S41

July 8, 2015

0 comments
4.45am..

Ah, masih ada beberapa minit sebelum jam loceng berbunyi tapi mata ni sudahpun celik.. 

'Kena cepat bersiap ni, nanti takut jem pula.'.. Aku bermonolog dalaman.. 

Dalam hati cukup berdebar.. Entah kenapa aku pun tak tahu,, Walhal ni bukanlah kali pertama aku menghadiri temuduga.. Barangkali kerana temuduga ini lain daripada yang lain.. Barangkali juga.. 

Sengaja aku bukakan tingkap kereta untuk menghirup udara pagi tu.. 

'Sijil semua dah letak dalam beg. Fotostat ic ada,surat beranak ada . . .'.. Aku cuba pastikan semua barang dah dibawa..

'Eh, lupa bawa gambar!'.. 

Kereta dipusingkan kembali menghala balik ke rumah.. Mujur masih dekat lagi..

********

Sudah 3 tahun lamanya sejak kali terakhir aku menelaah buku-buku ilmiah,  Sepanjang tempoh itu juga lah aku tak pernah rujuk balik pada buku-buku tersebut.. Jadi bila dapat tawaran untuk hadiri temuduga tersebut, aku paksakan juga untuk selak balik buku-buku lama ni dengan semangatnya..

Tapi baru masuk muka surat 5, aku dah di atas katil melayari internet..

********

Nasib baik la kereta masih tak banyak lagi atas jalan raya masa tu.. Lebih kurang 7.20 aku dah pun sampai di pusat temuduga.. 

Eh, kawan aku pun ada la.. Oooo teman bakal isteri pergi temuduga rupanya..Baru aku tahu temuduga hari tu bukan untuk jawatan yang aku pohon sahaja.. Mungkin juga hari-hari lain juga begitu.. Eh, kawan satu kursus dulu pun ada.. Aku sambung borak lagi..

********

Semua calon temuduga akan menunggu di bilik menunggu. Bagi jawatan aku, bilik temuduga dia ialah Bilik D.. Hanya aku dan seorang lagi calon ada di situ pada masa itu.. Yang lain masih lagi di bilik pendaftaran.. Orang pertama mula masuk apabila nombornya dipanggil.. Aku pula masih terkial-kial nak susun atur sijil-sijil mengikut urutan yang disuruh.. 2,3 orang lagi tiba di bilik menunggu tu beberapa minit kemudian..

'7002.'

No aku mula dipangil setelah lebih kurang 15 minit menunggu..

Tok tok tok..

'Assalamualaikum.' Kelihatan dua orang pegawai sedang bersedia menjadikan aku mangsa seterusnya.. 'Selamat pagi.' Sampuk seorang lagi panel yang berbangsa Cina..

'Selamat pagi juga.' Senyuman dihulurkan..

'Sila perkenalkan diri anda dan kenapa anda memohon jawatan ini.' Tanya Pengerusi Temuduga tersebut..

'Assalamualaikum dan selamat pagi.. Saya Muhammad Fariq. . . . .  . . . . .' Ringkas tapi padat..

'Nyatakan aktiviti yang pernah awak lakukan masa di Universiti dulu.' Tanya Pengerusi itu tegas..

'Saya terlibat dengan persatuan kuliyyah saya . . ' Tapi belum sempat bercerita panjang, percakapan aku disampuk..

'Bukan aktiviti persatuan.. Selain daripada itu.' Jawab Pengerusi itu lagi.. 

'Saya terlibat dengan sukan - futsal, tenis, badminton.'.. Bila bercerita pasal sukan, aku memang galak bercerita.. 

'Kenapa main futsal? Kenapa tak main bola sepak?' Soalan apakah ini..

'Sebab kawan-kawan semua main futsal.. Lagipun tak larat nak main bola padang.' Em, memang betul pun..

'Takda stamina la tu.'

'-_____-'.

********

Dekat 20 minit aku ditemuduga.. Nasib dia tak tanya soalan aplikasi dan teori.. Kebanyakan soalan berdasarkan pengalaman kerja.. Soalan berkaitan jawatan yang dipohon memang ada, tapi kebanyakkannya aku goreng .. Sumpah aku tak tahu weh >_<

Masa nak balik rumah, baru aku teringat sesuatu..

Dia bukan minta gambar pun..




*Result dah keluar.. Sila cuba lagi

Copyright © 2011 Cerita Belakang Tabir Design By Melz