Kelmarin pergi JJ untuk bayar bil letrik.. Alang-alang dah kat sana, aku pun try la usha-usha kad raya.. Kot-kot la terasa nak hantar.. Masuk kedai buku, ada banyak kad raya.. Yang besar, yang kecik, yang handmade pun ada.. Tapi selera aku ni jenis yang pattern komik-komik, tak pun yang kartun.. Baru ceria sikit.. Raya kan nak bagi orang happy..
Sementara aku pun tengah cuti ni, aku pun rajin-rajinkan diri menulis kad raya.. Walhal, aktiviti menulis kad ni adalah perkara penting yang harus dilakukan menjelang tibanya Syawal.. Bagi aku, kad raya ni ada sentimental value.. Bukan nak bangga diri, tapi bagi aku orang lebih appreciate sekeping kad + luahan hati yang ihklas + gambar berwarna + setem 30sen (2 keping).. Tapi tak kisah la sms ke, email ke, kad ke, yang penting ikhlas.. Dan bagi mereka yang memilih untuk wish kat fb tu, nampak sangat jimat kredit..
Kebetulan setem aku ada banyak lagi.. Rasanya yang tahun lepas punya kot.. So, dengan perasaan girang dan senyuman sampai ke telinga, aku pun start menulis.. Kad ada 5 keping + 1 yang tahun lepas punya.. Yang wajib bagi kat 2 orang member, Kirul dan Alep.. Banyak berhutang budi ngan diorang.. Yang lain-lain tu optional hehe.. Tapi bukan semua orang dapat kad raya kan.. Kira bertuah juga la member-member aku yang dapat kad raya ni..
Kad raya pilihan tahun ni.. 5 = RM2.20 |
Tahniah, anda terpilih untuk menerima kad raya :D
0 comments:
Post a Comment