'Bangun.. Bangun..'
Suara ibu memecah kesunyian di pagi tu.. Serentak itu juga alarm handphone aku berbunyi, menunjukkan 650am.. Baru teringat yang semalam aku tertidur sebelum sempat 32 batang gigi aku digosok.. Oh ya, pantun raya untuk dihantar kepada kawan-kawan masih belum siap.. Aiseh..
Selesai solat Subuh dan bertakbir, segera dicapai berus gigi dan tuala..
'Sahaja aku mandi sunat Aidifitri kerana Allah Taala.' Sambil mandi, aku mencari-cari idea untuk menyiapkan pantun raya aku..
Selesai mandi, segera dicapai baju Melayu color puple yang tergantung di pintu almari.. Dah beberapa hari berada di situ.. Rasa lucu pun ada bila pakai baju ni sebab ukurannya yang labuh.. Ambil baju hari Sabtu, raya hari Khamis.. So, kata mak dah tak sempat nak alter walaupun aku tahu pelanggan always right.. Takpe la, lepas raya je la jawabnya..
Bila dah puas puji diri depan cermin, aku bersiap-siap untuk ke masjid.. Selalunya ramai je kelibat manusia sepanjang perjalanan ke masjid.. Tapi pagi tu lain sikit.. Macam takde orang je yang beraya kat KL.. Kat masjid, aku boleh duduk saf depan lagi.. Mungkin tahun ni aku sampai awal.. Takbir mula berkumandang menunjukkan tepat jam 8 pagi.. Sedikit demi sedikit, jemaah mula memenuhi ruang masjid..
********
Sampai rumah, aku naik ke bilik untuk mencari handphone.. Idea untuk pantun raya sudah mari.. Setelah beberapa kali melakukan ubah suai, barulah selesai pantun aku..
Add recipient > Alep, Abu, Nas, Sara, Syakira, Ain dan lain-lain.. Send!!
Check kredit, cuma tinggal RM1.. Mana taknya, mesej sampai 2 page.. Tapi takpe lah, raya punya pasal..
Aku dapat reply half daripada aku yang aku send.. Ceh, aku je ke yang semangat wish orang hari raya.. Ringkas jawapan balas diorang..
'Selamat hari raya juga.. Maaf zahir dan batin.' Juga diletakkan smiley di hujung mesej..
********
Macam biasa, setiap tahun bila hari raya mesti nasi dagang menjadi menu utama.. Kawan-kawan cakap, nasi dagang mak aku sedap.. Nak makan selalu, cari la orang pata timo..
Habis makan, mulalah bersalam-salaman.. Mula-mula yang sulung, then yang nombor dua, dan seterusnya..
Lepas tu ialah aktiviti bebas.. Ni yang tak best beraya di Kl.. Nak pergi beraya, takde orang.. Yang tak balik, tak dijemput lak hee.. Maka, tv lah yang menjadi peneman.. Layan je lah.. Aku bingkas mencapai remote tv, kuatkan volume dan sorokkan remote di bawah bantal kusyen.. Tak nak orang lain tukar channel di kala Emma Maembong muncul di kaca tv..
'Nak kena fokus ni.'
********
Petang raya, sedara datang beraya.. Nasib diorang tak balik.. Kitaorang pula jenis yang takde nak bergambar sakan macam orang lain.. Yang tak berapa nak muda duduk bersembang di meja makan, dan yang tak beberapa nak tua duduk bersembang depan tv..
Yang lelaki sembang pasal bola la, pasal study la.. Yang tak berapa nak muda ni pula sibuk berbincang tentang majlis akad minggu depan.. Sebab tu juga la diorang sekeluarga tak balik.. Sibuk dengan persiapan sepupu aku yang nak bernikah.. Aku pula berkira-berkira kot-kot la aku dapat bernikah dengan Emma Maembong..
********
Bila malam menjelang dan matahari menghilang, giliran anak sedara pula excited.. Dapat main bunga api.. Aku pun selongkar almari bilik aku sebab aku tahu aku masih ada lagi mercun lama yang tersimpan rapi.. Dah lama mercun ni.. Ada la lebih dari 5 tahun.. Entah elok entah tidak.. Tapi aku hanya keluarkan thunder clap, tak berani pula nak keluarkan mercun yang berbentuk bola kecil dan segitiga.. Tambah-tambah dengan jalan lengang ni, sure satu mukim boleh dengar.. Tak pasal-pasal abang polis datang..
Tradisi main bunga api ni still seronok macam dulu.. Cuma dah besar ni dah tak nakal la.. Dulu paling best bila ada mercun das.. Boleh main perang dengan sedara mara.. Siap ada yang koyak baju sebab mercun das.. Best ooo!! Dah tu, semua benda yang ada kat sekeliling pun nak dieksperimentasikan.. Bunga api tu kitaorang buat bakar daun kering.. Pastu tengok je daun tu berlubang.. Apa motif buat macam tu aku pun tak tahu.. Pastu, suluh lubang semut dengan api.. Dah tu berlawan siapa boleh buat mercun naga meletup kat udara..
Tapi satu je benda yang dari dulu sampai sekarang aku buat tak pernah nak jadi.. Main mercun gasing.. Asal aku bakar dia tak berpusing? Adakah ia perlu diletakkan di tempat yang licin? Adakah ia perlu ditegakkan atau dibiarkan sahaja begitu? Persoalan ini masih berlegar di minda aku..
0 comments:
Post a Comment