Pagi tu, kitaorang lepak untuk sarapan bersama.. Dulu aktiviti ni dah jadi macam rutin mingguan.. Kalau bukan aku yang mesej, orang lain akan mesej dulu.. Aku lebih gemarkan aktivi sarapan daripada hidangan makan malam.. Orang kata waktu pagi lah akan menentukan hala tuju kita pagi tu.. Lepas tu dapat fefeeling udara pagi.. Mungkin juga aku sebab ni morning person..
'Tempat ni selalu lalu dekat page aku.. Kat mana eh?' Cadang Alep untuk meninjau tempat tu.. Dekat sahaja jaraknya.. Aku tahu..
Tak sampai 5 minit, kitaorang sampai.. Ternyata ramalanku benar belaka.. Kelibat manusia yang beratur masih ramai walaupun dah hampir jam 11am.. Terpaksa tukar ke tempat lain..
'Kader lah.' Cadang Alep..
Nah, lokasi favourite tu juga menjadi pilihan.. Paling senang.. Pagi, petang dan malam memang kedai tu je lah yang menjadi pilihan.. Paling best datang petang sebab masa tu baru ada naan cheese.. Alep juga lah yang perkenalkan aku menu ni.. Kuah dia yang satu tu lain macam padu.. Pusing-pusing sana sini pun, kat kedai mamak juga lah tempat kitaorang berlabuh..
Aku lontarkan idea aku kepada Alep..
*********
'Beb aku ngn adik aku on karok mlm ni, jom.' Mesej Alep.. Idea yang aku lontarkan pagi tadi nampaknya dipersetujui..
'Nice.'.. Aku balas ringkas.
Lebih kurang sejam kemudian, Alep sampai.. Aku sudah pun menunggu di luar sambil menonton video-video posting di social media oleh kawan-kawan aku akan konsert yang mereka hadiri beberapa hari sebelumnya.. Rasa menyesal pula tak pergi.. Bukannya aku minat sangat dengan penyanyi dari seberang tersebut, tapi aku layan kebanyakkan lagu-lagu beliau nyanyikan mahupun yang beliau ciptakan..
'Nasib baik juga adik kau join Lep.. Boleh la aku ajak nyanyi lagu duet.' Aku mula bicara sebaik melangkah masuk ke dalam kereta.. Kami galak berbual sepanjang perjalanan yang jaraknya lebih kurang 10 minit sahaja.. Aku perjelaskan juga sebab aku nak sangat karok..
'Semua sekali RM51. Nak air gas ke limau ais?' Tanya abang yang menjaga kaunter tu.. Murah juga pakej dia, untuk 3 jam..
'Teh limau!' Jawab kami serentak.. Masing-masing dah tahu kenapa air yang tu juga yang dicari..
Rasanya dalam 5, 6 tahun sejak kali terakhir aku datang sini.. Last time pun, dengan Alep juga.. Aku cuba ingat susur galur bilik di situ.. Apa yang aku ingat, banyak lagu yang boleh dicari.. Harap apa yang aku nak, ada.. Tu antara sebab juga kenapa aku nak karok sangat :D..
Tempat tu masih sama macam dulu, tak banyak yang berubah.. Masih sukar untuk membuat pemilihan lagu dengan alat kawalannya yang tidak begitu freindly user.. Aku seraya mencari lagu-lagu yang aku nak sumbangkan.. Ada yang aku jumpa, ada yang tiada dalam senarai.. Hmmm..
Aku mulakan dengan lagu yang dimainkan oleh penyanyi dari seberang tu..
'Sampai.... Kapan kau gantung cerita cintaku.. Memberi harapan..'
3 jam malam tu terasa pendek..
Aku berkira-kira untuk datang lagi nanti..
0 comments:
Post a Comment