Explorace (Bahagian 2)

November 4, 2012

Tugasan kitaorang yang seterusnya adalah di luar.. Berpandukan pada peta dan arah yang diberi, maka kitaorang pun menuju ke check point luar kami yang pertama..

6. Fire - Hissing in the Dark

Lokasi luar yang pertama adalah di Balai Bomba Gombak.. Kat sini kitaorang kena complete kan dua task.. Dan rasanya setiap team akan dapat at least 1 task yang berlainan.. Untuk tugasan yang pertama, kitaorang kena cari barang-barang tertentu di sekitar balai bomba tersebut.. Contoh barang-barang dia macam raket, bulu tangkis, topi, kotak tisu dan yang lainnya aku tak ingat.. Salah sorang ahli kena pakai mask dan peralatan bomba dan hanya dia yang dibenarkan untuk ambil barang-barang tersebut.. Yang lain just tolong cari.. 


Tekun mendengar taklimat
Pish posh (bunyi nafas)
Task ni yang aku rasa paling rilex sekali :D


6b. Fire - Raining The Fire.

Dah settle task yang pertama, kitaorang proceed untuk tugasan yang kedua.. Kali ni pun, hanya sorang je daripada kami yang kena buat task ni.. Kalau tengok Amazing Race, dia panggil 'roadblock'.. Jadi Nas mengvolunteerkan diri untuk buat.. Dapat juga pengalaman kan.. Tugasan dia memerlukan dia collect kesemua pieces of puzzles kat tingkat dua dan bawanya turun.. Turun bukan guna tangga tapi tali.. Member-member lain pula akan cantumkan puzzle tu kat bawah nanti..


Repelling

7. Love While Still Can - Soccer

Lokasi seterusnya di rumah anak-anak yatim Raudhatul Al Faeez, juga di sekitar Gombak..  Kat sini pun kitaorang kena buat 2 tasks.. Tasks tu berdasarkan cabutan nombor yang kitaorang pilih.. Untuk task yang pertama, kitaorang kena lawan bola dengan budak-budak kat Rumah Raudhatul Al Faeez tu.. Tapi bukan la lawan bola sepak or futsal.. Tapi kena lawan jatuhkan botol untuk dapatkan mata.. Masa ni, sumpah dah rasa macam nak pengsan.. Bayangkanlah kena main bola dekat tengah-tengah panas terik.. Masa ni kalau tak silap dalam pukul 1++. Pergh, memang dehydrated.. Since kitaorang gagal nak dapatkan 15 mata dengan segera, maka kitaorang terpaksa la main sampai habis masa, yakni dalam 15 minit.. Yelah, panas kan (alasan)..

Bergaya gitu
Beramah mesra bersama
Berteduh sementara menunggu giliran masing-masing
Giliran adik ni tunjuk bakat

7b. Love While Still Can  - Dizzy Freezy

Second task ni layang paling penat sekali.. Dan ni juga adalah task terakhir.. Dengan matahari yang terpacak tegak kat atas kepala, kitaorang kena main game yang diberi nama 'Dizzy Freezy'.. Kitaorang kena stand dekat starting point dan kemudian lari ke arah end point.. Dekat end point tu pulak ada stick di mana kitaorang harus pusing keliling stick tu sebanyak 10 kali!! Game ni rasanya korang pun dah biasa biasa sangat kan tengok.. Selalunya ada yang kena lari dalam guni bila dah pusing-pusing tu.. Tapi kitaorang lepas dah pusing stick tu 10 kali,  committee akan tunjuk scattered alphabets..Dan kitaorang kena bagitahu word based on scattered alphabets tu.. Again, benda ni kena buat dalam 15 kali juga.. Nasib baik bukan sorang 15 kali.. Dengan perut kitaorang yang kosong, sumpah aku cakap memang nak pitam dah..

Ya, 10 pusingan ya -_-

8. IIUM Wonderland (Riverside)

Maka selepas 4 jam bertarung, maka kitaorang pun pulang semula ke kampus dan menuju ke check point yang terakhir.. Semua klu-klu yang dikutip diberikan kepada commitee untuk disemak.. Maka, keputusannya, *drum roll*. . .

We've got consolation prize.. Last 10 teams dapat saguhati dan first 10 teams dapat hamper.. Cuma top 3 je yang dapat duit.. Ok lah tu.. Kitaorang memang tak berseni dalam mengukir, tapi still we've good at something else.. We had fun!!




#p/s gambar mostly ambil kat group di facebook.. 

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 Cerita Belakang Tabir Design By Melz