Langkawi Kali Ke-2

December 25, 2011

0 comments

Back in February:

Teeet.. Nokia X3 hitam berbunyi.. 

 -Opening text message-

'CONFIRMED. KUL-LGK 02/12 AK5330 7:25pm & AK5332 9:15. LGK-KUL 04/12 AK5333 10:40pm'

Wah, holiday di Langkawi.. 'Best' bisik hati kecil aku..

*********

Lama dah booked tiket untuk trip kali ni.. Sejak dari bulan February.. Tup tap tup tap dah bulan December.. Pantas sungguh masa berlalu.. Sepantas aku membalas mesej kawan-kawan aku.. Trip ni pula masa dah dekat dengan final exam.. Memang terbaik la.. Ah, tak kisah la.. At least dapat rilex dulu sebelum kembali mengadap buku-buku kesayangan.. Ingat nak bawa buku sekali pergi Langkawi, tapi tapi aku tahu tu semua just nak sedapkan hati je.. Last-last tak buka pun.. Tak payah nak tunjuk busy sangat la..

Jumaat 02/12 - Pukul 5 lagi dah pergi LCCT.. After dah check-in luggage semua, baru dapat tahu flight delayed -_-.. Dah agak!! Ceh, kalau x delay tu bukan Air Asia namanya.. Duduk je la kat McD tu sampai 10:30pm.. Luckily my mum and my dad punya early flight tak delay.. Sampai Langkawi pun dah dekat pukul 1.. Masa-masa macam ni la bagus kalau ada handphone yang dilengkapi dengan kemudahan internet.. Cari connection, tet tet tet . . .

Sabtu 03/12 - Aktiviti hari ni naik bot.. Tapi bila dah dengan budak-budak kecil memang payah la jawabnya.. Katanya pukul 1, tapi around 215 juga baru start naik.. Sian lak dekat pakcik yang bawa kitaorang tu.. Lama menunggu.. Dalam package, kitaorang akan pergi 3 tempat; Pulau Beras Basah, tempat eagle feed dan Pulau Dayang Bunting.. Jalan-jalan semua tu dalam pukul 6 baru balik jeti.. Yeah, we're the last..

By the way, ni second time aku pergi Langkawi.. Dulu pergi masa 2009, dengan kawan-kawan.. Tapi ni baru first time dapat naik bot macam ni.. Cuaca hari tu pulak memang best, memang bertuah sungguh rasanya..

Good weather
Eagle feed

Im flying babeh

Malam tu kitaorang pergi dinner dekat Chenang.. Tempat tu memang cantik.. Dah macam uptown je aku tengok.. Kat tempat kitaorang dinner tu ada live band, tapi aku tak peduli pun pasal aku nak tengok bola hoho.. Menyanyi la korang ya, janji aku leh tengok bola..

Ahad 04/12 - Aktiviti hari ni shopping.. Macam aku ni mana la minat sangat shopping-shopping.. Tapi alang-alang dah tercampak kat sini, aku memang cari chocolate je.. Nak kata suka makan pun , tak juga.. Tapi sebab tak tahu nak beli apa.. Ada particular chocolate yang aku minat - Hersheys..

Hersheys

Dah habis shopping semua, aktiviti terakhir ialah bergambar sakan di jeti..

My mum and dad

One happy family

# 2nd trip to Langkawi, still tak dapat nak naik cable car.. Ada lagi ke 3rd trip?


Twenty-2

December 1, 2011

2 comments
Hola 1st December,
Its my birthday :D,
For the first time my birthday fall during semester period,
Hehe just feel awkward coz December is usually a holiday time,
Sitting at home, replying text messages,
Well I just want to share my day with you guys,
Here's how it went.

I got a text message on 31 November at 630++pm from a friend,
Wishing me happy birthday,
Turned out she got the date wrong due to technical problem :p,
So sweet hehe,
At night, I received a happy birthday song from my group discussion mate,
Because we were having a discussion then,
And again it was nice :),
0041, I got a phone call from a friend who I met at a tuition centre years ago,
Now we are in the same university, taking the same course,
She called and she sung a birthday song to me :D,
I laughed because it was so funny,
I never thought she would do that for me.
And later that day, she gave me Mamee as a gift hehe,
Then, another phone call from a friend from my secondary school,
She was my classmate but I haven't seen her for quite a long time,
It was a surprised call, but I appreciate that :),
It was me who supposed calling people because of the free call I got haha.

No words can describe how I feel,
I hope I make you guys proud for having me as your friend,
Thank you for everything guys,
Peace..

You Were In My Prayer

November 19, 2011

0 comments
You were in my prayer today,
And I wanted you to know,
So that you will be open to the graces that comes your way,
I want you to feel the love of God like gentle breeze when you need inspiration,
That your faith remains unwavering through all life's challengers,
And that hope be your burning light that always guide your way.

I wanted to let you know that you were in my prayer yesterday,
And I whispered a prayer or two for you today,
For tomorrow and forever,
I wanted you to know,
You crossed my mind so many times,
Not a single day goes by without thinking of you,
And your happiness is what I want you to have,
And love is what I want to give.

I wished I could somewhere be there,
But I couldn't,
So I whispered you a prayer,
That God would stand by your side,
Loving, protecting, guiding you,
Blessed you,
And giving you strength and patience,
For you to endure all the challenges.

Even though I'm not with you,
Know that you are always in my heart,
Always have a special place in there,
Buried it deep down so it wont get away,
And that I whispered a prayer or two,
Only just for you.

Laser Tag dan ATV

October 23, 2011

0 comments
Just nak update my recent activities.. Just yesterday, me and my friends went to I-City, Shah Alam.. Reason? Main laser tag.. And it was so much fun!! Serious, tak tipu.. First time aku tahu pasal laser tag ni pasal ada baca kat paper.. Tapi bukan kat I-City la, dekat Mid Valley.. Actually, ni kali kedua la aku gi main laser tag (dulu pun main kat sini).. Tapi kali ni ramai yang join sekali.. Tu yang happy giler pasal dapat have fun together gether dan yang paling penting dapat buli diorang yang baru first time main haha.. Tu la motif yang sebenarnya thehe..

Booked pukul 11, tapi sampai sana pun dah dekat 1140.. Nasib baik leh main lagi, walaupun kena tunggu.. By the way, aku main kat sini pun pasal Kirul ada groupon.. 3 game = RM27 (1 game = RM9).. Normal price untuk non-member RM18, member RM15, student RM12.. Groupon ni memang untuk 3 game.. Kalau main satu game rasanya tak puas kot..


*********

2,3 minggu yang lepas pula, aku gi main ATV (all terrain vehicle) dengan Kirul kat Kemensah.. Dah lama aku teringin main benda ni.. Pukul 810 pagi lagi dah gerak, walhal main pukul 9.. Takut sesat kang naya lak.. Padahal area kat belakang Zoo Negara je, tapi betul-betul hujung kat dalam.. Again, aku tahu pasal benda ni pun pasal tengok tv.. Senang betul aku dipengaruhi ek hehe.. At last, tercapai juga hasrat di hati.. Memang adventurous habis.. Ni baru 1 1/2 jam punya package, kalau yang 3 jam punya tak tahu la sampai mana la orang dia bawa pergi.. Nasib baik malam sebelumnya tak hujan, kalau tak mesti becak..Yo la, benda ni bukan main atas jalan raya..

Kalau boleh bawa atas jalan kan best :)

Waterfall

Yang aku main ni under pakej B - RM100 untuk 1-1 1/2 jam.. Bawa sampai ke 7-tiers waterfall.. Sampai je kat waterfall, aku dah excited dah nak mandi tapi tak jadi sebab Kirul ngan kawan dia tak bawa lak baju lebih huhu.. Tak nak la mandi sorang, walaupun ada je budak-budak lain yang mandi.. Nasib baik la ada diorang offer makanan kat kitaorang.. Terima kasih lah ye :).. Rasa macam camping lak..

Main air pun jadi la

With Kirul (left) and Azfar

Posing before balik dari waterfall

#Worth of money :)

Teringin nak try main wall-climbing lak. . Anyone?

Letih Otak

October 15, 2011

0 comments
Letih!! Semenjak dua menjak tiga menjak ni, memang aku penat gila.. Hampir setiap malam ada je discussion.. Sampaikan hujung minggu aku yang indah pun terganggu dek penangan kerja yang banyak.. Kebetulan minggu ni ada konvo, tapi disebabkan ada discussion aku pun terpaksa la datang.. Ha, sangkut traffic dekat 45 minit juga la dari tol Gombak ke UIA.. Kalau hari biasa tak sampai 5 minit pun aku dah boleh sampai kat depan office guard tu..

********

Masuk kelas Experimental Psychology, lecturer buat surprise.. Assignment yang sepatutnya dihantar hari ni akan ditangguhkan sempai next kelas.. Huh? Dah letih otak buat report ni.. Last-last dapat tangguh sebab ada error dalam data.. Baru je semangat nak hantar pasal dah malas nak mengadap benda alah ni.. Orang kata redha je la hehe.. Yang bagusnya ialah dapat review mana part yang salah, touch up sikit then hantar balik.. Yang tak bestnya pasal aku dah put a lot of effort on this report.. Err, rasanya bukan aku je kot.. Every 2 week kena hantar report.. Yang 1st report ni pun aku dah terkapai-kapai huhu #tolong

Nasib baik kelas hari ni lec bawa game Taboo.. Untuk release tension barangkali pasal semua pun nampak masam mencuka je.. Siyes enjoy giler main benda alah ni :D..



********

Kelas petang tu habis lambat sikit pasal ada invite orang luar bagi talk.. Tapi aku happy pasal ada makan-makan sekali.. Sekali roti jala la pula kan :D.. Aku makan tak banyak pun, kalau tak silap 2 pinggan je.. Sekali amek dalam 4,5 keping haha.. Dah tu bila dah nak balik, tapau lagi.. Untuk member bilik la kononnya..

Lepas ni aku akan kembali ke rutin harian yang memenatkan.. Pagi pergi kelas, malam discussion.. Memang takda masa dah buat benda lain.. Ni baru nak masuk minggu ke-6, ada lagi 8 minggu nak harungi semua ni.. Camano la eh.. Banyak cerita lagi nak share, tapi so far cukup la dulu.. Ni pun kebetulan tengah free, untuk sementara waktu.. Jaga diri, hiasi peribadi :)..

On Your Birthday

September 24, 2011

0 comments
On this special day,
I wish for you to have;

Blessings from your parents,
An abundance of happiness in years ahead,
A joy in every thing you desired for,
A good health through out you entire life,
A lot of surprises in many ways,
Friends and a lover by your side - people who are always treasured every moments with you,
Amazing present and a wonderful future,
Dreams that you always wanted to fulfill,
Goals you have been striving to reach,
Zillions of smiles that warm your heart,
Opportunities that come along your way,
Changes that you wanted to make..

There are lots of wishes that I wanted to share with you,
But,
I just hope that you would realized someday that this world is beautiful because of  you.


Happy Birthday!

Anda YangTerpilih

August 18, 2011

0 comments
Kelmarin pergi JJ untuk bayar bil letrik.. Alang-alang dah kat sana, aku pun try la usha-usha kad raya.. Kot-kot la terasa nak hantar.. Masuk kedai buku, ada banyak kad raya.. Yang besar, yang kecik, yang handmade pun ada.. Tapi selera aku ni jenis yang pattern komik-komik, tak pun yang kartun.. Baru ceria sikit.. Raya kan nak bagi orang happy..

Sementara aku pun tengah cuti ni, aku pun rajin-rajinkan diri menulis kad raya.. Walhal, aktiviti menulis kad ni adalah perkara penting yang harus dilakukan menjelang tibanya Syawal.. Bagi aku, kad raya ni ada sentimental value.. Bukan nak bangga diri, tapi bagi aku orang lebih appreciate sekeping kad + luahan hati yang ihklas + gambar berwarna + setem 30sen (2 keping).. Tapi tak kisah la sms ke, email ke, kad ke, yang penting ikhlas.. Dan bagi mereka yang memilih untuk wish kat fb tu, nampak sangat jimat kredit..

Kebetulan setem aku ada banyak lagi.. Rasanya yang tahun lepas punya kot.. So, dengan perasaan girang dan senyuman sampai ke telinga, aku pun start menulis.. Kad ada 5 keping + 1 yang tahun lepas punya.. Yang wajib bagi kat 2 orang member, Kirul dan Alep.. Banyak berhutang budi ngan diorang.. Yang lain-lain tu optional hehe.. Tapi bukan semua orang dapat kad raya kan.. Kira bertuah juga la member-member aku yang dapat kad raya ni.. 

Kad raya pilihan tahun ni.. 5 = RM2.20

Tahniah, anda terpilih untuk menerima kad raya :D

Juadah Ramadan

August 12, 2011

0 comments
Macam biasa, setiap kali time bulan puasa, maka akan penuhlah bazaar-bazaar Ramadan di setiap ceruk KL ni.. Aku macam biasa, pergi bazaar kat area rumah aku sendiri.. Pergi pun sekadar nak jalan-jalan, so takde maknanya nak  pergi jauh-jauh..

Ada satu benda or makanan je yang aku cari kalau pergi bazaar, roti john.. Nak spesifik lagi, Brader Roti John :).. Dia punya rasa memang terbaik la.. Sampai jilat ibu jari..  Punya la padat dan mantap dia punya isi.. Lagi satu, roti john ni takda sayur.. Tak pernah lagi aku jumpa roti john sebegitu rupa.. Atau mungkin sayurnya telah habis dikisar hingga jejaknya gagal dikesan?

Nama je Brader Roti John, tapi sister pun boleh beli.

Sooo nyum nyum!!

Satu lagi faveret food kat tempat aku ni ialah tepung pelita.. Sekali lintas kat gerai ni, mesti dah bertingkat-tingkat kotak/bekas yang dah habis.. Tahun lepas kawan UIA aku siap minta kirim lagi.. Katanya tepung pelita ni pernah keluar kat tv.. Em, sah-sah la ramai orang ya.. Tapi, memang betul sedap pun :).. Kalau tak caya, datang la sini try.. Nama gerai dia Raja Tepung Pelita.. Again, sesiapa pun boleh beli.. Tak semestinya nama Raja mahupun yang berpangkat raja..

Raja Kuih Tepung Pelita @Bazaar Setiawangsa

#Selamat berbuka

Hari Pertama Puasa

August 5, 2011

2 comments
Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Ramadan balik.. Alhamdulillah!! Syukur pada Allah sebab masih diberi kesempatan untuk bertemu bulan yang mulia ni.. Bila dah puasa mula la aku teringat akan lagu daripada kumpulan Raihan & Man Bai - Harapan Ramadan.. Memang best lagu ni.. Rasa insaf pun ada.. Antara bait-bait lagu ni yang buat aku syahdu je bila part, 'Selangkah demi selangkah, setahun sudah pun berlalu.'.. Masa ni baru rasa setahun tu cepat je rasanya..

Apa pun, lambat ke cepat, masa tak akan menunggu kita.. Manusia itu kan sentiasa dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman.. Jadi, renung-renungkan dan selamat beramal..

*********

'Salam.. Aku nak gi bazar jap lagi.. Lagi 10 minit aku sampai.. Kau nak join tak?' Tanya Alep melalui kiriman smsnya.. Jarum pendek di jam meja baru mencecah nombor 5, manakala yang panjang belum lagi sampai di jam 6.. Awalnya..

'Kat mana?' Jari aku memang pantas dalam menekan butang di telepon bimbit ni.. Kurang dari 5 saat barangkali..

'Sekinchan.' Aik, bukan kat depan cimb ke? Bazaar Ramadan kali ini  dah pindah kat tempat yang baru.. Ramai orang complaint pasal traffic kat tempat lama dulu dengar khabarnya.. Benda setahun 30 hari pun nak berkira ke.. 

'Em, aku pergi petang sikit kot'. Balas aku..

'K'. Jawapan malas daripada Alep.. Banyak kredit agaknya..

*********

Mana ada depan Sekinchan.. Depan cimb la.. Padahal apa yang dikatakan oleh Alep ada juga benarnya , cuma nak cakap yang jawapan aku lagi tepat thehe.. Hm, tak berapa banyak sangat gerai tahun ni.. Tempat terhad katakan.. Tapi, banyak ke, sikit ke aku redah je.. Bukan apa, ni antara benda yang aku tunggu semasa bulan puasa ni - Bazar Ramadan!!

Niat memang takda nak beli barang pun, tapi sebab suka jalan-jalan kat sini.. Suka tengok orang berniaga.. Ada yang jual ikan bakar, ada yang jual kuih, jual air.. Ada yang beli nasi campur, ada yang barangkali tak tahan dengan aneka warna air yang hias disusun dalam bekas.. Ditambah dengan ketulan-ketulan ais di permukaannya, memang tak heran la.. Dugaan bulan puasa.. Tapi  ada juga yang tak menjual mahupun membeli tapi saje nak menyesakkan lagi area tu, macam aku.. Pendek kata, macam-macam ada.. Panjang pulak tak kata apa-apa.. 

Sekejap je dah habis buat pusingan --''.. Roti john favourite aku takda la huhu.. Setahun sekali dua tiga empat kali je boleh makan.. Btw, kenapa nama dia roti john eh? Sampai sekarang aku gagal membongkar misteri yang membelenggu minda ini..

*********

'Syafiq'. Kawan sekelas aku masa tingkatan 4 dan 5.. Tangan dihulur menyambut salam sambil melemparkan senyuman manis  kepada kawan perempuannya di sebelah.. 

'Bla bla bla.. Kat jj ada 4 gerai je.. bla bla bla.. Bila aku nak belanja aku.. bla bla...'

Muncul sorang lagi Syafiq di kalangan ratusan manusia yang sibuk mencari makanan..

'Syafiq'. Juga kawan sekelas aku masa tingkatan 4 dan 5.. Tangan dihulur menyambut salam sambil melemparkan senyuman kepada kawan lelakinya di belakang.. Atau mungkin adiknya..

'Bla bla bla...... Apa-apa facebook'. Kata-kata terakhirnya sebelum berpisah menuju ke gerai berhampiran.. Hmm, facebook lagi.. Teknologi di hujung jari je.. Mana ada orang rajin nak hantar sms dewasa ini.. 

*********

Pusingan kedua diteruskan.. Saja nak buang masa kononnya.. Walhal mata sibuk melilau ke sana ke mari mencari kenalan di tengah kesibukan kota, atau desa.. Atau mungkin perumahan..

Tengah duk pusing-pusing, mata aku cepat-cepat menangkap kelibat sorang lagi member sekolah.. Bab-bab mencari  kawan ni aku memang laju, tak payah guna GPS dah.. Wah, gaya dan penampilan kau langsung tak ubah daripada dulu sampai sekarang.. Dengan kemeja kotak dan bersaiz besar, memang sah-sah la.. Agak-agak dia kenal aku lagi tak?

'Hai'. Ucapan yang sering  diuahkan apabila dua insan bertemu.. Namun antara sedar dan tak sedar, pantas dia berlalu pergi tanpa sedikit pun menoleh.. Dah tak kenal la kot..

Ok lain kali kena panggil kuat.. Panggil dalam hati memang la orang tak dengar..

Chelsea - It's The Blue Day

July 25, 2011

0 comments
The ticket - 21/7/2011

Finally!! Lama dah aku tunggu tarikh ni.. Dari awal tahun lagi aku tahu pasal berita ni - Chelsea berkunjung ke Kuala Lumpur.. Yela, sebagai salah seorang kipas-susah-mati team Chelsea ni, berita ni mampu memberikan senyuman hingga ke telinga kepada aku.. Bukan senang nak tengok team favourite live depan mata.. Nak pergi sana, mahal --''..  Last Chelsea datang masa tahun 2008.. Tapi masa tu main kat Shah Alam..

*********

Pukul 5 petang lagi aku dah turun dari rumah.. Pergi dengan train, balik dengan motor Kirul.. Fuhh, sampai-sampai je stadium, orang dah ramai.. Meriah giler aku tengok.. Macam-macam booth ada.. Dengar cite, 84,980 tiket yang berjaya dijual.. Sold out!!

Sesak!!

Baju Chelsea, banner Malaysia 

*********
Alep ngan Kirul kebetulan sama sampai dengan aku (actually, aku awal beberapa minit).. Aku pikir nak masuk pas Maghrib.. Tapi Kirul ni nak masuk terus.. Nak dapat seat bagus katanya.. Alep pulak aku tengok risau je daripada tadi.. Ooo, pasal tiket rupanya.. Kebetulan dia cuti hari ni, so semalam baru dia sibuk cari tiket.. Korang kena paham, orang dah kerja ni masa cuti dia tak tetap.. Ada yang dah lama beli tiket tapi last minute tak dapat pergi sebab ada kerja lain.. Ada lak yang tak plan nak pergi tapi last minute baru tahu dapat cuti..

Berbalik pada kisah Alep tadi, dia risau pasal tiket dia lain daripada aku ngan Kirul.. Siyes lain.. Pasal dia beli daripada kawan adik dia yang tak dapat datang.. Takda kaler dan gambar haha.. Tapi tak kisah la ada kaler ke tak, janji lepas.. 

Kirul, Alep & Me

*********
Wow, nice view :D.. Masuk awal punya pasal; orang pun tak ramai lagi.. Tapi aku bengang betul la dengan remaja-remaja yang duduk belakang kitaorang ni.. Sedap-sedap je hisap rokok; dah tu ke mana lagi perginya asap kalau bukan ke arah kitaorang.. Weh, memang aku datang nak hisap asap rokok kau.. Agak-agak la..


Game start pukul 845pm.. Aku mula-mula excited gak bila referee dah tiup wisel.. Menjerit dan bersorak.. Cuma aku tak melalak je.. Even aku pakai baju Chelsea, aku still support team Malaysia.. Cuma kali ni je, aku sokong Chelsea lebih sikit hehe.. 

Bila dah 2nd half, tempo makin slow.. Semua pun dah muka termenung.. tengok lantai la, tengok langit la.. Dah minit ke 70 pun Chelsea tak boleh score lagi --''.. Padahal Malaysia turun team Olimpik je, campur ex player kebangsaan dulu.. 'Sah aku kena gelak dengan member ni.' Siyes tension aku tengok.. Kirul dah mula senyap dari tadi hehe.. Sampai la minit ke-78,

'Gooolll'

Akhirnya hahaha.. Loh, macam tu je gol.. Gol ke tak? Linesman kata gol.. Tapi ramai kata bola tak lepas line lagi.. Aku rasa pun bola tak lepas line lagi.. Gol kontroversi!! Aduyai, macam tu Chelsea menang hehe.. Bukan nak kutuk, tapi, kenyataannya Chelsea jauh lebih baik.. Tapi menang sebab nasib.. 

Rasa puas memang ada sebab dapat tengok Chelsea live.. Tapi tak best sebab rata-rata letak expectation tinggi yang Chelsea boleh at least menang 2 gol.. Apa-apa pun, tahniah juga kepada pasukan Malaysia XI sebab memberikan tentangan yang sengit kat team Chelsea :D.. Jelas nasib tak menyebelahi korang.. Still, we are proud of you!!

After game

# Harimau Malaya tetap di hati

Sepetang Dengan Chelsea Stars

July 21, 2011

0 comments
'Weh, petang ni macam mana?'

Mesej diterima pada jam 932am sewaktu si penerima masih lagi lena diulit mimpi.. Em, cuti kan..

'Aku tak tahu gerak kul bapa.. Maybe 4 kot'..

-Send-

*********

Pukul 4 petang lagi aku dah turun dari rumah menuju ke destinasi yang diinginkan, yakni Stadium Bukit Jalil.. Ada apa kat sini? Jom Heboh? Lambat lagi.. Cheerleading? Dah lepas thehe.. Dating? Apa pelik benor dating kat sini.. Teka la lagi lalala.. 

Aku pergi sini sebab nak tengok team Chelsea training.. Masa beli tiket dulu, dapat sekali pass untuk tengok training.. Alang-alang tengah cuti ni pun, baik aku pergi tengok.. Bukan kena bayar pun - kecuali tiket lrt..


Training Session Admission Pass

Sampai-sampai dah 445.. Bila dah solat, baru usha gerai-gerai kat sini.. Berbekalkan nafsu makan yang tinggi, maka aku pun sempat la beli hotdog dengan air mineral sementara tunggu pintu stadium dibuka.. Bila dah dibuka,semua kelibat manusia disini umpama menjadi semut yang berlumba-lumba untuk masuk ke sarang.. Bila nak sampai turn aku, aku dengar pakcik/abang yang jaga entrance tu cakap botol minuman tak boleh bawa masuk --''.. Maka, proses mengembungkan perut segera dilakukan..

*********

Aku dapat seat terbaik - duduk dekat seat yang harga RM388 :D.. Memang pemandangan yang jelas, terang dan nyata.. Ditambah dengan sinaran lembayung di waktu senja, maka  perasaan excited makin terasa.. 


Masa ni orang still tak ramai

530pm

Seriously, cuaca masa ni nyaman sekali

Tapi, ku sangka kan panas sampai ke petang, rupanya sampai ke Maghrib.. Kawan aku cakap training start kul 6.. Rupanya . .

655pm - baru nak wat persiapan untuk players masuk padang

Pukul 7++ baru players mula masuk padang --''.. Letih menunggu huhu.. Nasib baik team favourite!! 'Sangkut jem kot'. Aku cuba berfikiran positif..


720pm - baru start training

Apa-apa pun, ni satu pengalaman baru bagi aku :).. aku pernah tengok match Chelsea sebelum ni, tapi tak pernah tengok diorang ni training.. Walaupun lebih sejam setengah menunggu dengan penuh kesabaran, aku tetap puas hati..

10pm - sampai rumah...

# next post will be on the match between Malaysia XI vs Chelsea

Acceptance

June 3, 2011

0 comments
There are times in our lives when happiness seems to elude us,
We want more.
We wish we were further along in our lives,
We desire better relationships,
We try to push ourselves beyond where we are at the moment.
Sometimes, all that is needed is a change of mind,
A change called 'acceptance'.
With this change there comes a sense of of peace,
And a sudden realization that a shift in thinking,
Has brought us the very things we were looking for all along.

Buku: Dunia Tanpa Sempadan

April 30, 2011

2 comments
Khamis - Janji dengan Kirul pukul 1130, tapi aku sampai pukul 1245 u_______u.. Alamak, sory la der!! Bapak aku minta tolong sikit kat rumah.. Pukul 12 aku terus shoot pergi sana, tapi jalan tak nak jam la pulak kan.. Aduyai!! Sian member aku.. Ok, pasang CD jap la.. Mana tahu boleh rilex..

Tit tit tit, track 7 - Hijau Daun (Suara Ku Beharap)

*********

'Gi makan dulu la eh.' Aku pelawa si Kirul ni.. 

Sangkut jam ni buat aku lapar lak.. Lagipun dah memang lunch hour.. Lagi sekali, orang tak nak ramai je kat The Mall ni.. Budak sekolah la yang menjadi nadi utama tempat ni penuh.. Nak kata beli buku sekolah tak juga.. Tengok semua pegang goody bag APO, Ujang.. Teringat aku time sekolah dulu.. Memang aku datang nak cari buku latihan je (semangat tak).. Datang dengan parent biasa la.. Tapi beli je lebih, pastu seminggu buku latihan semua jadi buku conteng.. Dah tu, beli buku subjek yang terer je.. In case kakak aku nak check boleh bangga sikit..

'Tadda, dah siap pun pun kak.'.. Sambil tunjuk buku Bahasa Melayu dan English.. Pasal yang ni je pun yang aku semangat buat..

*********

Kalau sebelum ni aku datang mesti nak cari dictionary. Tahun lepas beli Kamus Komprehensif Bahasa Melayu.. Sebelum tu beli Oxford English. Sebelum tu lagi beli kamus Arab-Malay/English.. Semua pun putih bersih lagi hehe.. Yang kamus Arab tu je aku aku memang guna bagai nak rak (sebab takda basic Arab)..

Tahun ni macam tak best sangat la berbanding tahun lepas.. Aku rasa macam tak banyak gerai je yang ada.. As as result, tak banyak la buku.. Selalu buku yang sama aku boleh jumpa dalam 3,4 gerai.. Kali ni lain pula ceritanya.. Buku yang aku cari pun ada 1 gerai je yang jual (tu pun satu buku je :o).. Tahun lepas aku datang, aku spent time dalam 4++ jam juga pusing-pusing kat dalam PWTC ni.. Banyak sangat buku best untuk dibaca.. Now, aku rasa dalam 2 jam++ je.. Frust aku!!

Satu benda je yang aku tak suka bila datang sini.. Aku dah tahu mesti benda ni ada punya la.. Tapi kali ni aku da bersedia..

Linguaphone. Benda ni lebih kurang macam dictionary gak la.. Tapi kita belajar guna CD..
Mula-mula kita kena beli benda alah ni.. Nanti dia akan bagi la CD language yang kita nak belajar - English, Arab, Korea dll... Masukkan CD, pastu dengar kat earphone.. Em, lebik kurang macam tu la kot hehe.. Yang tak best bila salesperson dia approach.. Sekali semua serbu nak promote barang kat kitaorang.. Later aku belajar jangan terima flyer or sample dari seller kalau korang tak nak kena tahan dengan diaorang.. 

Tapi tu kira ok la.. Ada yang tanya 'English adik ok tak?' Amboi, sedapnya mulut.. Ayat skrip betul la.. Cuba la tukar sikit macam, 'Dalam dunia yang serba moden ni, penguasaan bahasa Inggeris amatlah penting bla bla bla . . .' Baru la sedap telinga sikit dengar..

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ni kira aktiviti wajib aku setiap tahun.. Bagi aku tak rugi datang dan tak rugi beli walaupun hanya sebuah buku kerana ilmu itu walau sedikit pasti ada faedahnya.. 

Undang-undang Yang Pelik dan Lucu

April 12, 2011

0 comments
Yaay, dah habis exam (n_n).. Dah boleh meronggeng.. Tapi bagi yang tak habis atau mungkin tak exam lagi, jgn stression (bak kata kawan aku) sangat la.. Jom layan artikel ni jap.. mana tahu dapat release stression - stress + tension.. Terjumpa dalam Utusan Malaysia (19/4/2011).. Enjoy.

Antara undang-undang yang pelik dan lucu di Amerika:
  •  Florida, memakai pakaian renang di tempat awam sambil menyanyi adalah melanggar undang-undang
(at least xda la orang yang mati terkejut bila tiba2 ada suara sumbang)
  • Pemilik salon boleh didenda jika tertidur ketika menggunakan pengering rambut
(kalau takda fb, takda makna dia nak berjaga sampai lewat malam)
  • Hukuman bagi pencuri kuda adalah gantung sampai mati 
(pencuri 'hati' pulak biasanya digantung tak bertali hehe)
  • Georgia, pemilik kedai pakaian hanya dibenarkan menukar pakaian pada patung hiasan selepas langsir diturunkan   
(tak malu ke ngan patung..dia pun tahu malu)
  • Quitman, ayam dilarang melintas jalan raya 
(ayam reti baca signboard?)
  • Chicago, seseorang dilarang memancing ketika memakai baju tidur
(ni untuk pancing ikan ke pancing awek)
  • Kentucky, seseorang boleh ditangkap jika tidak mandi dalam tempoh sekurang-kurangnya setahun
(kalau kawan aku tak mandi seminggu pun aku dah boleh mati, apatah lagi setahun)
  • Illinois, haiwan peliharaan boleh dipenjarakan.
 (kalau la toyol tu dikategorikan sebagai binatang, rasanya dah banyak yang masuk lokap)
  • Louisana, adalah satu kesalahan sekiranya perompak merompak kerani bank menggunakan pistol air
(moral of the story, nak buat jahat, buat la betul-betul)
  • Minnestone, wanita yang menyamar sebagai Santa Clause boleh dipenjara 30 hari. 
(kat Malaysia lak, wanita yang jadi lelaki makin meningkat sehari-hari)
  • Nebraska, berkelah di tempat yang sama dalam tempoh sebulan adalah dilarang.
(ni mungkin antara kempen kerajaan dalam mempromosikan industri pelancongan)

Just a Year?

March 18, 2011

0 comments
As final exam is approaching (2 weeks more to be exact), I just realized about something.. How fast time flies and how things have changed.. For the past few weeks, I have been struggling with my quizzes, assignments and all typical students' stuff.. And for the past few months, I have been experiencing a roller coaster feeling.. There were lots of wonderful things that had happened.. It makes me smile, laugh, and most importantly, it makes me forget about everything.. Yet, it was only for a short period of time.. On top of that, I am still sad for the bad thing that I have done.. How on earth I could have done such a terrible act?? Sigh..

*********

By this time last year, something wonderful happened to me.. I met someone.. A new friend I would say.. We were in the same class, but I never managed to get a chance to talk to her.. Why should I bother anyway? She just a girl, a classmate.. At least thats what I thought, initially. Not long enough, I guess Cupid just did his/her job again.. It's been a while since i do this so called usha2 thing hahaha.. I got sense that she maybe not just someone.. Damn!!

I still can recall, it was on Thursday and it was after our class together.. I saw you, walking just metres in front of me, alone!! A moment that I've been waiting for.. It's now or never.. As I was walking towards you, i swallowed my nervousness and did something brave.. Probably gentleman too (laugh)..

'Hai, awak ni A........ kan?'

*********

Well, that was dated 2 semester ago (I have such a good long-term memory).. But we became close friends only since last semester.. Ever since the 1st day of the semester, up until the end.. We were inseparable.. We were always be there for each other, and we shared our problems together.. We talked about anything - sports, geography, food, music, books, film etc.. You named it, she knew.. Her insight knowledge on everything mesmerised me.. The way she thinks was perfect.. A beauty with brain :).. Everything was so easy when A is around.. It is good to have someone who you can share and talk about anything.. Also, A taught me about a lot of things - things that were unknown to me before.. I learnt new things as well.. I started to show interest in food, fashion (she loves shoes hoho) and places to visit.. We text every day, so I kinda upset if she did not reply my messages.. I liked her.. And A knew..

*********

This time around, everything seems to be reversed.. We were still good at the early stage - until I hurt her with my unthoughtful and mean words.. I have to admit that it was my mistake.. A foolish mistakes made by a naive kid.. This is the beginning of all the sadness and despair that I have been carrying along since.. The feeling of friendship is no longer there.. We're not as close as we used to.. We are heading for separate paths now.. No more texts, and that is where loneliness became my friend.. Until now, I always blaming myself for the damage..

A, you are such a nice friend.. 

A friend that i always cared yesterday, and I care for you still, I always have and I always will..

#good luck in your final.. I bought you a card hehe

Good luck!!

Kawan Lama, Artis Baru

February 23, 2011

0 comments
Huh, kelas jam 330 ni buat kat dalam lab pulak.. Memang tak fokus la aku.. Dengan kemudahan internet yang tak seberapa laju, dan ditambah angin aircond yang sejuk membeku, memang sah2 la mata ni makin kuyu... Gelagat lecturer aku yang memang energetic dan lincah ni tak mampu untuk buat aku untuk terus fokus..

Phone yang aku silentkan ni berbunyi lak.. Sapa pula yang mesej waktu macam ni..

'Katne?' Tanya pengirim sms tersebut yang juga kawan lama aku..

'U...' jawab aku ringkas. Nanti kantoi dengan lecturer main telefon dalam kelas,

'Oh yeke..xde pape sje tnye.. aku tgh free2 je ni hehe.'

Loh, patut la mesej.. Tengah free rupanya.. Kalau tak selama ni senyap je.. Nak ajak lepak la ni.. Aiseh, malasnya.. Tapi memandangkan aku pun tak buat apa lepas kelas ni, maka aku pun terima cadangan beliau.. Pertemuan diatur.. Pantas jari jemari aku membalas tanda persetujuan..

'Can anyone give me the personality of students in the class??...... Fariq?' Mata lecturer tepat ke arah aku..

Aduh, kena aim pulak.. Mesti sebab kantoi main phone.. Mata aku terus melirik laju ke arah buku teks yang terdapat atas meja.. Lah, salah buka topik rupanya.. Patut la apa dia ajar aku tak paham thehehe.. Alah, jawab je la.. Jawapan pun bukan ada dalam buku..

'Personality... in the class??em, QUIET!' jawab aku dengan muka seposen tapi penuh confident..

'Quiet??' jawab lecturer tu dalam nada yang agak terkejut tapi lembut..

'Quiet but mentally active.' Tambah lecturer kesayangan ramai ni. Kena perli la pula.. Serentak itu juga la, kedengaran hilai tawa dan senyum kambing daripada rakan sekelas..

*********

'Jom kita cari kedai buku jap..' Ajak Din dengan semangatnya.. Buku yang dicari belum berjumpa.. Alah, dia nak tunjuk gambar dia masuk magazine la tu.. Dah lama tak jumpa, tup tap tup tap dah jadi artis sekarang.. Tak pernah tahu pun aku.. Tapi tak kisah la, aku tumpang bangga sekali.. Jangan kau sombong nanti dah la.. 

Kata Din, dia penah berlakon drama, buat iklan dan yang paling latest buat photoshoot.. Amboi, nama tengah naik ke..

'Ko berlakon kat RTM ke?? Tak penah nampak pun hehe..' Usik aku dalam mencari jawapan..

'Tak juga.. Ada la aku berlakon kecil-kecilan dalam drama..' Oh, berlakon pun ada kecil-kecilan.. Aku ingat berniaga je ada.. Tapi sorry la, semua cerita yang ko cakap kau berlakon, semua aku tak tengok hahaha..

*********

Di petang yang sejuk tu (faktor hujan lebat), macam-macam perkara yang kitaorang bualkan.. Daripada perkembangan terkini sampai la masuk bab-bab agama.. Sekurang-kurangnya ada input yang boleh dikongsi.. Tak sangka kau pun hebat bercerita ya.. Nanti next time kita sambung lagi..

Thanks Din.. Ada masa kita lepak lagi..

Kawan Baru Ke Kota Singa

February 4, 2011

0 comments
Al kisahnya.. Trip ni anjuran sebuah persatuan, tapi aku tak ingat dah persatuan apa. Organiser pun students je.. Kawan aku yang ajak aku pergi sama sebab dia terlibat dengan persatuan tu, or kawan kepada kawan dia punya persatuan, or kawan dia yang ajak dia and dia ajak aku.. Entah aku pun tak ingat dah apa connection dia, tapi aku memang tak kenal langsung organiser tu.. Aku setuju untuk pergi.. Oh ya, ni berlaku masa zaman belajar dulu..

Malam mesyuarat tu, diorang discuss tentang trip tu.. Tarikh, jadual, transport, semua takde lagi.. It was just a plan.. Ala, macam trip kawan-kawan.. Discuss punya discuss, last last tarikh yang dipilih tu tak  bertepatan dengan jadual masa kawan aku tu.. So dia tarik diri.. Kawan-kawan dia pun tarik diri.. Aku tak tahu kenapa aku pilih untuk stay.. 

Teruja betul bila dapat pergi sana.. Terima kasih la kepada kawan aku sebab ajak.. Walaupun last-last dia  pula yang tak dapat pergi.. Yang pergi pun 5 orang je, sorang perempuan.. Semua pun aku tak kenal.. Tapi diorang semua cool je.. Mungkin sebab perangai lebih kurang kot, sebab tu boleh ngam..

Kitaorang bertolak dari KL Sental naik KTM.. Tiket 40 je, untuk bahagian katil, ok la tu.. Bertolak pukul 11pm (Sabtu) tapi lagi 2 orang ni tak sampai-sampai lagi.. Jam dah pukul 1045.. Tapi nasib baik sempat.. Fuh!!

*********

0700 (Ahad) - Sampai di Singapore..
Kena turun untuk check pasport dulu.. Pastu, naik train balik menuju destinasi..

0835 - Tiba di perhentian Tanjung Pagar.. Ni memang station paling hujung.. Sampai-sampai terus aku cari money changer (tak sempat tukar kat KL).. Currency sini lagi tinggi, 2.4++ sama dengan 1 dolar.. Dapat tukar, aku pekena egg prata dulu.. Kat Malaysia panggil roti telur.. Bila perut dah kenyang,  perjalanan diteruskan.. Yang seronoknya, kitaorang pun tak tahu arah tuju nak pergi.. Tak tahu camne nak pergi tempat tu.. Semua main redah je.. Baru adventurous :).. Yang tak bestnya, dari pagi lagi hujan.. Memang nasib tak baik la.. Tapi sebab kitaorang semua cool dan macho, kena redah juga la (rupanya sampai malam hujan)..

BoldNi antara view yang cantik kat Singapore

Aku dengan 2 lagi member pergi Sentosa Island, lagi 2 orang masuk Universal Studio.. Senang cite, Sentosa Island ni macam tempat hiburan la.. Universal Studio pun kat sini, tapi aku pergi area lain.. Amek pakej, 46.90 dolar untuk 3 set of entertainment - Desperados, Luge Ride & Skyride, CineBlast + 4D Magix (ni permainan yang kitaorang pilih).. Ada banyak lagi pilihan..

Ni lah Luge Ride.. serius best giler!!!!

Perjalanan diteruskan dengan menyusuri bandar-bandar yang unik dan menarik di Singapore.. Naik MRT, turun kat City Hall.. Apa yang best pasal MRT ni, kita boleh amek balik deposit 1 dolar pas dah guna train ni.. Wah, bagusnya!! Pastu, jalan-jalan sampai nampak Marina Bay, Ferris Wheel.. It's tiring but exciting.. Apa yang penting, kitaorang bergambar dekat statue singa yang merupakan mercu kota Singapore ni.. Bukti aku pernah sampai sini..

Berlatar belakangkan Marina Bay

Dah puas bergambar, tiba la masa untuk ucap selamat tinggal.. Bas balik KL pukul 8pm.. Sesat juga la nak cari tempat bas ni.. Jauh juga berjalan baru jumpa.. Kaki dah rasa nak tercabut je.. Sepanjang seharian berjalan, satu benda je yang kitaorang tak jumpa - matahari.. Mana taknya, hujan sepanjang hari.. Memang tak kena waktu kitaorang datang.. At least ada alasan nak datang lagi :) (dalam otak aku pikir pasal Universal Studio je)..

0200 (Isnin) - bas sampai kat Bukit Jalil..

# walaupun hanya sehari je, we all had a great time
# kos perjalanan pergi-balik tak sampai RM 100 pun (train KTMB katil atas + business class Transnasional).. jumlah semua dalam RM200++
# balik dari Singapore, aku bawa hadiah juga - demam & batuk (4-5 hari juga baru sembuh)

Sorry Seems To Be The Last Word

January 29, 2011

0 comments
For every time when loneliness and sadness appeared,
It could only reminds me of you,
Things that I've done, (u_u)
Words that expressed from my irrational thinking and unstable emotion,
It hurts.
Little did I realized it became a sword that cut through every connection,
Just like the reality of the world,
That holds a lot of secrets - waiting to be revealed,
But sometimes secrets are meant to be concealed,
Because eyes can be deceiving, yet we still perceive,
Only to know that truth hurts, as it does not always fit your ideal schema.
Guys, and perhaps girls,
Think deeply before you make an expectation that is based on no-evidences, so called assumption,
Think again, and again,
Before you act, before you start this blame game,
Or initiate a personal attack.
Because once step forward you make means twice you will regret,
Things are not gonna be the same - only time will tell.
I realized about it - seconds after I started it,
Terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata badan binasa.
I'm screwed - at least thats what I thought,
I'm hurting you when you knew nothing about it,
I'm accusing you when you keep denying about it,
And when I look back at you, only then I realized how much pain I have caused.
We're just human being, and we made mistakes,
The hardest part is, not to repeat them,
Learn from the past so others will get benefit.
I can't forgive myself until you said that to me,
While I still have time, and while I still have chances,
I'll take the risks, even if that means I'm losing you,
I'll keep on trying, and at least I tried,
To say that,
Deeply, truly, honestly, madly,

"AWAK, SAYA MINTA MAAF!!!"

Thursday

January 19, 2011

0 comments
It's Thursday,
A day I've been waiting for,
Week in week out,
Ever since Im carrying this broken heart.

It's Thursday,
I can't wait to come home faster,
Cause I can't hold myself any longer,
I am not weak, nor even stronger,
I just want to make myself better.

It's Thursday,
Ever since the day you started running away,
And pretend that its okay,
I have just lost my way,
Why should I stay anyway?

It's Thursday,
That I can have my holiday,
And I can start to smile again,
A fake smile and a burden of pain,
That flows through my vein,
Will be forgotten.

Hey Thursday,
Please stay,
Don't go,
I need you.

Bola, Provokasi, dan Perpaduan

January 1, 2011

0 comments
    Ni cerita masa tengok bola kat Bukit Jalil.. Malaysia masuk final, satu kampung turun support.. Masa kat Masjid Jamek, ada la sekeluarga orang Indonesia ni tanya train mana nak naik.. senang cite, diorang follow je train mana aku naik.. Diorang ok je, sopan santun dan berbudi bahasa.. Aku siap ambik gambar lagi buat kenangan hehe.. Dalam train jangan cite la.. Penyokong Malaysia conquered habis.. Macam sardin.. Sian gak tengok family tu kena himpit dengan fans Malaysia.. Walaupun tak sama negara, ada juga sorang mamat ni baik hati yang offer seat untuk pakcik tu.. Bagus bagus.. Walaupun berlainan negara, tapi tak bermaksud kita ni musuh..

    *********
     Ayuh Malaysia!! Tapi sedih la pasal lambat masuk, seat penuh sampai tak boleh nak masuk dalam dah.. Alamatnya, duduk mencangkung la aku sepanjang 45 minit pertama.. Nasib baik ada Wan.. Abang dan sepupu aku hilang ntah ke mana.. Dalam hati geram gak la.. Bayar 30 ringgit tapi duduk mencangkung.. Apa cite ni der..

    Sebelum start 2nd half, aku pindah tempat lain lak.. Terpisah pula dengan Wan.. Aku dapat seat dekat penyokong Indonesia.. Aiseh.. Nasib baik ada gak fans Malaysia situ.. In case apa-apa jadi kat aku ada gak backup..

    Bila Malaysia skor, histeria aku (termasuk seluruh yang ada kat stadium).. punya la happy sampai aku lari dengan banner Malaysia pusing-pusing kawasan stadium.. Nasib baik tengok bola, so orang takde la rasa pelik kot hehe.. Bila Malaysia skor gol kedua dan ketiga, makin riuh stadium.. Semua orang menyanyi, menari, melompat dan macam-macam ragam yang korang tak boleh tengok kat tempat lain.. Masing-masing peluk antara satu sama lain walaupun tak kenal.. Peduli apa.. Sebab kan bola, semua orang bersatu..

    Habis 90 minit, semua orang menjerit kegembiraan.. Sukar nak gambarkan perasaan masa tu.. Rasa macam nak masuk stadium celebrate sama-sama dengan pemain Malaysia.. Apa-apa pun, aku rasa Malaysia memang layak untuk menang.. Tahniah pasukan Malaysia!!! Syabas para penyokong!!!



      Copyright © 2011 Cerita Belakang Tabir Design By Melz