Dear Diary (2002)

November 15, 2023

0 comments
17 Feb 2002 (Ahad)     - Main bola di luar rumah dengan menggunakan bola plastik.

18 Feb 2002 (Isnin)     - Menonton Cats & Dogs. Filem ini begitu kelakar. Hari ni kembali ke                                                          sekolah selepas sakit selama hampir 2 minggu.

19 Feb 2002 (Selasa)  - Berasa boring kerana main bola takraw semasa PJ. Sepatutunya main                                                    bola tetapi padang penuh.

20 Feb 2002 (Rabu).    - Sudah tengok sampai habis cerita The One lakonan Jet Li.

21 Feb 2002 (Khamis) - Dicalonkan sebagai pengawas oleh guru kelas.

22 Feb 2002 (Jumaat) -  Setelah membuat keputusan, akhirnya saya ingin menjadi pengawas                                                     tetapi tidak tahu dapat atau tidak kerana ada percubaan terlebih
                                               dahulu.

23 Feb 2002 (Sabtu)   -  Hari ini ialah hari yang bersejarah kerana hari ini ialah Hari Raya Haji/                                                      Hari Raya Korban ataupun Hari Raya Aidiladha.

*********

5 Mei 2002 (Ahad) -  Pergi KLCC sebab nak bayar saman kereta Abah.

6 Mei 2002 (Isnin) -   Minggu ini bertugas di dewan iaitu di Zon 2.

7 Mei 2002 (Selasa) - Minggu ini ada peperiksaan penggal tahun. Periksa hari ini ialah Bahasa                                                Melayu.

8 Mei 2002 (Rabu)  -  Periksa hari ini ialah Bahasa Inggeris.

9 Mei 2002 (Khamis) - Periksa hari ini ialah Pendidikan Islam dan Geografi. Bayar duit name tag.

10 Mei 2002 (Jumaat)- Periksa hari ini ialah Matematik.

11 Mei 2002 (Sabtu)  - Mama pergi kursus memasak di Sekolah Kebangsaan Klang Gate.

*********

25 Ogos 2002 (Ahad) -  Menonton English Premier League, Chelsea vs Manchester United.                                                          Kedua-dua pasukan seri 2-2.

26 Ogos 2002 (Isnin)     -  Minggu ini bertugas di tempat membeli lelaki.

27 Ogos 2002 (Selasa) -  Hari ini tiada PJ sebab semua cikgu nak mengajar murid-murid dengan                                                  lebih mendalam semua pelajaran.

28 Ogos 2002 (Rabu)  -  Semasa perhimpunan tak rasmi tadi, aku dan M saling bertentang                                                           mata dan akhirnya kami berdua pun tersenyum.

29 Ogos 2002 (Khamis) -  Semasa aku nak sembahyang Asar, M asyik pandang dekat aku.

30 Ogos 2002 (Jumaat) -  Semasa perhimpunan tak rasmi tadi aku perasaan yang M pandang                                                        dekat aku tapi aku tak pandang dia pun.

31 Ogos 2002 (Sabtu) -  Berasa seronok kerana inilah kali pertama aku tonton bunga api secara                                                  langsung di KLCC sebab hari ini ialah Hari Kemerdekaan.

*********

1 Dis 2002 (Ahad) - Hari ini adalah harijadi saya.

2 Dis 2002 (Isnin) - Dapat wang sebanyak RM50 daripada Mama sebagai hadiah harijadi.

3 Dis 2002 (Selasa) - Tonton rancangan drama Bohong di Astro Showcase. 

4 Dis 2002 (Rabu) - Hari ini hari yang terakhir solat Tarawikh untuk tahun ini.

5 Dis 2002 (Khamis) - Hari ini ialah hari yang terkahir bersahur dan berpuasa dan berbuka                                                         puasa  untuk tahun ini. 

6 Dis 2002 (Jumaat) - Hari ini ialah hari yang mulia bagi umat Islam kerana hari ini ialah                                                             Hari Raya. Tahun ni beraya di sini, macam tahun lepas.

7 Dis 2002 (Sabtu) - Hari ini ialah Hari Raya yang ke-2. Makanan hari ini ialah nasi dagang. 

*********

Hampir setiap tahun aku buat diari.. Dari tahun 2002 masa aku sekolah menengah sampailah masuk ke uni.. Yang terakhir kalau tak silap tahun 2011 atau 2012.. Bila baca balik, diari-diari ni la yang mengingatkan aku zaman sekolah menengah dan universiti.. Zaman paling seronok dalam hidup aku..

So hari tu bila aku kemas balik bilik, terjumpa balik diari-diari lama.. Back then rajin betul tulis diari ya.. Aku tak pernah buat diari untuk meluahkan emosi aku, tapi aku buat diari untuk tujuan menulis aktiviti yang berlaku pada hari tu.. Kalau ada benda best maka ada lah benda yang aku akan tulis.. Selalunya aku akan tulis hari tu exam apa, tengok wayang apa, lepak dengan siapa, beli barang apa dan sebagainya.. Punya teliti aku tulis sampaikan aku akan masukkan sekali nama orang yang dan di mana aktiviti itu dilakukan.. Jadi kalau orang tanya bila aku last jumpa orang ni atau pergi tempat tu, aku boleh recall.. Small things that matters to me.. Tapi kalau hari tu macam hari-hari biasa yang lain, maka aku tak tulis apa pun.. 

Disebabkan pernah menulis diari juga lah, aku buat blog..



P/s - M tu nama crush aku dulu :D.. 

Simpanan Lama

October 31, 2023

0 comments
Al kisahnya hari tu ada buat pengubahsuaian kat dalam bilik.. Cat baru, perabot baru, tilam baru - hampir semua benda dalam bilik tu 90% baru..

Masa tengah kemas-kemas balik barang, terjumpa banyak barang-barang lama.. Ada yang dari sekolah menengah lagi. And some dari sekolah rendah.. Maksudnya dah lebih 20 tahun.. Di kulit keras buku nota tu masih tertera dengan jelas lencana sekolah beserta nama dan kelas. Isinya pula - kosong.. 

Banyak betul buku-buku nota lama yang langsung tak terusik.. Tengah kemas-kemas barang tu juga lah, aku jumpa koleksi mainan aku, komik dan khazanah lain.. Hampir separuh daripada barang-barang tu tak boleh dibuang sebab tak pernah digunakan.. Barang macam buku nota masih boleh ditulis.. Kebanyakannya dapat masa pergi pameran.. Aku punya la semangat go green sampaikan kertas-kertas A4 yang dah diguna aku akan buat recycle untuk conteng-conteng pada bahagian belakang kertas tu.. Sebab tu juga la buku-buku nota tu langsung tak disentuh.. Kedekut ke jimat ni??

Looking back at all those items, it reminds me to old days when I was still a kid.. I was born in the 90s. Aku rasa generasi Millenials ni paling seronok (uhuk puji diri sendiri) sebab kita generasi yang bertembung antara cara lama dengan cara baru.. No such things as social media, no youtube, handphone pun dikira baru.. We used to the old ways of doing things before adapting technology into our lives..

Aku duduk lama mengadap buku, nota dan barang-barang lama.. Apa perlu aku buat eh??

Aku tahu peluang untuk aku baca balik komik-komik ni amat rendah.. Jadi perlu ke aku simpan lagi?? Tapi kalau buang, rasa sayang sebab dah boleh kira barang antik dah ni.. Tapi kalau simpan, macam takde guna pun buat spring cleaning ni..  Aku pilih untuk simpan separuh.. 

Kadang-kadang aku pun pelik kenapa la aku suka simpan barang-barang lama ni.. Kalau guna dari dulu ada la juga faedahnya daripada simpan sampai jadi berdebu.. Perangai lama iaitu beli barang tapi sayang nak guna ni aku kena buang dah.. Buang masa, buang duit dan buang tenaga bila kena kemas semula.. Lessons learned..

Alang-alang dah banyak sangat ni, aku rasa aku guna jelah dulu.. Sekurangnya jimat dah tak perlu baru dah.. Aku kira-kira mau bertahan 5-6 tahun juga bekalan ni..

Antara koleksi-koleksi lama

Sambil-sambil kemas balik buku-buku lama tu, aku ambil peluang tu untuk baca balik komik Dr. Slump dan Shin Chan (tapi komik dia dipanggil Dik Cerdas).. Aku gelak sampai sakit perut.. Sumpah lawak dia tak boleh bincang.. Sempat juga la aku habiskan semua koleksi dia yang aku ada.. Dan kalau bukan kekangan masa, aku akan baca balik semua komik-komik yang lain.. For old times sake..

Lebih kurang 2 minggu kemudian, aku berjaya susun semula barang-barang.. Aku buat pengelasan.. Harap-harapnya kali ni tersusun rapi dah semua barang-barang tu.. Dan yang mana aku rasa memang dah tak perlu aku buang, kitar semula  dan jual.. Pusing-pusing pun rasanya 80% barang-barang tersebut aku simpan balik.. Aku akan pastikan untuk guna semua yang ada sampai habis dulu!!




Aku dah ingat kenapa aku suka simpan barang-barang lama ni.. Sebabnya kalau aku kahwin nanti, boleh bagi dekat anak-anak ;D

Pergi

May 12, 2023

0 comments
Rasanya tak pernah lagi aku dapat jemputan kahwin hari Ahad malam.. Dah tu kena pula berbaju Melayu lengkap.. Bukan main lagi kawan aku ni remind supaya pakai baju melayu.. Nak nampak terurus katanya..
 
Tapi aku pun memang nak sangat datang majlis ni..

Tujuannya hanya satu..

*********

'Check betul-betul. Kat situ banyak dewan.' Pesan mak aku pada siang tadi..

Memang betul pun kawasan tu banyak sangat dewan.. Ada yang boleh muat 500-600 orang, ada yang boleh muat lebih dan ada juga yang boleh muat kurang.. Bergantung pada citarasa dan kemampuan masing-masing.. Walaupun dah banyak kali aku hadiri wedding kat situ aku tapi sendiri pun masih ragu-ragu akan dewan yang dimaksudkan..

'Hm, betul la yang ni.' Signal kanan dimasukkan, seraya kereta bergerak menuju ke arah dewan tersebut, dewan terbesar di situ..

Kereta diletakkan agak jauh daripada dewan memandangkan kereta agak banyak pada malam tu.. Aku memperbetulkan apa-apa yang patut sebaik keluar daripada pintu kereta..

Aku melangkah masuk ke pintu utama.. Banyak muka-muka yang aku kenal.. Semuanya pun perempuan. Semuapun datang berteman. Aku? Macam biasa datang redah je, untung-untung jumpa la nanti sorang dua..

*********

Aku nampak wajah yang cukup-cukup buatkan aku teruja untuk datang malam tu.. It's been a while..

Tepat sekali jangkaan yang dia pun akan datang juga.. Baru sahaja aku hendak pergi mendapatkan dia bila mana aku terlihat seseorang bersamanya..

Aku matikan langkahku.. 

*********

Aku berpatah balik ke pintu masuk sebelum sempat dia menyedari kehadiran aku.. Pikirku biarlah dia cepat masuk ke dewan utama tu.. Biarlah aku tak dapat bertegur sapa dengannya pun.. Dari jauh aku melihatnya berjalan masuk ke dewan utama, dan orang tu berjalan menuruti dari belakangnya.. 

Aku menuruti masuk seketika kemudian ke dewan utama.. Aku kira, dia sudahpun masuk dan duduk.. Tapi tak sangka pula, dia masih ada di situ.. Aiseh, part ni yang tak syok.. Kalau dulu, aku beranikan diri untuk jumpanya, tetapi saat tu bukanlah antara masa yang sesuai untuk aku bertegur sapa dengannya.. Aku tundukkan pandangan aku.. Aku harap dia tak perasan akan aku.. Tapi aku dengar nama aku dipanggil..

'Fariqqq..Fariiqq'..

Lembut je nadanya.. Betapa rindunya aku pada panggilan tu daripadanya..

'Eh, hai.' Aku buat-buat terkejut. .

Aku rasa macam segala masalah aku sepanjang minggu tu macam hilang terus daripada kepala bila mana dapat bersua dengannya..

'Lamanya tak jumpa.. Tak sangka u datang.'

Hm, dah orang jemput aku datanglah..

'Tu lah.' Jawab aku ringkas.. Entah kenapa berat mulut untuk bertanyakan soalan-soalan yang bermacam.. 

'U datang dengan sapa?'

'Em, i datang sorang.. Pastu gamble je la kalau jumpa sesapa.' Ringkas lagi jawapan aku berikan.. Aku tahu dengan siapa dia datang, so aku diamkan je daripada bertanya soalan tu.. Atau aku boleh pilih untuk buat-buat tidak tahu..

Belum sempat nak sembang lagi, dia menunjukkan isyarat tangan kepada adiknya.. Seolah-olah tahu soalan apa yang akan ditanya kelak..

Oh, datang dengan adik. Hmm.. 

Kemudian, dia minta izin untuk masuk dahulu.. Aku turuti di belakangnya.. Dia kemudian menuju ke meja di sebelah kanan dewan. Sebelum aku jadi orang halimunan dalam kumpulan dia. aku pilih untuk tidak bersamanya..  Aku masuk ke arah yang bertentangan..

Cepat-cepat aku call kawan aku..

'Weh, kau datang tak wedding si Anim.'

Fuh, nasib kawan aku ada.. Memang nasib kawan aku ada!!

*********

Majlis malam tu indah sekali.. Sesungguhnya setiap majlis tu ada keindahannya.. Nasib baik juga, kawan-kawan pun semua nak balik awal.. Ingatkan aku sorang..

Sebelum keluar, aku menjeling-jeling mencarinya.. Aku nak sangat berjumpanya.. Aku tahu peluang macam ni bukannya selalu ada.. Lagipun bukan ke tu sebab aku teruja untuk datang malam ni?

Dari jauh, aku sudahpun nampak dia, sedang bergambar dengan kawan-kawannya.. Seketika kemudian, dia bergambar pula dengan orang asing itu.. Aku senyum tawar.. Aku gagahkan diri juga untuk melangkah keluar dari situ..

Aku pergi tanpa aku dapat aku menoleh lagi.. Mungkin juga aku tidak akan menoleh lagi..




#Edit: Ni cerita ni tahun 2015.. Sebenarnya dah lama siap tulis tapi aku tak tahu kenapa aku tak post.. Aku jumpa balik dalam draft.. 



Copyright © 2011 Cerita Belakang Tabir Design By Melz