, aku ambil aliran sains, tapi aku bukanlah peminat sains.. Aku suka eksperimen, tapi aku tak suka pada teori.. Aku memang tak suka nombor, jadi subjek pengiraan bukanlah juga kekuatan aku.. Kekuatan aku adalah melalui pembacaan dan hafalan.

Masa habis belajar di universiti, aku ingatkan cari kerja ni senang.. Yelah, sebab kat mana-mana pun ada iklan jawatan kosong.. Baik di surat khabar mahupun di internet.. Aku pula tiada keperluan mendesak untuk kahwin, beli rumah dan sebagainya.. Jadi aku buat keputusan untuk ambil time off dulu sebelum aku mula cari kerja.. Nak enjoy dulu lepas 4 tahun setengah mengadap buku..

Bulan April, aku mula cari kerja.. Profile pun baru nak buat dekat agensi pengambilan. Pendek kata, resume pun takda lagi.. Aku ada la juga resume kawan aku untuk dijadikan contoh.. Seingat aku masa belajar subjek English dulu, kitaorang kena buat sampel resume sebagai salah satu tugasan subjek tu.. Sapa yang ada, ada la.. Sapa yang takda, pandai-pandai la buat satu.. Aku pun buat la satu berdasarkan contoh resume kawan aku.. Aku tak tahu resume aku tu boleh menarik perhatian bakal majikan ke tak.. Seingat aku, aku dapat markah rendah untuk tugasan tu..

Tak lama lepas aku apply kerja, aku dapat panggilan temuduga yang pertama.. Happy gila.. Gaji ok, kerja pun senang.. Aku buat keputusan untuk datang temuduga tersebut, tapi aku batalkan last minit bila aku tanya kawan aku pasal kerja ni.. Pendek kata, kerja ni sebenarnya bukan macam apa yang aku sangka.. Bukan dalam minat aku.. Serba sedikit aku belajar mengenai iklan jawatan kosong ni..Sedikit sebanyak aku mula tahu tentang skop kerja-kerja tertentu..

Aku tuliskan apa yang aku nak dalam pekerjaan aku tu.. Paling tidak pun gaji mesti setimpal dengan kelayakan (persepsi orang sekarang), lokasi yang senang dan juga jawatan yang aku rasakan paling hampir dengan apa yang aku belajar dulu.. Tak terpikir pun untuk cuba benda baru.. Sebabnya, kerja ni bukannya untuk sehari dua, jadi kena pilih betul-betul.. Baru semanagat sikit buat kerja.. Tapi orang pernah cakap kalau kita tak cuba, macam mana nak tahu kita minat ke tak..Hmmm

Bulan 5, aku hadiri temuduga aku yang pertama.. Masa tu persediaan aku hanya sekadar ambil tahu latar belakang syarikat je.. Siap nama pengarah syarikat pun aku hafal! Sebelum temuduga tu, aku kena buat ujian dulu.. Ujian dia kena menterjemahkan bahasa Melayu ke English dan sebaliknya.. Aku selalu ingat benda ni senang, tapi bila kena buat sendiri susah juga.. Masa ni, aku tak tahu sangat tips temuduga.. Apa yang diorang tanya, yang tu lah aku jawab.. Dan aku agak tegas isu gaji.. Habis temuduga, aku rasakan aku ada peluang sebab banyak benda positif yang boleh diambil hasil perbincangan tu.. Aku tunggu jawapan mereka tapi tiada balasan.. Aku belajar lagi tips baru dalam menghadiri temuduga.. Jangan terlalu berharap!

********

Bulan Ogos, dan masa tu bulan puasa.. Aku masih lagi belum bekerja.. Hari tu aku ada temuduga di sebuah syarikat perdagangan dan pelaburan.. Tapi jawatan yang aku pohon ni berkaitan dengan apa yang aku minat.. Lepas temuduga, baru dapat tahu yang ni hanya peringkat pertama temuduga - patut la soalan-soalan asas je yang ditanya.. If anything, diorang akan telefon dalam minggu tu juga untuk datang taklimat syarikat sebelum proceed dengan temuduga kedua.. Aku pelik juga,. Kenapa mesti ada taklimat dulu sebelum temuduga kedua? Tak ke sedih kalau tak lepas temuduga nanti.. Katanya kena terangkan dulu dekat orang mengenai syarikat ni.. akut-takut orag tak berminat.. Boleh tarik diri..

Sampai rumah, aku dapat panggilan.. Aku terpilih untuk datang taklimat syarikat pada keesokannya.. 

Program tu pula 2 hari.. Tapi aku hanya datang pada hari pertama je.. Sebab dari situ aku tahu jiwa aku bukan di situ.. Lagipun kos sara hidup di kawasan tu agak tinggi - dengan tol lagi, parking yang mahal, makan pun mana ada mamak.. So aku tolak peluang yang aku rasakan aku boleh dapat..

Jadi raya tahun tu tak sempat la nak merasa dapat pohon cuti untuk raya.. Dan sepanjang tahun tu juga la aku masih berada di rumah walaupun aku hadiri beberapa temuduga.. Mungkin orang pikir aku ni pemalas sebab duk rumah je.. Bagi aku, pemalas tu hanya duduk rumah, goyang kaki dan tak payah pikirkan masa depan.. Aku pula hampir setiap hari aku cari kerja kosong dekat internet.. Tapi aku percaya rezeki aku belum sampai lagi.. Dalam Quran Allah ada sebut memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan membatasi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya..

Masuk tahun baru, tiada banyak perubahan yang berlaku.. Tiada respons daripada mana-mana syarikat.. Sekali tu, aku dapat beberapa panggilan temuduga (dulu sebulan sekali pun belum tentu) untuk beberapa minggu yang mendatang.. Aku kira aku mungkin rezeki aku ada daripada salah satu daripada temuduga ni.. Dan dalam banyak-banyak panggilan yang aku terima tu, ada satu yang bakal merubah frasa kehidupan aku.. Inilah cerita tentang aku dan kerjaya..

Dan di sinilah cerita aku bermula..

Bersambung...

Copyright © 2011 Cerita Belakang Tabir Design By Melz