Cerita Raya Ku

August 30, 2012

0 comments
Yeah, bertemu kita kembali setelah lama aku menyepi.. Bulan Ramadan baru je berlalu, sedih pulak rasanya.. Rasanya Ramadan kali ni banyak yang lompang.. Banyak unexpected events yang berlaku.. Betul, tak tipu.. Bila dah jadi perkara-perkara macam tu, memang tak boleh nak fokus sangat..Tapi yang berlalu biarkan berlalu.. Amacam raya korang? Yang balik kampung tu baguslah, yang tak dapat balik kampung tu, bersabarlah sayang bak kata Sanisah Huri.. Aku?? Macam biasa bro (beraya kat KL).. Malam raya, pergi masjid bertakbir pastu balik rumah.. Pagi raya lepas balik sembahyang raya, bermaaf-maafan, ambil gambar dengan family, makan, tengok tv.. Macam tu la rutin setiap tahun pun.. Itulah penangan beraya di bandar..
 
Tapi kalau nak diikutkan, tahun ni raya meriah daripada tahun-tahun sebelum ni.. Bukan setakat family je ada, tapi kawan-kawan pun ramai yang ada di keyel ni.. Masa 1st day, aku ajak diorang (kawan-kawan yang KEBETULAN tak balik) datang rumah.. Raya ke-2 dan seterusnya, aku pula pergi beraya rumah diorang.. Mula-mula pergi rumah Arif, kawan masa sekolah menengah.. Sebelum hari raya lagi dia dah ajak pi rumah dia.. Sebabkan kau tak balik la kita dapat jumpa setelah sekian lama dan dapat beraya rumah kau.. Pastu, gerak lak rumah Alep.. Sepanjang aku kenal Alep, ni la first time aku gi rumah dia wahaha.. Sorry Alep.. Kebetulan, masa kat rumah Alep, Peah pun berada somewhere kat keyel.. Diajaknya Alep kepada Peah supaya menghadiri rumah terbuka di rumahnya.. Pastu, aku singgah beraya jap di rumah Acap.. Nampak tak di situ betapa raya mengeratkan lagi persaudaraan sesama kita..


Kat Rumah Arif
Rumah no 5.. 1st attempt salah rumah
Kat Rumah Alep.. The one in red is Peah.. Err, yang pakai baju kurung tau

Yang paling best bila pakat-pakat pergi rumah si Peah masa raya ke-5.. Happening habis!! Dah rasa macam beraya kat kampung pula.. Kononnya plan nak berkonvoi la, gerak awal pagi la, last-last hehehehe.. Ni pun kira pertama kali juga la pi beraya kat rumah dia.. Mungkin pertama kali untuk kebanyakkan daripada kitaorang.. Padahal si Peah ni pun kampung dia kat bandar juga.. Mungkin secara kebetulan ramai orang dah balik dari kampung masa ni, tu yang pakat-pakat pi serbu rumah dia.. So, bila dah berkumpul ramai-ramai tu, memang riuh la jadinya.. Mengimbau kembali kenangan 06.. Agak-agak kenapa kelas kitaorang dulu faymes??


Kat Rumah Peah


                                                                                 
With them guys..
1 Malaysia??

Senang cite, raya ni memang best bagi aku.. Disebabkan ramai kawan-kawan la aku berpeluang pergi beraya rumah diorang.. Sekurang-kurangnya lepas ni kalau ada invitation kawen, senang la pasal dah tahu rumah masing-masing hehe.. Lagi satu, sorry la pasal aku tak upload gambar dengan family.. Bukannya aku taknak, tapi sebab gambar semua dekat kamera kakak aku.. Nak harapkan phone Nokia aku yang tak seberapa ni lagi la.. Guna untuk tangkap gambar aku posing dengan baju Melayu je.. Eh.. Gambar-gambar semua ni pun amek dekat fb kawan aku.. Btw, baju Melayu aku kaler merah peach ok.. Takut-takut korang tertanya-tanya..

Ramadan Dirai, Keberkatan Dicari

July 22, 2012

0 comments
Alhan wa-sahlan ya Ramadan.. Ramadan datang lagi.. Bersyukurlah sebab masih diberi kesempatan untuk kita bertemu dengan bulan yang istimewa ini lagi.. Sesungguhnya bulan Ramadan ini dijanjikan dengan penuh hikmah dan di tunggu-tunggu oleh ramai orang.. Dan Ramadan ini juga digunakan sebaik-baiknya untuk kita meningkat amal ibadat berkali-kali ganda daripada sebelumnya.. Bukannya bermaksud bulan in sahaja yang kita perlu buat amal ibadat, cuma harus ditingkatkan..

Berikut merupakan cara-cara untuk kita meraikan kedatangan bulan yang penuh barakah ini (sumber daripada keratan akhbar Utusan [5/9/08]).. Mudah-mudahan Ramadan kali ini akan lebih bermakna berbanding tahun-tahun sebelumnya..

1. Meninggalkan perkataan dusta dan perbuatan fasik.
Sabda Rasulullah, 'Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan masih lagi berbohong, maka Allah sama sekali tidak berhajat kepada hasil puasanya, walaupun dia berlapar dan dahaga' - Riwayat Bukhari
 
2. Menghidupkan malam dengan beribadat.
Sabda Rasulullah, 'Sesiapa yang menghidupkan malam pada bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan kesedaran, akan diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu' - Riwayat Bukhari dan Muslim

3. Bersedekah.
Sabda Rasulullah, ' Sebaik-baik sedekah ialah sedekah pada bulan Ramadan' - Riwayat Tirmizi
  
4. Menjamu makanan.
Sabda Rasulullah, 'Sesiapa yang menjamu orang yang berpuasa, maka pahalanya sama seperti orang yang berpuasa itu' - Riwayat Ahmad
 
5.Banyakkan membaca Al-Quran.

6. Duduk di masjid sehingga terbit matahari.
Sabda Rasulullah, ' Sesiapa yang mendirikan solat Subuh secara berjemaah, kemudian duduk berzikir sehingga terbit matahari, kemudian dia mendirikan solat dua rakaat, maka pahala baginya seperti pahala satu haji dan umrah yang sempurna' - Hadis sahih

7. Iktikaf.

8. Mengerjakan umrah.
Sabda Rasulullah, 'Pahala mengerjakan umrah di dalam bulan Ramadan menyamai pahala satu kali haji' - Riwayat Bukhari dan Muslim

9. Mencari Lailatul-Qadar

10. Memperbanyakkan zikir, doa dan istighfar
Bulan Ramadan adalah bulan yang istimewa kerana pada waktu ini, pintu-pintu neraka ditutup dan pintu-pintu syurga di buka seluas-luasnya. Waktu yang mustajab untuk berdoa ialah pada waktu berbuka, sepertiga malam yang terkhir, waktu sahur dan hari Jumaat.


#Selamat menyambut Ramadan al-Mubarak ;).. 

The Unsurprise Birthday Party

July 12, 2012

0 comments
Kids, it was back in 2012 when I decided to throw a birthday party to my friend, Kirul.. It was originally my idea.. But I managed to get help from Alep as well.. I was so excited about the whole idea because it was the first time I planned on throwing a birthday party.. It was supposed to be a surprise party.. But it wasn't (suara ala-ala narrator How i Met Your Mother)..
 
*********

*February 2012*

Beberapa malam sebelum birthday dia, aku mesej ajak dia keluar pada malam birthday tu.. Tapi yang dia tak tahu ialah aku ada sediakan kek harijadi untuk dia (er, kek bukan aku beli.. Tu Alep punya kerja).. Si Kirul ni pula ingatkan just makan-makan je antara kitaorang je.. Tapi yang dia tak tahu ialah aku dah pun mesej si Alep cakap kat dia kalau Kirul ni ajak sekali lepak, cakap tak boleh datang.. Alep juga telah memberikan mesej yang sama kepada kawannya yang juga kawan si Kirul.. Maka, bila dia confirmkan balik yang on, aku tahu rancangan aku akan berjaya..

Well, it was. . . . . . .  initially..

Segera aku confirmkan dengan Alep akan rancangan aku.. Mesej di hantar walaupun aku sedang dalam meeting di mana aku merupakan committee untuk program kuliyyah..

'Em, aku igt nak try Jom Bali kat Carrefour.. kalau xnak, 2nd option aku AnW kat wangsawalk'..

'Orait gak..aku first time dgr, haha..kul bape bajet?'

'Tp aku pun x pnh makan situ.. So, xleh nak bajet la harga.. ikt ko makan la haha. Em, dlm 830 ke.. Kau keje lwt x sok?'

'Em, jgn risau sal aku la.. aku blk jgk walau camnepun..tp aku dtg sendiri la.. kire ko g ngan dia je la nanti'

'Ye la kot.. tgk la camne.. kek camne?'

'Em, kek nanti aku bwk la, aku xg tmph lg ni, bsk pg aku wat la.. esok kalau aku blk awl kte grk skali je la.. tp tgkla cmnenanti.'

'Ok ok.. so confrim eh kat Jom Bali..830.. kalau sempat aku try cari kad..'

'Jgn lupa konpemkan kirul gak, tkt besok aku dah order kek tp dia lak xley datg nanti,xx' balas Alep di akhir text..

*********

'Aku dah beli kek..pas mghrb aku g amek..' Alep mesej esoknya untuk pengesahan kek.. Semua plan telah diatur untuk malam tu.. Here's the plan:

1. Aku sampai ke Carrefour,
2. Masuk ke Jom Bali, tunggu Kirul,
3. Order makanan, makan,
4. Alep dan Shafiq masuk dengan kek dan cakap surprise,
5. Kirul terkejut dan menangis (optional)..
Perfect birthday surprise kan??

Aku rasa excited giler malam tu sebab ni plan aku.. Aku text Alep untuk pengesahan dan status terkini sewaktu aku mula menyusuri ke Carrefour dari Gombak..

'Aku baru sampai rumah, aku mandi sat.. nanti ko sampai ko lpkje la dulu.. papehal aku ngan syafiq ambush nanti'..

Tapi aku lupa sesuatu, traffic jem.. Jadi malam tu aku tiba agak lewat, lebih kurang dalam 840.. Kirul mesej kata dia dah sampai.. Dan somehow Alep dan Shafiq pun dah ada kat sana.. So, aku text Kirul untuk lengah-lengahkan dia..

'Jap jap.. Jem lak.. Lagi 10 minit.. Kau jangan masuk lagi.. Tunggu sat'..

Teet teet.. Kirul reply, 'X boleh msk la.. *we closes on 13-16 feb for water renovation*..

Darn, tutup lak kedai makan tu.. Mengapa ini semua harus berlaku~ Aku suruh Kirul stay je dulu kat luar kedai tu.. Tunggu sampai aku sampai.. Aku takut nanti dia bertembung dengan Alep yang dan Syafiq.. Kirul memang tak tahu langusng yang diorang ada .. Aku parking  kereta, aku rushing naik atas..

Sampai je kat atas. . . . Kirul, Alep dan Syafiq dah pun buka kek birthday tu.. Kalau ikutkan Kirul, macam ni la lebih kurang jalan cerita dia,

'Aku dahaga, nak cari Coke.. Pastu jalan-jalan pergi cari Coke then nampak Alep.. Lepas tu nampak Syafiq'..

Darn Kirul, yang kau pergi jalan cari air tu sapa suruh.. Kan aku dah cakap tunggu aku kejap.. Time-time ni lak kau dahaga.. Kan dah tak jadi plan aku -_-.. 
 
At least kitaorang still had fun malam tu..

Copyright © 2011 Cerita Belakang Tabir Design By Melz