Hari tu aku planning nak gi karok.. Dan seperti kebiasaannya aku pasti akan ditemani oleh orang kanan aku - Alep.. Planning nak karok ni dah lama.. Tapi hasrat di hati terkubur dek kerana kesibukan diri dengan buku-buku ilmiah.. Kesukaran untuk mendapat masa yang sesuai bersama Alep juga antara faktor yang membantutkan usaha ke arah gabungan vokal antara kami berdua.. Kebetulan hari tu cuti umum, lantas masa tersebut digunakan untuk melepaskan batuk di tangga.. Eh, silap.. Melepaskan lontaran suara yang tak mampu dibendung lagi.. Ditambah dengan kehadiran seorang lagi member kamcing - Hazman, alamatnya memang riuh la jadinya.. Seriuh pgi di Era barangkali.. Atau mungkin lebih daripada itu..
Tapi dalam kita bergembira, pasti ada yang berduka.. Tiada siapa sangka dalam senyuman kepuasan tu, ada awan nano pula yang menjelma.. Walaupun aku tak tahu apa tu awan nano, tapi aku nak story juga la kegusaran yang kami berkongsi bersama..
Cerita ni bermula masa nak bayar tiket parking di sebuah mall di KL.. Ke Selangor? Apa-apa je lah..
*********
-RM3.00-
Tertera nilai yang harus dibayar di skrin mesin pembayaran.. Aku seluk poket ada 5 ringgit.. Aku tanya Alep dan Man, kot-kot ada ada nilai yang mencukupi.. Tapi jawapan yang aku terima hampa kerana masing-masing mempunyai duit kertas kaler merah berbanding kaler biru.. Ingatkan boleh mintak tolong mereka bayar, tapi last-last aku juga yang kena.. Aku masukkan RM5.. Tertera perkataan thank you/ terima kasih sejurus selepas pembayaran dibuat.. Segera aku ambil baki dan tiket yang keluar di ruang baki mesin pembayaran tersebut..
'Lain macam je tiket ni?'
'Ceh, patut la.. Resit rupanya.. Silap ambik la.. Patut la dia keluar kat tempat baki tadi.'
Dengan segera aku patah balik kat mesin pembayaran tadi.. Kedudukan kereta aku dan mesin tadi yang agak dekat membuatkan aku mengambil langkah seratus berbanding langkah seribu.. Masa tu ada orang tengah buat pembayaran.. Dari riak wajahnya, ternyata dia agak pelik dengan kewujudan tiket yang tidak dituntut itu.. Masih lagi di tempat di mana tiket itu di masukkan.. Barangkali tertanya-tanya akan kelibat tuan punya tiket tersebut.. Barangkali juga terpikir apa yang perlu di buat dengan tiket tu.. Terlalu banyak barangkali.. Yang nyata, semua tu hanya pemikiran di benak pikiran aku sahaja.. Segera diambilnya tiket aku oleh beliau dan diletakkan di atas tong sampah recycle yang terletak di sebelah mesin pembayaran tersebut..
Tidak sampai 5 saat selepas adengan di atas, aku pun tiba di tempat kejadian.. Baru je aku nak capai tiket aku bila tiba-tiba tiket tu jatuh dalam tong sampah.. Tak perasan lak penutup tong sampah ni sensitif.. Tekan sikit je dah buka.. Alah, macam tong sampah yang kat Petronas tu.. Kena tekan bahagian penutup dia..
Lebih kurang begini bentuk tong sampah tu.. Cuma ada cover kat atas.. |
*********
Aku check dalam plastik sampah tu.. Selongkar punya selongkar, tapi kelibat tiket aku masih tak kelihatan.. Maka, timbul kehairanan di situ.. Aku terus cari lagi, dan lagi, dan lagi.. Tapi aku masih gagal jumpa tiket parking aku.. Hanya timbunan tisu dan beberapa tiket lama..
'Hmmm."
Alih-alih aku cabut plastik tu dari tong dia dan aku bawa plastik sampah kaler kuning tu kat area parking.. Selongkar kat sini ok sikit.. Orang tak nampak, atau lebih tepat lagi orang tak nampak sangat.. Kemudian, aku sambung selongkar buat kali yang ke seratus enam puluh satu..
"Aik, takde? Biar betik?'
Padahal depan mata aku je tiket tu jatuh tadi.. Mengapakah tiket itu tidak ada pula? Pelik bin ajaib..
Man memberikan kata-kata perangsang kepada aku hehe |
Segera aku patah balik ke mesin pembayaran tadi.. Aku rembat plastik sampah kat dalam tong yang kat sebelah dia pula.. Aku cari lagi.. Setiap inci plastik sampah aku perhatikan elok-elok.. Tapi aku hampa.. Aku yakin tiket tu takda dalam plastik sampah yang ni sebab aku nampak sendiri tiket tu jatuh kat dalam plastik yang aku check tadi.. Tapi, omputeh cakap just in case.. Persoalan mula timbul - macam mana tiket ni boleh hilang?
Plastik yang kedua.. |
*********
'Encik jalan straight je.. Pastu naik elevator yang kat depan sana.. Jalan depan lagi then belok kanan.. Ha, kat situ la office yang in charge untuk lost ticket..'
Orang kat kaunter pertanyaan menerangkan kat aku arah untuk ke parking office.. Kan tak pasal-pasal kena bayar denda.. Kalau tak bayar, macam mana nak keluar, ye tak? Menurut abang yang bertugas di situ, kena bayar RM50.. Mendengar jawapan itu, aku hanya senyum tak ikhlas.. Nak salahkan abang tu, bukan dia tahu apa-apa.. Salah aku juga.. Eh, ye ke salah aku? Salah tiket la.. Alep busy dengan handphonenya, Man pula hilang entah ke mana.. Aku tengok dompet.. Ada la duit RM50.. Adeh...
Abang tu bagi tiket baru.. Katanya lagi, RM50 tu bayar masa masukkan tiket kat mesin pembayaran nanti.. Kalau dah macam tu, baik aku try cari balik tiket aku.. Kali ni last round punya.. Kalau still takda, aku surrender..
Kalau dalam komik, bila kita takda duit nak bayar makan, nak settle bayaran kena la basuh pinggan.. Agak-agak kalau aku guna taktik sama boleh dapat tak? Takda duit nak bayar denda, so aku tolong basuh kereta.. Confirm dapat beb.. Dapat maki..
*********
'Kita angkat je tong sampah tu keluar.'
Alep memberikan cadangan beliau.. Aku setuju memandangkan ni dah last chance.. Last chance before duit RM50 aku terbang begitu saja.. Nak buat keluar tong sampah tu pun satu hal.. Payah bukan main.. Rangka dia memang terpacak dah kat situ.. Bukan tujuan untuk dialihkan.. Bila kitaorang dah berjaya keluarkan tong sampah tu dari kedudukan dia, aku tengok kat struktur tong sampah yang kosong tanpa tongnya, tanpa plastiknya..
'Tadaaa!!'
Ada pun kau wahai tiket parking ku.. Patut la cari dalam plastik sampah pun tak jumpa.. Rupanya kau tak masuk pun dalam plastik tersebut.. Jatuh kat ruang sempit antara rangka luar dan tong sampah tu sendiri..Tiket yang baru dapat tadi aku simpan.. Tiket yang asal tu aku masukkan balik kat dalam mesin pembayaran tu.. Buat kali ke-2..
-RM1.00-
Tersenyum puas aku.. Bila dah kena macam ni, baru aku sedar yang apa la sangat kena bayar parking setakat RM3 dibandingkan dengan RM50.. Kui kui..
Masuk kereta, cepat-cepat aku sapu hand sanitizer anti-bacteria jenama Genvera.. It kills 99% germs, katanya. . . . .