Alhan wa-sahlan ya Ramadan.. Ramadan datang lagi.. Bersyukurlah sebab masih diberi kesempatan untuk kita bertemu dengan bulan yang istimewa ini lagi.. Sesungguhnya bulan Ramadan ini dijanjikan dengan penuh hikmah dan di tunggu-tunggu oleh ramai orang.. Dan Ramadan ini juga digunakan sebaik-baiknya untuk kita meningkat amal ibadat berkali-kali ganda daripada sebelumnya.. Bukannya bermaksud bulan in sahaja yang kita perlu buat amal ibadat, cuma harus ditingkatkan..
Berikut merupakan cara-cara untuk kita meraikan kedatangan bulan yang penuh barakah ini (sumber daripada keratan akhbar Utusan [5/9/08]).. Mudah-mudahan Ramadan kali ini akan lebih bermakna berbanding tahun-tahun sebelumnya..
1. Meninggalkan perkataan dusta dan perbuatan fasik.
Sabda Rasulullah, 'Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan masih lagi berbohong, maka Allah sama sekali tidak berhajat kepada hasil puasanya, walaupun dia berlapar dan dahaga' - Riwayat Bukhari
2. Menghidupkan malam dengan beribadat.
Sabda Rasulullah, 'Sesiapa yang menghidupkan malam pada bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan kesedaran, akan diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu' - Riwayat Bukhari dan Muslim
3. Bersedekah.
Sabda Rasulullah, ' Sebaik-baik sedekah ialah sedekah pada bulan Ramadan' - Riwayat Tirmizi
4. Menjamu makanan.
Sabda Rasulullah, 'Sesiapa yang menjamu orang yang berpuasa, maka pahalanya sama seperti orang yang berpuasa itu' - Riwayat Ahmad
5.Banyakkan membaca Al-Quran.
6. Duduk di masjid sehingga terbit matahari.
Sabda Rasulullah, ' Sesiapa yang mendirikan solat Subuh secara berjemaah, kemudian duduk berzikir sehingga terbit matahari, kemudian dia mendirikan solat dua rakaat, maka pahala baginya seperti pahala satu haji dan umrah yang sempurna' - Hadis sahih
7. Iktikaf.
8. Mengerjakan umrah.
Sabda Rasulullah, 'Pahala mengerjakan umrah di dalam bulan Ramadan menyamai pahala satu kali haji' - Riwayat Bukhari dan Muslim
9. Mencari Lailatul-Qadar
10. Memperbanyakkan zikir, doa dan istighfar
Bulan Ramadan adalah bulan yang istimewa kerana pada waktu ini, pintu-pintu neraka ditutup dan pintu-pintu syurga di buka seluas-luasnya. Waktu yang mustajab untuk berdoa ialah pada waktu berbuka, sepertiga malam yang terkhir, waktu sahur dan hari Jumaat.
#Selamat menyambut Ramadan al-Mubarak ;)..