Jam baru masuk pukul 450pm, tapi kelibat manusia mula kelihatan memenuhi setiap ruang, corong dan lorong di HS Square.. Masing-masing bersenjatakan laptop bagi yang tak mampu, dan berteknologikan Blackberry bagi yang loaded.. Yang penting, tepat jam 5 perlumbaan jari-jemari akan bermula..
Aku melabuhkan belakangku di kerusi sambil mengeluarkan laptop Acer dari beg sandangku.. Masih muda lagi usia laptopku.. Baru mencecah 2 tahun.. Namun calar balar di permukaan sekelilingnya menjadi saksi bahawa laptop ini sudah banyak berjasa padaku..
-Power on-
Laptop aku sedia menjalankan tugas setelah 30 saat menunggu berbanding 15 saat pada awal pembeliannya.. Segera, aku tusuk broadband Celcom bagi mengaktifkan penggunaan internet..
-Connect-
Tik tik tik.. Jari jemari aku menari laju menaip di ruang engine search, prereg.iium.edu.my.. Hari ni bermulanya pendaftaran (pre-registration atau pre-reg) subjek bagi budak-budak level 4 untuk Semester 3 dan Semester 1 2012/2013 akan datang.. Sebab tu kelibat manusia begitu ramai.. Masing-masing nak register subjek ikut plan masing-masing.. Kalau lambat, alamatnya tak dapat la nak register sebab dah penuh.. Kalau dah penuh, pandai-pandai la korang.. Haa, sebab tu kitaorang berlumba-lumba masa nak register.. Bak kata pepatah, siapa cepat dia dapat.. Sistem pendaftaran buka tepat pukul 5 waktu tempatan, so pukul 5 tu orang dah ready dengan laptop masing-masing.. Suasana yang hingar bingar terus jadi sunyi sepi menjelang pukul 5.. Ada pula yang pukul 4 dah standby dengan laptop semua.. Yang ni kita panggil terlebih semangat..
Dulu masa 1st year, 2nd year dulu tak payah nak cakap la.. Banyak subjek dah penuh.. Jadual pun dapat masa yang tak cantik.. Mana yang available tu bedal je.. Pasal apa jadi lagu tu?? Pasal dia buka untuk budak-budak 4th year dulu, pastu esoknya 3rd year dan seterusnya.. Siapa tahu, nasib menyebelahi kita kan? Hehe..
*********
'Rilex rilex.. Dah level 4 ni confirm-confirm dapat subjek yang kita nak..' Kataku kepada member aku yang duduk menumpang di sebelah..
Tik tik tik.. Aku mula memasukkan nombor matrik dan password pada lawan web sesawang tersebut apabila melihat jam di tangan sudah pun memasuki jam 5.. Tertera perkataan loading sebaik segala maklumat diri sudah diisi..
-Loading... Loading.. Loading..-
Aku tengok orang lain pun dah macam cacing kepanasan.. Semua pun tak senang duduk.. Kehkeh kelakar sungguh.. Masa-masa macam ni baru terasa yang seminit itu sangat berharga.. Loading punya loading, tapi nampak gaya sorang pun macam tak boleh nak menembusi sistem pendaftaran..
'Kehkeh selalu macam ni.. Apa daa..' Omong aku seorang diri.. Umpama nak marah tapi tak dapat sebab ramai orang kat situ.. Omong punya omong sampai la sistem pendaftaran berjaya aku tembusi..'Yeah, dapat masuk..' Takdelah lama sangat menunggu baru boleh masuk.. Dah ada kemajuan nampaknya sistem ni.. Tik..tik
'Add a subject' - 'LE4500' - 'Available section' - 'Section 2' - 'Add course' - 'Course added'..
Selesai satu subjek.. 3 more to go.. Fuhh, lega.. Buat kali terakhirnya, aku akan melakukan prereg ni.. Jadi mari kita buat dengan perlahan dan tenang.. Sikit je lagi nak settle.. Tik tik tik..
-Server time out.. Please refresh your server..-
Sistem buat hal balik.. Pantang kena puji sikit dah riak..
Kena berebut lagi la lepas ni.. -__-..