K.A.W.A.N

July 1, 2010

0 comments
Kata orang, berkawan biar seribu, tapi bercinta biar satu.. Bagi aku, tak kisah la berapa ribu, juta orang pun kita berkawan, asalkan kita ikhlas.. Semakin ramai kita berkawan semakin kita kenal akan diri kita.. Kawan tu sendiri membawa banyak makna dan definasi.. Kawan sekolah, kawan sekelas, kawan sepermainan, kawan sebilik, kawan baik dan banyak lagi.. Setiap satunya membawa maksud yang berlainan.. Bagi sesetengah orang, kita ni hanyalah kawan sepermainan tapi itu tak semestinya kita ni kawan sekolah.. Kita hanyalah 'berkawan' apabila kita memerlukan kawan untuk bermain.. Kawan untuk group discussion pula tak bererti mereka itu kawan rapat kita.. Mungkin sekadar memenuhi tuntutan kerja.. Ada juga yang berkawan demi memenuhi tujuan tertentu, dan ada yang berkawan kerana terpaksa..
Aku nak beri pandangan peribadi mengenai kawan.. Di samping berkongsi pengalaman yang aku lalui atau pernah lalui.. Memang diakui yang dalam hidup kita perlu berkawan.. Sama ada ia satu keperluan atau kehendak anda sendiri tentukan.. Tanpa kita sedari, kita lebih memerlukan kawan daripada keluarga kita sendiri.. Kawan dijadikan tempat untuk berborak, berkongsi masalah dan lain-lain.. Kita lebih selesa untuk meluahkan permasalahan kita kepada mereka kerana mereka lebih memahami.. Kerana kawanlah kita gembira, kerana kawanlah kita sedih, dan kerana kawanlah kita merana.. Pendek kata, susah senang sama dirasai.. Rasa macam tak berguna bila mana kita tak dapat membantu kawan kita yang dalam kesusahan sebab kita tak mampu nak mengurangkan kesedihan mereka.. 
Dalam kehidupan, bermacam-macam jenis ragam manusia telah kita temui.. Semenjak daripada tadika hinggalah sekarang ini, aku dah berkawan dengan ramai orang.. Dan daripada pengalaman jugalah aku belajar untuk memilih kawan.. Aku akui aku mudah mesra dengan orang dan aku seronok untuk berkenalan dengan orang baru, tapi itu tak bermakna semua orang boleh menjadi kawan baik..

Rasanya tak susah pun nak tahu siapa kawan baik kita.. Kita boleh tahu.. Kawan baik ialah kawan yang sentiasa ingat pada kita, ambil berat dan ingat pada kita dalam membuat keputusan.. Aku juga berbangga kepada mereka yang menganggap aku sebagai kawan baik mereka.. Rasa terharu bila memikirkan yang sebenarnya kami jarang berhubung malah ada antara mereka yang aku langsung tidak mempunyai nombor telefon.. 
Aku sebenarnya kesal dengan sikap segelintir kawan-kawan yang umpama 'kawan lupa kawan'.. Padahal, masa sekolah dulu, selalu lepak bersama, belajar bersama.. Pendek kata ke hulu ke hilir pasti bersama.. Sekarang masing-masing bawa haluan sendiri.. Tapi takkan macam tu je lupa kawan.. Walaupun mungkin tak rapat mana, tapi rasanya tak salah kan kalau sekadar bertanya khabar.. Busy sangat ke sampai mesej pun tak balas.. Kalau rasanya dah tak nak kawan, buang je nombor telefon tu.. Selagi mana nombor itu ada dalam telefon, selagi tu aku akan hantar mesej.. Walaupun aku tahu ada yang memang takkan balas.. Em, tak kisah la.. Nak buat baik pun salah ;(
Hidup ni tak perlu la nak sombong sangat.. Malaysia ni, senang cite KL la kecik je.. Pusing-pusing jumpa juga nanti.. Masa raya Cina yang lalu, kawan masa sekolah dulu (sekarang duk Perak) sanggup turun KL semata-mata nak jumpa dan lepak dengan aku.. Huhuhu.. Terharu sangat!! Dan pada akhir tahun lepas, aku jumpa balik dengan kawan masa sekolah rendah.. Lamanya tak jumpa dia.. Sekarang ni belajar kat Australia.. Tapi dia masih macam dulu.. Dan yang penting dia masih ingat kat aku... Lega kerana dapat jumpa dia lagi.. Aku mintak nombor telefon dia supaya kitaorang dapat terus berhubung.. Selain tu, aku ada kawan yang pernah menghilangkan diri (M.I.A).. Sedih di hati tak siapa yang tahu.. Bukannya aku tak tahu dia dekat mana, cuma rasa terkilan sebab dia macam lupakan kawan-kawan dia semua.. Kalau mesej pun, sekali sekala je balas.. Langsung tak tahu khabar dia.. Bila mana aku jumpa dia balik, rasa janggal pulak.. Aku mengaku yang aku tak kisah pun pasal dia dah.. Tapi dia cakap dia dah berubah.. Dan yang penting dia mengaku akan kesalahan dia.. Sekarang ni kitaorang rapat balik macam dulu.. Yang lepas dulu biarlah.. Lupakan je..
Kawan umpama pelengkap dalam hidu.. Tak kisah la lelaki ke perempuan, aku nak semua tahu yang aku ambil berat pada anda semua.. Aku doakan masing-masing berjaya dalam kehidupan.. Hargailah kawan-kawan anda dan berbuat baiklah kepada mereka..

Salam..

* Sahabat yang terbaik di sisi Allah adalah sahabat yang paling banyak berbuat baik kepada sahabatnya - Riwayat Ahamad dan al- Timizi
* Sesiapa yang inginkan rezekinya diluaskan dan dipanjangkan usianya, maka jalinkanlah silatulrahim - Riwayat al-Bukhari dan Muslim
* Apabila seseorang insan mengasihi saudaranya, beritahulah kepadanya bahawa ia mengasihinya - Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi

Saya Melayu Lah!!

3 comments
Okay kali ni nak bercerita tentang tajuk di atas.. Rasa kelakar pula bila ada orang ingat yang aku ni orang Cina.. Hehe.. Sampai sekarang pun ada orang ingat yang aku ni orang Cina.. Adoi, saya Melayu ma!!!! ;)

Masa sekolah rendah dulu, memang tak dapat dinafikan la kalau ada orang anggap aku ni orang Cina.. Rambut perang, kulit pun macam orang Cina.. Mak cakap, senang je nak cari aku bila perhimpunan sebab memang ketara la, tengok rambut je..

Aku masih ingat tahun lepas sewaktu mengikuti rombongan ke Langkawi, orang yang in charge kitaorang pun ingat aku orang Cina.. Masa dalam bas, dia tanya la kat sini semua orang Melayu ke.. Tapi bila tiba kat aku, tanya saya orang Cina kew?? Aku senyum je la.. Dah biasa..
Pernah juga aku disapa oleh orang Cina untuk bertanyakan soalan (dalam Bahasa Cina).. Aku cakap la 'Saya Orang Melayu'.. Terus dia beredar.. Lah, pelik betul.. Kan dah tahu aku Melayu, tanya je la balik je dalam Bahasa Melayu.. Banyak kali juga aku lalui pengalaman macam ni.. Kat kiosk U pun, akak yang jaga kaunter tu pun confused.. Masa nak bayar, baru dia tahu aku orang Malaysia.. Dia ingatkan foreigner.. Bukan dia sorang je, brother office kolej aku pun pikir yang sama.. Bila datang kat bilik, bukan main lagi dia speaking.. Aku pun layan je la.. Tapi dengan roomate yang lain dia cakap Melayu pulak.. Kalau lah brother office tu tahu aku Melayu ;)..
Yang terbaru, ada juga kawan tanya aku ni macam Cina pasal mata sepet.. Eh, betul ke mata aku sepet? Tak perasaan pula.. Aku tengok cermin.. Hm, tak pun ;)..
Memang kelakar bila difikirkan balik.. Tapi tak kisah la.. Orang yang tak kenal memang anggap aku Cina pun.. Tapi bagi yang dah kenal tu, tahu la.. Lepas ni kalau ada yang ingat aku orang Cina, senang je.. Aku akan cakap 'Saya Melayu Lah'..

Copyright © 2011 Cerita Belakang Tabir Design By Melz