Hari Pertama Puasa

August 5, 2011

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Ramadan balik.. Alhamdulillah!! Syukur pada Allah sebab masih diberi kesempatan untuk bertemu bulan yang mulia ni.. Bila dah puasa mula la aku teringat akan lagu daripada kumpulan Raihan & Man Bai - Harapan Ramadan.. Memang best lagu ni.. Rasa insaf pun ada.. Antara bait-bait lagu ni yang buat aku syahdu je bila part, 'Selangkah demi selangkah, setahun sudah pun berlalu.'.. Masa ni baru rasa setahun tu cepat je rasanya..

Apa pun, lambat ke cepat, masa tak akan menunggu kita.. Manusia itu kan sentiasa dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman.. Jadi, renung-renungkan dan selamat beramal..

*********

'Salam.. Aku nak gi bazar jap lagi.. Lagi 10 minit aku sampai.. Kau nak join tak?' Tanya Alep melalui kiriman smsnya.. Jarum pendek di jam meja baru mencecah nombor 5, manakala yang panjang belum lagi sampai di jam 6.. Awalnya..

'Kat mana?' Jari aku memang pantas dalam menekan butang di telepon bimbit ni.. Kurang dari 5 saat barangkali..

'Sekinchan.' Aik, bukan kat depan cimb ke? Bazaar Ramadan kali ini  dah pindah kat tempat yang baru.. Ramai orang complaint pasal traffic kat tempat lama dulu dengar khabarnya.. Benda setahun 30 hari pun nak berkira ke.. 

'Em, aku pergi petang sikit kot'. Balas aku..

'K'. Jawapan malas daripada Alep.. Banyak kredit agaknya..

*********

Mana ada depan Sekinchan.. Depan cimb la.. Padahal apa yang dikatakan oleh Alep ada juga benarnya , cuma nak cakap yang jawapan aku lagi tepat thehe.. Hm, tak berapa banyak sangat gerai tahun ni.. Tempat terhad katakan.. Tapi, banyak ke, sikit ke aku redah je.. Bukan apa, ni antara benda yang aku tunggu semasa bulan puasa ni - Bazar Ramadan!!

Niat memang takda nak beli barang pun, tapi sebab suka jalan-jalan kat sini.. Suka tengok orang berniaga.. Ada yang jual ikan bakar, ada yang jual kuih, jual air.. Ada yang beli nasi campur, ada yang barangkali tak tahan dengan aneka warna air yang hias disusun dalam bekas.. Ditambah dengan ketulan-ketulan ais di permukaannya, memang tak heran la.. Dugaan bulan puasa.. Tapi  ada juga yang tak menjual mahupun membeli tapi saje nak menyesakkan lagi area tu, macam aku.. Pendek kata, macam-macam ada.. Panjang pulak tak kata apa-apa.. 

Sekejap je dah habis buat pusingan --''.. Roti john favourite aku takda la huhu.. Setahun sekali dua tiga empat kali je boleh makan.. Btw, kenapa nama dia roti john eh? Sampai sekarang aku gagal membongkar misteri yang membelenggu minda ini..

*********

'Syafiq'. Kawan sekelas aku masa tingkatan 4 dan 5.. Tangan dihulur menyambut salam sambil melemparkan senyuman manis  kepada kawan perempuannya di sebelah.. 

'Bla bla bla.. Kat jj ada 4 gerai je.. bla bla bla.. Bila aku nak belanja aku.. bla bla...'

Muncul sorang lagi Syafiq di kalangan ratusan manusia yang sibuk mencari makanan..

'Syafiq'. Juga kawan sekelas aku masa tingkatan 4 dan 5.. Tangan dihulur menyambut salam sambil melemparkan senyuman kepada kawan lelakinya di belakang.. Atau mungkin adiknya..

'Bla bla bla...... Apa-apa facebook'. Kata-kata terakhirnya sebelum berpisah menuju ke gerai berhampiran.. Hmm, facebook lagi.. Teknologi di hujung jari je.. Mana ada orang rajin nak hantar sms dewasa ini.. 

*********

Pusingan kedua diteruskan.. Saja nak buang masa kononnya.. Walhal mata sibuk melilau ke sana ke mari mencari kenalan di tengah kesibukan kota, atau desa.. Atau mungkin perumahan..

Tengah duk pusing-pusing, mata aku cepat-cepat menangkap kelibat sorang lagi member sekolah.. Bab-bab mencari  kawan ni aku memang laju, tak payah guna GPS dah.. Wah, gaya dan penampilan kau langsung tak ubah daripada dulu sampai sekarang.. Dengan kemeja kotak dan bersaiz besar, memang sah-sah la.. Agak-agak dia kenal aku lagi tak?

'Hai'. Ucapan yang sering  diuahkan apabila dua insan bertemu.. Namun antara sedar dan tak sedar, pantas dia berlalu pergi tanpa sedikit pun menoleh.. Dah tak kenal la kot..

Ok lain kali kena panggil kuat.. Panggil dalam hati memang la orang tak dengar..

2 comments:

Alepela said...

ko tny aku kat mana bknnya tny bazar kt mane,memg la aku jwb kt sekinchan dah aku kt c2..haiyoo..

ek eleh,part last..blah r...g komen kt fb dia sudey *hey,td nmpk u kt bazar la,XD*

Fariq said...

haha selalu berlaku misscommunication..

Post a Comment

Copyright © 2011 Cerita Belakang Tabir Design By Melz