Explorace (Bahagian 2)

November 4, 2012

0 comments
Tugasan kitaorang yang seterusnya adalah di luar.. Berpandukan pada peta dan arah yang diberi, maka kitaorang pun menuju ke check point luar kami yang pertama..

6. Fire - Hissing in the Dark

Lokasi luar yang pertama adalah di Balai Bomba Gombak.. Kat sini kitaorang kena complete kan dua task.. Dan rasanya setiap team akan dapat at least 1 task yang berlainan.. Untuk tugasan yang pertama, kitaorang kena cari barang-barang tertentu di sekitar balai bomba tersebut.. Contoh barang-barang dia macam raket, bulu tangkis, topi, kotak tisu dan yang lainnya aku tak ingat.. Salah sorang ahli kena pakai mask dan peralatan bomba dan hanya dia yang dibenarkan untuk ambil barang-barang tersebut.. Yang lain just tolong cari.. 


Tekun mendengar taklimat
Pish posh (bunyi nafas)
Task ni yang aku rasa paling rilex sekali :D


6b. Fire - Raining The Fire.

Dah settle task yang pertama, kitaorang proceed untuk tugasan yang kedua.. Kali ni pun, hanya sorang je daripada kami yang kena buat task ni.. Kalau tengok Amazing Race, dia panggil 'roadblock'.. Jadi Nas mengvolunteerkan diri untuk buat.. Dapat juga pengalaman kan.. Tugasan dia memerlukan dia collect kesemua pieces of puzzles kat tingkat dua dan bawanya turun.. Turun bukan guna tangga tapi tali.. Member-member lain pula akan cantumkan puzzle tu kat bawah nanti..


Repelling

7. Love While Still Can - Soccer

Lokasi seterusnya di rumah anak-anak yatim Raudhatul Al Faeez, juga di sekitar Gombak..  Kat sini pun kitaorang kena buat 2 tasks.. Tasks tu berdasarkan cabutan nombor yang kitaorang pilih.. Untuk task yang pertama, kitaorang kena lawan bola dengan budak-budak kat Rumah Raudhatul Al Faeez tu.. Tapi bukan la lawan bola sepak or futsal.. Tapi kena lawan jatuhkan botol untuk dapatkan mata.. Masa ni, sumpah dah rasa macam nak pengsan.. Bayangkanlah kena main bola dekat tengah-tengah panas terik.. Masa ni kalau tak silap dalam pukul 1++. Pergh, memang dehydrated.. Since kitaorang gagal nak dapatkan 15 mata dengan segera, maka kitaorang terpaksa la main sampai habis masa, yakni dalam 15 minit.. Yelah, panas kan (alasan)..

Bergaya gitu
Beramah mesra bersama
Berteduh sementara menunggu giliran masing-masing
Giliran adik ni tunjuk bakat

7b. Love While Still Can  - Dizzy Freezy

Second task ni layang paling penat sekali.. Dan ni juga adalah task terakhir.. Dengan matahari yang terpacak tegak kat atas kepala, kitaorang kena main game yang diberi nama 'Dizzy Freezy'.. Kitaorang kena stand dekat starting point dan kemudian lari ke arah end point.. Dekat end point tu pulak ada stick di mana kitaorang harus pusing keliling stick tu sebanyak 10 kali!! Game ni rasanya korang pun dah biasa biasa sangat kan tengok.. Selalunya ada yang kena lari dalam guni bila dah pusing-pusing tu.. Tapi kitaorang lepas dah pusing stick tu 10 kali,  committee akan tunjuk scattered alphabets..Dan kitaorang kena bagitahu word based on scattered alphabets tu.. Again, benda ni kena buat dalam 15 kali juga.. Nasib baik bukan sorang 15 kali.. Dengan perut kitaorang yang kosong, sumpah aku cakap memang nak pitam dah..

Ya, 10 pusingan ya -_-

8. IIUM Wonderland (Riverside)

Maka selepas 4 jam bertarung, maka kitaorang pun pulang semula ke kampus dan menuju ke check point yang terakhir.. Semua klu-klu yang dikutip diberikan kepada commitee untuk disemak.. Maka, keputusannya, *drum roll*. . .

We've got consolation prize.. Last 10 teams dapat saguhati dan first 10 teams dapat hamper.. Cuma top 3 je yang dapat duit.. Ok lah tu.. Kitaorang memang tak berseni dalam mengukir, tapi still we've good at something else.. We had fun!!




#p/s gambar mostly ambil kat group di facebook.. 

Explorace (Bahagian 1)

October 20, 2012

0 comments
Aku sedang berjalan pulang ke bilik pada pagi tu apabila aku dihampiri oleh bro yang menghulurkan sekeping nota kecil.. Tertera poster yang menarik perhatian aku pada booth berhampiran..



Segera aku ambil borang dari beliau dan berlalu pergi..

********

Tahun 2010, aku pernah masuk explorace ni.. Sebab program ni bawah event Convest (convocation + festival), maka sah-sah la bajet dia besar.. Maka bila bajet dah besar, maka mestilah program dia pun besar dan menarik.. Overall, memang letih habis sebab kena lari bagai ke satu check point ke satu check point.. Dah tu hanya boleh guna public transport je.. Dipendekkan cerita, last-last dapat no 4.. Ok la tu kan.. Tapi yang masuk race pun 4 team je.. Eleh, tu pun sebab kena 10 minit time penalty.. Tapi kena time penalty pun sebab salah aku sebenarnya (! -_-) (! -_-)

********

Tahun ni berbeza pula rules dia.. Committee akan provide kereta untuk setiap team untuk tugasan luar,  dan setiap team boleh terdiri daripada mana-mana kuliyyah pun.. Kira mix and match la.. Cuma satu team tak boleh campur laki ngan perempuan.. Lagi satu, kali ni pemenang akan dikira berdasarkan point untuk setiap tugasan.. Pendek kata, even sampai dulu pun belum tentu boleh menang..

Aku memang excited pun pasal aku memang minat game macam ni.. Semangat bersukan semua kononnya nak bagi fit haha.. 

Maka tibalah hari tersebut.. Team kitaorang lah yang paling last sekali sampai untuk pendaftaran pagi tu di kala team lain sudah pun bersiap sedia.. Dejavu?

Sesi pendaftaran
Team A2..
********

1. Riddle, Rush, Recycle 3R

Kitaorang kena solve puzzle untuk first task.. Again, kitaorang yang paling last.. Sebabkan dah masa dah habis, maka kita kena proceed untuk check point seterusnya.. Kat sini, kitaorang setiap sorang memainkan peranan masing-masing.. Orang yang first kena 'berlakon' tentang gambar apa yang diberikan kepadanya oleh committee tanpa bersuara.. Orang yang kedua pula kena meneka action yang dibuat dan pass info kepada orang ketiga.. Orang yang ketiga kena cari barang tersebut dalam plastik sampah yang disediakan dan pass kepada orang terakhir. Orang yang last kena ambil barang tu untuk dibawa ke post yang disediakan dengan terselit balon di celah kaki dan meletakkannya ke dalam kotak recycle yang disediakan.. Kotak recycle tersebut hanyalah tertera warna bagi tong recycle.. Jadi, setiap item kena letak pada warna yang sepatutnya (ayat skema gitu)..

Masalahnya, betul ke kitaorang letak item-item tu pada kotak yang betul?

Aku (belakang) tengah bagi jawapan kat orang ketiga

2. Canoe & Bicycle

Dua orang daripada group member kena naik canoe dan lagi dua naik basikal.. Masing-masing kena mencari botol yang mengandungi kertas tertulis group kumpulan kitaorang pada dua lokasi berbeza.. Aku pilih untuk berbasikal ;).. Walaupun tak kira masa, still aku kayuh laju-laju.. Mungkin sebab aku terasa seperti atlet berbasikal pula di situ.. 

Rasanya task ni takda masalah.. Kacang (eceh)..

Berjaya untuk 2nd task

3. Have You Had Your Breakfast?

Task paling aku rasa helpless.. Kitaorang kena ukir gambar yang diberikan oleh committee pada buah betik.. Dah tu utensil yang kitaorang guna (based on undian) ialah pisau yang sapu mentega tu.. Mujur la ada member aku sorang ni boleh buat walaupun hasilnya memang tak seberapa.. Aku pula buta seni.. Lagi la tak dapet nak tolong..  Hasilnya memang tak seberapa hahaha..

Pepatah ada mengatakan, bagai kera mendapat bunga..

Perbincangan meja bulat

Tak tahu team mana punya, tapi jadi kan?

4. Art Attack

Committee suruh lukis wajah orang berdasarkan maklumat yang diberi.. Tujuan dia sebab nanti kita kena cari orang yang dilukis tu untuk dapatkan klu seterusnya.. Nak melukis tu senang sebab asal ikut description je cukup la.. Tapi nak cari committee yang dilukis tu yang payah gila!! Dekat setengah jam juga la duk pusing-pusing dekat bangunan CAC tu.. Nasib ada team yang nampak dia, so kitaorang just langkah kanan la..

Semestinya bukan dia

5. Busy-ness

Klu seterusnya menyuruh kitaorang menjual barang-barang kepada orang ramai.. Minimum harga jualan mestilah RM5.. Lagi mahal jual, lagi banyak la point yang dapat.. Nak jual barang ni bukan senang.. Nak kena tebal muka satu hal.. Pastu nak persuade satu hal lagi.. Again, task ni memakan masa yang agak lama juga.. Aku try mencuba bakat persuade aku dekat sorang pakcik ni,

'Assalamualaikum.. Pakcik nak beli tak biskut ni?

'Berapa ringgit ni?'

'7 ringgit'

'Macam ni 7 ringgit? Mahalnya..'

'Saya pun tak tahu pakcik.. Saya pun just tolong jual je.. Kalau pakcik nak 5 ringgit je saya bagi (sambil buat puppy face)..'

'5 ringgit pun mahal la.. Pakcik pun nak beli benda lain juga ni..'

Pakcik tu ada point

Nampak tak tahap kesukaran dia kat situ.. Nasib baik aku terjumpa familiar face.. Tak sangkanya cikgu kelas aku masa form 5 dulu ada kat sini.. Oh, cikgu convo juga rupanya.. Jadi, barang-barang yang tak jual lagi tu memang kitaorang tolak kat cikgu..


Bersambung..

Guess Who?

October 7, 2012

0 comments
Aku sedang gosok gigi pagi tu bila handphone aku berbunyi.. Bunyi text message yang cukup perlahan tapi cukup untuk sampai ke telinga aku.. Dengan berus gigi masih di tangan, aku segera mencapai handphone yang diletakkan di atas katil.. Tertera nama yang cukup untuk membuatkan aku tersenyum sampai ke telinga.. Isinya cukup ringkas, tapi bermakna..

Plan aku berjaya..

********

Sehari sebelumnya, aku ternampak kereta dia.. Dan kebetulan juga masa tu aku memang bawa sekali hadiah harijadi yang nak dihadiahkan pada dia.. Kalau diikutkan, ini bukanlah apa yang aku rancangkan.. Semuanya berlaku secara kebetulan.. Idea ni muncul sebab aku tahu susah nak jumpa and bagi kau depan depan. 

Hopefully dengan cara ni awak tahu yang saya tetap ingat kat awak..

Walaupun sangat simple, tapi I know awak akan suka hadiah ini.. Aku selitkan barang-barang tersebut dekat wiper kereta dia kononnya macam surat layang.. 

Aku berdoa hari tu tak hujan..

********

"Fariq! I thought surat saman! Thank you so much :).. that's probably the sweetest funniest gift ever haha.. I love shin chan to the max. Thank you! :')"..

Aku tanya, macam mana dia tahu aku yang bagi kad tu sebab aku tak tulis dari siapa.. But aku ada bagi hint.. Dan dia reply, 

"Siapa lagi my #1 fan haha"..

Tak sangka awak ingat!

You know me well enough haha.  

Copyright © 2011 Cerita Belakang Tabir Design By Melz