Back in February:
Teeet.. Nokia X3 hitam berbunyi..
-Opening text message-
'CONFIRMED. KUL-LGK 02/12 AK5330 7:25pm & AK5332 9:15. LGK-KUL 04/12 AK5333 10:40pm'
Wah, holiday di Langkawi.. 'Best' bisik hati kecil aku..
*********
Lama dah booked tiket untuk trip kali ni.. Sejak dari bulan February.. Tup tap tup tap dah bulan December.. Pantas sungguh masa berlalu.. Sepantas aku membalas mesej kawan-kawan aku.. Trip ni pula masa dah dekat dengan final exam.. Memang terbaik la.. Ah, tak kisah la.. At least dapat rilex dulu sebelum kembali mengadap buku-buku kesayangan.. Ingat nak bawa buku sekali pergi Langkawi, tapi tapi aku tahu tu semua just nak sedapkan hati je.. Last-last tak buka pun.. Tak payah nak tunjuk busy sangat la..
Jumaat 02/12 - Pukul 5 lagi dah pergi LCCT.. After dah check-in luggage semua, baru dapat tahu flight delayed -_-.. Dah agak!! Ceh, kalau x delay tu bukan Air Asia namanya.. Duduk je la kat McD tu sampai 10:30pm.. Luckily my mum and my dad punya early flight tak delay.. Sampai Langkawi pun dah dekat pukul 1.. Masa-masa macam ni la bagus kalau ada handphone yang dilengkapi dengan kemudahan internet.. Cari connection, tet tet tet . . .
Sabtu 03/12 - Aktiviti hari ni naik bot.. Tapi bila dah dengan budak-budak kecil memang payah la jawabnya.. Katanya pukul 1, tapi around 215 juga baru start naik.. Sian lak dekat pakcik yang bawa kitaorang tu.. Lama menunggu.. Dalam package, kitaorang akan pergi 3 tempat; Pulau Beras Basah, tempat eagle feed dan Pulau Dayang Bunting.. Jalan-jalan semua tu dalam pukul 6 baru balik jeti.. Yeah, we're the last..
By the way, ni second time aku pergi Langkawi.. Dulu pergi masa 2009, dengan kawan-kawan.. Tapi ni baru first time dapat naik bot macam ni.. Cuaca hari tu pulak memang best, memang bertuah sungguh rasanya..
Good weather |
Eagle feed |
Im flying babeh |
Malam tu kitaorang pergi dinner dekat Chenang.. Tempat tu memang cantik.. Dah macam uptown je aku tengok.. Kat tempat kitaorang dinner tu ada live band, tapi aku tak peduli pun pasal aku nak tengok bola hoho.. Menyanyi la korang ya, janji aku leh tengok bola..
Ahad 04/12 - Aktiviti hari ni shopping.. Macam aku ni mana la
minat sangat shopping-shopping.. Tapi alang-alang dah tercampak kat
sini, aku memang cari chocolate je.. Nak kata suka makan pun , tak
juga.. Tapi sebab tak tahu nak beli apa.. Ada particular chocolate
yang aku minat - Hersheys..
Hersheys |
Dah habis shopping semua, aktiviti terakhir ialah bergambar sakan di jeti..
My mum and dad |
One happy family |
# 2nd trip to Langkawi, still tak dapat nak naik cable car.. Ada lagi ke 3rd trip?