Dulu Dan Sekarang

September 16, 2012

0 comments
Tahun 2008, aku daftar masuk sebagai pelajar baru di tempat baru.. Suasana baru, keadaan baru, bilik baru dan lain-lain.. Masa tu, rasa janggal bila duduk asrama.. Macam-macam orang yang aku jumpa dalam bilik.. Kalau dulu masa daftar kat PJ, lepas tu pindah Nilai.. Dulu datang kelas pakai kemeja, tuck-in.. Kadang-kadang tu siap dengan tie.. Sampai kelas, rasa nak buka je baju sebab dah berpeluh.. Dulu aku ingat lagi masa register  bilik untuk pertama kalinya di PJ, bilik dia style macam dorm.. 12 orang dalam satu bilik.. Bila pindah Nilai, dorm juga.. 20 orang satu bilik.. Satu benda je yang best masa duk Nilai dulu.. Takda curfew bagi pelajar lelaki.. So, aku dan member-member kadang-kadang lepak sampai 2,3 pagi.. Tapi yang tak bestnya, walaupun bebas keluar masuk, takde apa pun sebenarnya kat situ.. Hanya deretan kedai kain je yang kelihatan.. Dan hanya pasaraya Giant yang menjadi tumpuan mahasiswa-mahasiswi..

Tahun 2012, aku berada di semester akhir pengajianku.. Aku sekarang pun dah kat main campus di Gombak.. Pergh, tak sangkanya dah nak habis.. Tepuk sikit untuk aku \o/.. Dulu freshman year, sekarang senior year.. Kalau dulu ikut rules datang kelas, sekarang break the rules.. Kalau dulu nak add subjek mesti tak dapat apa yang aku nak pasal senior-senior dah amek dulu, tapi sekarang privilege tu kat aku dan yang seangkatan dengannya.. Kalau dulu, Khamis malam mesti aku terus balik rumah sebab bosan duk sini, tapi sekarang aku tak kisah pun balik lambat ke apa.. Kalau dulu, bila masuk je pagar utama mesti kena tahan sebab guna sticker staff, tapi sekarang suka hati aku je nak kuar masuk pukul berapa (ok, nampak sangat tipu)..

Dalam 4 tahun (dan setengah), banyak dah perubahan.. Dulu masa freshman, sibuk tanya senior lecturer mana yang best, mana lec yang patut avoid.. Sekarang, aku ngan lec rapat, even tak rapat giler.. Aku even pernah pergi bilik lec untuk mengadu masalah aku kat dia.. Tapi, yang tu aku story nanti.. Dulu bila gi kelas, ramai kawan-kawan boleh perasaan yang aku jalan sorang-sorang dengan beg sandang aku.. Loser giler rasa.. Jadi untuk sem last ni, aku tukar imej pula.. High five!!

Orang kata, masa belajar la kena enjoy puas-puas.. Nanti bila dah start kerja, tensen memanjang.. Weekend pun mesti malas nak keluar sebab nak rest je.. At least masa belajar ni ada la juga cuti sem semua..

So, last sem ni aku nak try untuk have fun dan enjoy every moment that I have.. Setiap event yang ada, aku nak try untuk participate.. Setiap aktiviti yang melibatkan department aku, aku akan try untuk join.. Well, who knows what future lies to me.. But for now, lets sit back and enjoy my final weeks here.. 

Be nice?? :)

Copyright © 2011 Cerita Belakang Tabir Design By Melz