Kunci Dalam, Dikunci Luar (Bahagian 1)

February 2, 2012

Aku nak share satu kisah yang berlaku masa exam week.. Hari tu hari Sabtu.. Korang nak tahu tak bila tarikh dia? Aku masih ingat lagi kalau aku tengok diari.. Diari? Ya, aku ada diari..Er, lebih kepada daily activities punya aktiviti.. Apa aku buat, dengan sapa aku lepak ada je aku tulis dalam diari seorang lelaki aku.. Korang nak tahu tak bila? Nak tak? Nak tak? Ok, tak nak bagitahu (gedik)..

Dalam kul 845am, aku terjaga dari tidur sebab roommate aku yang dua orang ni ada exam. Duk sembang-sembang, gelak-gelak.. Sempat lagi bergurau senda sebelum pergi exam, tapi apa yang lucu sampai gelak-gelak tu aku tak tahu.. Aku masih di balik selimut yang menutupi badan aku daripada sejuk kipas yang biasa di letak kat nombor 2.. Masa-masa ni pula la aku nak terjaga, walhal bukan ada exam pun pada hari ni.. Cuma nanti petang sikit ada la nak buat discussion sikit dekat library.. Masa nak exam macam ni la, baru la semangat nak pergi library.. Kononnya boleh study la sikit kalau pergi sana, tak nak ada gangguan la.. Kalau dari awal semangat macam ni, result mesti gempak.. Ok, sendiri terasa.. Tapi since semalam tak study pasal duk rilex melayan series kat laptop, maka dengan semangatnya kena la bangun pagi sikit pagi tu.. Nak make-up masa yang lost semalam.. Daa..

Aku merajinkan diri untuk bangun walaupun godaan daripada katil dan bantal masih kuat.. Tangan aku terus capai Colgate yang aku letak dalam gayung biru muda yang ada kat hujung compartment.. Lepas dah letak ubat gigi, tuala biru yang digantung di dinding dicapai beserta dengan sabun Dettol kaler kuning yang tak habis-habis aku guna sejak dari awal sem lagi.. Aku tuju bilik air.. Sambil-sambil aku berus gigi, aku nyanyi,

'Bangun pagi, gosok gigi, cuci muka, pakai baju' ~ tapi tu hanya lagu.. Aku bila bangun pagi, aku gosok gigi, buka twitter, buka you tube, baru mandi dan pakai baju..

*********

Air kat bilik mandi tu kadang-kadang sejuknya sampai ke tulang sumsum, tapi mandi tetap mandi.. Walaupun kepala shower tu dah hilang, tapi tandas yang hujung tu juga la yang jadi faveret aku..

Dah siap mandi, aku tengok cermin.. Kot-kot ada bintik kisah silam kat muka.. Macam dalam lirik lagu Jamal & Malique tu, 'Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam.'Aku tengok takda pulak bintik hitam silam.. Clean & clear je, walaupun hanya guna sabun susu kambing..

Ktik ktik ktik.. Aku try buka pintu sesampainya aku di depan bilik..

Ah, sudah.. Berkunci!!

*********

2, 3 kali aku try buka tapi confirm pintu berkunci.. Standard aku gi tandas tak bawa kunci pasal dah biasa macam tu.. Melainkan aku sorang kat bilik.. Tapi tadi masa nak mandi aku tak kunci pintu sebab ada sorang lagi roommate aku yang tak bangun lagi.. Ye ke tido???? 

'Cibai.'

Aku try masuk tandas.. Kot-kot la member aku sorang ni tengah mandi ke, basuh baju ke.. Tapi kelibat beliau gagal dikesan.. Aku naik tingkat atas, takda, turun tingkat bawah takda.. Dan aku tak rasa dia nak main nyorok-nyorok dengan aku saat aku hanya bertuala macam ni.. Aku jalan mundar mandir kat koridor tu.. Sekali sekala buku lima aku menghentak pintu bilik yang hanya dibuat daripada kayu.. Mana tahu beliau dah balik bilik dan aku tak perasan.. Kot-kot la juga dia masuk bilik bilik ikut tingkap ke.. Tapi aku tak mendengar sebarang response yang yang positif..

'Ah, dia pergi breakfast la tu.' Kata aku untuk menyedapkan hati.. Cool beb, cool..

Aku rasa dah dekat 30 minit aku bertuala ni.. Sekarang aku dah sejuk giler.. Dah la berangin je pagi-pagi ni.. Aku yakin roommate aku yang sorang ni bukannya pergi mandi mahupun pergi breakfast.. Sekali sekala aku try tengok bawah ke arah jalan menuju ke kafe, tapi kelibat beliau tak kelihatan.. Takkan aku nak turun dengan hanya bertuala untuk mencari beliau.. Mustahil mustahil.. Dan takkan juga aku nak main ambik je baju sesapa kat ampaian untuk turun dan cari beliau.. Mustahil mustahil.. Walaupun idea itu ada, tapi aku tak buat.. So, tak berdosa laaa.. 

*********

~Menunggu sesuatu yang sulit untuk ku jalani~.. Ah, dah lama sangat rasanya aku menunggu.. Umpama menunggu sesuatu yang tak pasti.. ~Umpama mimpi dalam mimpi~.. Sebelum keluar kat dalam berita esok ada budak masuk hospital sebab dah jadi biru, maka aku harus bertindak.. Idea yang aku pikir dari mula-mula lagi, tapi hanya sebagai jalan yang terakhir.. Jalan terkahir yang memerlukan jiwa yang kental dan muka yang tebal...

Tok tok tok..

Aku ketuk bilik jiran aku.. Dah la jiran sendiri aku tak kenal.. Tak pernah bertegur sapa, apatah lagi bertukar-tukar makanan.. Masing-masing dengan ego tersendiri, malu untuk memulakan langkah pertama.. Err, dalam bertegur sapa maksud aku.. Walaupun dah 4 tahun di sini, tapi keadaan seperti ini adalah biasa.. Cuma sesekali bersisih je aku lemparkan senyuman semanis kurma kepada jiran-jiran aku, walhal nama mereka pun aku tak tahu..

'Err, saya budak bilik sebelah.. Saya baru habis mandi.. Kunci pulak tak bawa, takda orang dalam bilik.. Boleh pinjam baju?'

Bersambung..






0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 Cerita Belakang Tabir Design By Melz