Undang-undang Yang Pelik dan Lucu

April 12, 2011

Yaay, dah habis exam (n_n).. Dah boleh meronggeng.. Tapi bagi yang tak habis atau mungkin tak exam lagi, jgn stression (bak kata kawan aku) sangat la.. Jom layan artikel ni jap.. mana tahu dapat release stression - stress + tension.. Terjumpa dalam Utusan Malaysia (19/4/2011).. Enjoy.

Antara undang-undang yang pelik dan lucu di Amerika:
  •  Florida, memakai pakaian renang di tempat awam sambil menyanyi adalah melanggar undang-undang
(at least xda la orang yang mati terkejut bila tiba2 ada suara sumbang)
  • Pemilik salon boleh didenda jika tertidur ketika menggunakan pengering rambut
(kalau takda fb, takda makna dia nak berjaga sampai lewat malam)
  • Hukuman bagi pencuri kuda adalah gantung sampai mati 
(pencuri 'hati' pulak biasanya digantung tak bertali hehe)
  • Georgia, pemilik kedai pakaian hanya dibenarkan menukar pakaian pada patung hiasan selepas langsir diturunkan   
(tak malu ke ngan patung..dia pun tahu malu)
  • Quitman, ayam dilarang melintas jalan raya 
(ayam reti baca signboard?)
  • Chicago, seseorang dilarang memancing ketika memakai baju tidur
(ni untuk pancing ikan ke pancing awek)
  • Kentucky, seseorang boleh ditangkap jika tidak mandi dalam tempoh sekurang-kurangnya setahun
(kalau kawan aku tak mandi seminggu pun aku dah boleh mati, apatah lagi setahun)
  • Illinois, haiwan peliharaan boleh dipenjarakan.
 (kalau la toyol tu dikategorikan sebagai binatang, rasanya dah banyak yang masuk lokap)
  • Louisana, adalah satu kesalahan sekiranya perompak merompak kerani bank menggunakan pistol air
(moral of the story, nak buat jahat, buat la betul-betul)
  • Minnestone, wanita yang menyamar sebagai Santa Clause boleh dipenjara 30 hari. 
(kat Malaysia lak, wanita yang jadi lelaki makin meningkat sehari-hari)
  • Nebraska, berkelah di tempat yang sama dalam tempoh sebulan adalah dilarang.
(ni mungkin antara kempen kerajaan dalam mempromosikan industri pelancongan)

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2011 Cerita Belakang Tabir Design By Melz