Explorace (Bahagian 1)

October 20, 2012

Aku sedang berjalan pulang ke bilik pada pagi tu apabila aku dihampiri oleh bro yang menghulurkan sekeping nota kecil.. Tertera poster yang menarik perhatian aku pada booth berhampiran..



Segera aku ambil borang dari beliau dan berlalu pergi..

********

Tahun 2010, aku pernah masuk explorace ni.. Sebab program ni bawah event Convest (convocation + festival), maka sah-sah la bajet dia besar.. Maka bila bajet dah besar, maka mestilah program dia pun besar dan menarik.. Overall, memang letih habis sebab kena lari bagai ke satu check point ke satu check point.. Dah tu hanya boleh guna public transport je.. Dipendekkan cerita, last-last dapat no 4.. Ok la tu kan.. Tapi yang masuk race pun 4 team je.. Eleh, tu pun sebab kena 10 minit time penalty.. Tapi kena time penalty pun sebab salah aku sebenarnya (! -_-) (! -_-)

********

Tahun ni berbeza pula rules dia.. Committee akan provide kereta untuk setiap team untuk tugasan luar,  dan setiap team boleh terdiri daripada mana-mana kuliyyah pun.. Kira mix and match la.. Cuma satu team tak boleh campur laki ngan perempuan.. Lagi satu, kali ni pemenang akan dikira berdasarkan point untuk setiap tugasan.. Pendek kata, even sampai dulu pun belum tentu boleh menang..

Aku memang excited pun pasal aku memang minat game macam ni.. Semangat bersukan semua kononnya nak bagi fit haha.. 

Maka tibalah hari tersebut.. Team kitaorang lah yang paling last sekali sampai untuk pendaftaran pagi tu di kala team lain sudah pun bersiap sedia.. Dejavu?

Sesi pendaftaran
Team A2..
********

1. Riddle, Rush, Recycle 3R

Kitaorang kena solve puzzle untuk first task.. Again, kitaorang yang paling last.. Sebabkan dah masa dah habis, maka kita kena proceed untuk check point seterusnya.. Kat sini, kitaorang setiap sorang memainkan peranan masing-masing.. Orang yang first kena 'berlakon' tentang gambar apa yang diberikan kepadanya oleh committee tanpa bersuara.. Orang yang kedua pula kena meneka action yang dibuat dan pass info kepada orang ketiga.. Orang yang ketiga kena cari barang tersebut dalam plastik sampah yang disediakan dan pass kepada orang terakhir. Orang yang last kena ambil barang tu untuk dibawa ke post yang disediakan dengan terselit balon di celah kaki dan meletakkannya ke dalam kotak recycle yang disediakan.. Kotak recycle tersebut hanyalah tertera warna bagi tong recycle.. Jadi, setiap item kena letak pada warna yang sepatutnya (ayat skema gitu)..

Masalahnya, betul ke kitaorang letak item-item tu pada kotak yang betul?

Aku (belakang) tengah bagi jawapan kat orang ketiga

2. Canoe & Bicycle

Dua orang daripada group member kena naik canoe dan lagi dua naik basikal.. Masing-masing kena mencari botol yang mengandungi kertas tertulis group kumpulan kitaorang pada dua lokasi berbeza.. Aku pilih untuk berbasikal ;).. Walaupun tak kira masa, still aku kayuh laju-laju.. Mungkin sebab aku terasa seperti atlet berbasikal pula di situ.. 

Rasanya task ni takda masalah.. Kacang (eceh)..

Berjaya untuk 2nd task

3. Have You Had Your Breakfast?

Task paling aku rasa helpless.. Kitaorang kena ukir gambar yang diberikan oleh committee pada buah betik.. Dah tu utensil yang kitaorang guna (based on undian) ialah pisau yang sapu mentega tu.. Mujur la ada member aku sorang ni boleh buat walaupun hasilnya memang tak seberapa.. Aku pula buta seni.. Lagi la tak dapet nak tolong..  Hasilnya memang tak seberapa hahaha..

Pepatah ada mengatakan, bagai kera mendapat bunga..

Perbincangan meja bulat

Tak tahu team mana punya, tapi jadi kan?

4. Art Attack

Committee suruh lukis wajah orang berdasarkan maklumat yang diberi.. Tujuan dia sebab nanti kita kena cari orang yang dilukis tu untuk dapatkan klu seterusnya.. Nak melukis tu senang sebab asal ikut description je cukup la.. Tapi nak cari committee yang dilukis tu yang payah gila!! Dekat setengah jam juga la duk pusing-pusing dekat bangunan CAC tu.. Nasib ada team yang nampak dia, so kitaorang just langkah kanan la..

Semestinya bukan dia

5. Busy-ness

Klu seterusnya menyuruh kitaorang menjual barang-barang kepada orang ramai.. Minimum harga jualan mestilah RM5.. Lagi mahal jual, lagi banyak la point yang dapat.. Nak jual barang ni bukan senang.. Nak kena tebal muka satu hal.. Pastu nak persuade satu hal lagi.. Again, task ni memakan masa yang agak lama juga.. Aku try mencuba bakat persuade aku dekat sorang pakcik ni,

'Assalamualaikum.. Pakcik nak beli tak biskut ni?

'Berapa ringgit ni?'

'7 ringgit'

'Macam ni 7 ringgit? Mahalnya..'

'Saya pun tak tahu pakcik.. Saya pun just tolong jual je.. Kalau pakcik nak 5 ringgit je saya bagi (sambil buat puppy face)..'

'5 ringgit pun mahal la.. Pakcik pun nak beli benda lain juga ni..'

Pakcik tu ada point

Nampak tak tahap kesukaran dia kat situ.. Nasib baik aku terjumpa familiar face.. Tak sangkanya cikgu kelas aku masa form 5 dulu ada kat sini.. Oh, cikgu convo juga rupanya.. Jadi, barang-barang yang tak jual lagi tu memang kitaorang tolak kat cikgu..


Bersambung..

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 Cerita Belakang Tabir Design By Melz