Percubaan Pertama

December 18, 2014

0 comments
Hari tu merupakan kali pertama aku join marathon. Rasa excited, nervous, cuak semua ada.. Maklumlah first time.. Aku ingat lagi last time aku masuk marathon masa aku tingkatan 5.. Sempena acara apa aku pun tak ingat, tapi yang aku tahu acara tu dinamakan Larian 5km..

Tahun  ni, aku join balik marathon (disuruh join).. Al maklumlah arahan pihak atasan.. So nak tak nak kena nak juga.. Maka aku pun mendaftarkan diri bersama dengan beberapa rakan yang lain..

********

Kategori aku bermula jam 845am.. Nasib baik la, tak perlu bangun awal sangat.. Lagi untung bila boleh naik LRT pula pergi sana.. Tak payah susah-susah cari parking.. Masa kat LRT lagi aku terserempak dengan beberapa orang yang turut serta dalam larian tersebut.. Tengok baju dah tahu.. Aku mulanya agak ralat nak pakai running singlet yang diberikan.. Rasa macam bogel pula.. 

On the way pergi sana, masa dalam train lagi aku nampak kelibat manusia-manusia sedang berlari di atas lebuhraya.. Ramai sungguh.. Event besar katakan.. Mau sampai 10,000 orang.. Ada lelaki, ada perempuan, ada pakcik, ada juga makcik sedang berlari kepenatan di atas jalan raya.. Aku ternganga kejap.

Lebih kurang jam 8 pagi, aku turun di stesen yang terdekat.. Pergh, lagi ramai manusia bersinglet hijau yang kelihatan.. Baru rasa macam sebahagian daripada komuniti.. 

845, larian pun bermula.. 

********

"Fariq.. Fariq.."

Tengah-tengah syok berlari, boleh pula orang panggil aku.. Aku berpaling sambil melemparkan senyuman.. Aku bagi isyarat yang aku lari dulu.. Kot ye pun nak bersembang, tunggu la lepas habis berlari..

Berlari sambil membawa beg sandang di belakang memanglah idea yang buruk.. Demi untuk tidak membuang masa, aku akhirnya berlari juga dengan beg sandang.. Janji senang aku berlari..

********

Aku sampai di garisan penamat dalan masa yang aku anggarkan.. Fuh, minta nyawa sebaik sahaja melepasi garisan penamat.. Tapi seriously, aku seronok.. Seronok bila dapat lari ramai-ramai, seronok dapat bersukan.. Sejak join marathon ni juga la, aku makin excited untuk join event macam ni..

Tak sabarnya..

*Ralat - marathon ialah acara larian dengan jarak 42.195km . Kurang daripada tu kita panggil larian je lah.


Copyright © 2011 Cerita Belakang Tabir Design By Melz