Kawan Lama, Artis Baru

February 23, 2011

0 comments
Huh, kelas jam 330 ni buat kat dalam lab pulak.. Memang tak fokus la aku.. Dengan kemudahan internet yang tak seberapa laju, dan ditambah angin aircond yang sejuk membeku, memang sah2 la mata ni makin kuyu... Gelagat lecturer aku yang memang energetic dan lincah ni tak mampu untuk buat aku untuk terus fokus..

Phone yang aku silentkan ni berbunyi lak.. Sapa pula yang mesej waktu macam ni..

'Katne?' Tanya pengirim sms tersebut yang juga kawan lama aku..

'U...' jawab aku ringkas. Nanti kantoi dengan lecturer main telefon dalam kelas,

'Oh yeke..xde pape sje tnye.. aku tgh free2 je ni hehe.'

Loh, patut la mesej.. Tengah free rupanya.. Kalau tak selama ni senyap je.. Nak ajak lepak la ni.. Aiseh, malasnya.. Tapi memandangkan aku pun tak buat apa lepas kelas ni, maka aku pun terima cadangan beliau.. Pertemuan diatur.. Pantas jari jemari aku membalas tanda persetujuan..

'Can anyone give me the personality of students in the class??...... Fariq?' Mata lecturer tepat ke arah aku..

Aduh, kena aim pulak.. Mesti sebab kantoi main phone.. Mata aku terus melirik laju ke arah buku teks yang terdapat atas meja.. Lah, salah buka topik rupanya.. Patut la apa dia ajar aku tak paham thehehe.. Alah, jawab je la.. Jawapan pun bukan ada dalam buku..

'Personality... in the class??em, QUIET!' jawab aku dengan muka seposen tapi penuh confident..

'Quiet??' jawab lecturer tu dalam nada yang agak terkejut tapi lembut..

'Quiet but mentally active.' Tambah lecturer kesayangan ramai ni. Kena perli la pula.. Serentak itu juga la, kedengaran hilai tawa dan senyum kambing daripada rakan sekelas..

*********

'Jom kita cari kedai buku jap..' Ajak Din dengan semangatnya.. Buku yang dicari belum berjumpa.. Alah, dia nak tunjuk gambar dia masuk magazine la tu.. Dah lama tak jumpa, tup tap tup tap dah jadi artis sekarang.. Tak pernah tahu pun aku.. Tapi tak kisah la, aku tumpang bangga sekali.. Jangan kau sombong nanti dah la.. 

Kata Din, dia penah berlakon drama, buat iklan dan yang paling latest buat photoshoot.. Amboi, nama tengah naik ke..

'Ko berlakon kat RTM ke?? Tak penah nampak pun hehe..' Usik aku dalam mencari jawapan..

'Tak juga.. Ada la aku berlakon kecil-kecilan dalam drama..' Oh, berlakon pun ada kecil-kecilan.. Aku ingat berniaga je ada.. Tapi sorry la, semua cerita yang ko cakap kau berlakon, semua aku tak tengok hahaha..

*********

Di petang yang sejuk tu (faktor hujan lebat), macam-macam perkara yang kitaorang bualkan.. Daripada perkembangan terkini sampai la masuk bab-bab agama.. Sekurang-kurangnya ada input yang boleh dikongsi.. Tak sangka kau pun hebat bercerita ya.. Nanti next time kita sambung lagi..

Thanks Din.. Ada masa kita lepak lagi..

Kawan Baru Ke Kota Singa

February 4, 2011

0 comments
Al kisahnya.. Trip ni anjuran sebuah persatuan, tapi aku tak ingat dah persatuan apa. Organiser pun students je.. Kawan aku yang ajak aku pergi sama sebab dia terlibat dengan persatuan tu, or kawan kepada kawan dia punya persatuan, or kawan dia yang ajak dia and dia ajak aku.. Entah aku pun tak ingat dah apa connection dia, tapi aku memang tak kenal langsung organiser tu.. Aku setuju untuk pergi.. Oh ya, ni berlaku masa zaman belajar dulu..

Malam mesyuarat tu, diorang discuss tentang trip tu.. Tarikh, jadual, transport, semua takde lagi.. It was just a plan.. Ala, macam trip kawan-kawan.. Discuss punya discuss, last last tarikh yang dipilih tu tak  bertepatan dengan jadual masa kawan aku tu.. So dia tarik diri.. Kawan-kawan dia pun tarik diri.. Aku tak tahu kenapa aku pilih untuk stay.. 

Teruja betul bila dapat pergi sana.. Terima kasih la kepada kawan aku sebab ajak.. Walaupun last-last dia  pula yang tak dapat pergi.. Yang pergi pun 5 orang je, sorang perempuan.. Semua pun aku tak kenal.. Tapi diorang semua cool je.. Mungkin sebab perangai lebih kurang kot, sebab tu boleh ngam..

Kitaorang bertolak dari KL Sental naik KTM.. Tiket 40 je, untuk bahagian katil, ok la tu.. Bertolak pukul 11pm (Sabtu) tapi lagi 2 orang ni tak sampai-sampai lagi.. Jam dah pukul 1045.. Tapi nasib baik sempat.. Fuh!!

*********

0700 (Ahad) - Sampai di Singapore..
Kena turun untuk check pasport dulu.. Pastu, naik train balik menuju destinasi..

0835 - Tiba di perhentian Tanjung Pagar.. Ni memang station paling hujung.. Sampai-sampai terus aku cari money changer (tak sempat tukar kat KL).. Currency sini lagi tinggi, 2.4++ sama dengan 1 dolar.. Dapat tukar, aku pekena egg prata dulu.. Kat Malaysia panggil roti telur.. Bila perut dah kenyang,  perjalanan diteruskan.. Yang seronoknya, kitaorang pun tak tahu arah tuju nak pergi.. Tak tahu camne nak pergi tempat tu.. Semua main redah je.. Baru adventurous :).. Yang tak bestnya, dari pagi lagi hujan.. Memang nasib tak baik la.. Tapi sebab kitaorang semua cool dan macho, kena redah juga la (rupanya sampai malam hujan)..

BoldNi antara view yang cantik kat Singapore

Aku dengan 2 lagi member pergi Sentosa Island, lagi 2 orang masuk Universal Studio.. Senang cite, Sentosa Island ni macam tempat hiburan la.. Universal Studio pun kat sini, tapi aku pergi area lain.. Amek pakej, 46.90 dolar untuk 3 set of entertainment - Desperados, Luge Ride & Skyride, CineBlast + 4D Magix (ni permainan yang kitaorang pilih).. Ada banyak lagi pilihan..

Ni lah Luge Ride.. serius best giler!!!!

Perjalanan diteruskan dengan menyusuri bandar-bandar yang unik dan menarik di Singapore.. Naik MRT, turun kat City Hall.. Apa yang best pasal MRT ni, kita boleh amek balik deposit 1 dolar pas dah guna train ni.. Wah, bagusnya!! Pastu, jalan-jalan sampai nampak Marina Bay, Ferris Wheel.. It's tiring but exciting.. Apa yang penting, kitaorang bergambar dekat statue singa yang merupakan mercu kota Singapore ni.. Bukti aku pernah sampai sini..

Berlatar belakangkan Marina Bay

Dah puas bergambar, tiba la masa untuk ucap selamat tinggal.. Bas balik KL pukul 8pm.. Sesat juga la nak cari tempat bas ni.. Jauh juga berjalan baru jumpa.. Kaki dah rasa nak tercabut je.. Sepanjang seharian berjalan, satu benda je yang kitaorang tak jumpa - matahari.. Mana taknya, hujan sepanjang hari.. Memang tak kena waktu kitaorang datang.. At least ada alasan nak datang lagi :) (dalam otak aku pikir pasal Universal Studio je)..

0200 (Isnin) - bas sampai kat Bukit Jalil..

# walaupun hanya sehari je, we all had a great time
# kos perjalanan pergi-balik tak sampai RM 100 pun (train KTMB katil atas + business class Transnasional).. jumlah semua dalam RM200++
# balik dari Singapore, aku bawa hadiah juga - demam & batuk (4-5 hari juga baru sembuh)

Copyright © 2011 Cerita Belakang Tabir Design By Melz